Saturday 2 November 2019

Resepi Roti John Mudah

Hai semua! Apa khabar pembaca blogku? Cewah gitu.Baiklah, aku nak tanya korang apa plan korang, cuti sekolah dah nak dekat nih? Untuk family yang ada anak-anak nak cuti sekolah mesti dah plan macam-macam kan? Kalau student research macam aku, selalu buat cuti sendiri 😆. Bagi sesiapa yang tade plan lagi tuh takpe, boleh try resepi yang aku nak bagi nih. Senang je, campak-campak pejam mata boleh jadi. Sedap roti John nih, aku boleh jamin. Arituh balik kampung buat siap je potong terus habis. Wah, betul ke nih? Kalau nak tahu wajib cuba okay resepi nih!

Resepi Roti John Mudah 

Bahan-bahan:

1 paket roti john (6 biji dalam tuh)
2 sudu besar minyak masak
1 paket daging kisar (aku pakai daging burger Ramly 5 keping)
1 biji bawang merah/ bawang holland saiz sederhana
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu kecil pati daging/serbuk perasa
3 biji telur Gred B 
Sos cili
Mayonis
Timun

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak.
2. Campurkan daging kisar yang sudah dimasak tadi bersama bawang merah, serbuk kari, garam, blackpepper, serbuk perasa dan pecahkan telur. Kacau sehingga sebati.
3. Potong bahagian tengah roti, panaskan non-stick pan untuk masak roti John. Nanti aku tunjuk step by step kat dalam gambar bawah ni.
4. Angkat roti john yang telah siap, letakkan hirisan timun, mayonis dan sos cili. Selamat menjamu selera.


Senang tak resepi kalinih? Bahan macam banyak tapi sebenarnya sikit je. Semua bahan ada kat rumah biasanya kecuali daging kisar dan roti, betul tak? Selamat mencuba. Terima kasih!



Bahan-bahan yang dicampur bersama daging bagi step ke 2

Campurkan bahan di atas tadi dengan telur

Sendukkan campuran tadi guna sudip, ratakan then letak roti macam sebelah kiri tuh

Dalam 3-4 min terbalikkan roti, masa bahagian atas dalam 1 min, kemudian angkat.

Sapukan mayonis (aku guna jenama kewpie)

Letak hirisan timun (aku suka guna timun jepun) dan sos

Okay tutup roti kemas-kemas

Boleh dihidang, makan panas-panas sedap!



Sunday 18 August 2019

My E-Day Part 1: Fathiah & Syafiie + Idea menu makanan untuk tetamu

Assalammualaikum semua, rasanya macam dah lama aku tak update! Sorry banyak benda aku janji nak blog tapi aku tak tulis. Maafkan aku sekali lagi, rasa serba salah sangat. Alhamdulillah, dalam setahun nih macam-macam benda jadi, ada yang baik untuk dikenang, ada jugak yang pahit untuk ditelan. Tapi takpe, semua tuh lumrah kehidupan. Cewah! Okay aku ada berita baik nak cerita, dah 9 bulan berlalu tapi aku cerita jelah eh, sebab rasa macam baru semalam, hahaha sorry cringe sikit 😝. 



Alhamdulillah 15 December 2018, aku dah bertunang (macam awkward pulak hahaha). Kalau tanya bertunang dengan siapa, mestilah dengan boyfriend aku. Tadelah aku lebih prefer panggil dia bestfriend dari boyfriend sbb memang dia salah sorg kawan baik aku. Kenapa aku cakap dia kawan baik, sebab dia selalu ada, dengar masalah aku (selain kawan perempuan). Ok enough tak boleh puji lebih-lebih nanti tuan punya badan kembang semangkuk. Kalinih aku nak share gambar-gambar pertunangan aku dan idea menu yang korang mungkin boleh guna untuk majlis-majlis lain macam akikah, kenduri, kenduri kawen, kenduri doa selamat dan sebagainya. Nanti Part 2 aku share tips atau idea tentang hantaran, pertunangan, e-kad dan sebagainya. Rugi tau kalau korang tak baca sampai habis. 

Sebelum korang baca, aku nak letak disclaimer: Majlis aku sangat ringkas, tiada pelamin, tiada make up artist (MUA), aku mekap sendiri je hahaha, dihadiri keluarga terdekat dan sahabat terdekat sahaja, kurang 80 orang rasanya. Satu lagi, aku nih masih belajar lagi, dan tunang aku masa nih baru grad and baru dapat kerja. Jadi kami memang sangat berjimat. Untuk jamuan makan-makan mak ayah aku sponsor.Aku anak sulung dari dua beradik dan dalam family besar sebelah ayah dan umi pon aku cucu sulung, jadi semua excited masa nih hehehe. Aku letak terang-terang taknak bagi confuse hahaha.



Macam yang aku janjikan, aku share kat sini menu semasa majlis bertunang. Kitorang sediakan menu kampung yang memang berselera kalau nampak hehehehhe. Tapi sebelum aku share menu, ada beberapa faktor yang kau kene consider untuk tentukan menu makanan iaitu:
  1. Tentukan bajet (jenis pemilihan lauk bergantung pada bajet)
  2. Jumlah tetamu yang hadir
  3. Umur majoriti tetamu (maksud aku, pelbagaikan pemilihan makanan yang orang muda sampai tua boleh makan)
  4. Hubungi dan berbincang dengan pihak katering (tentang harga, tempahan, cadangan menu sama ada pihak katering boleh penuhi atau tidak, apa yang disediakan pihak katering cth pinggan, sudu, garpu)

Okay kalau dah consider faktor atas nih, korang boleh proceed tengok menu:

Menu majlis aku:

Disediakan keluarga:

Nasi Putih
Daging masak hitam
Ayam berempah
Labu & kacang panjang masak lemak
Sambal belacan
Ulam-ulaman
Ikan kering
Laksa 
Buah-buahan
Air oren

Kuih Talam Keladi
Kuih Kole Kacang




Menu tambahan kawan-kawan/ saudara-mara:
Kerepek (Roomate aku kat UTM sponsor, TQ Kak Ummu semoga murah rezeki)
Kek dan kuih muih lain oleh makcik-makcik aku
Vietnamese rolls (Sedap sangat cousin aku buat, TQ Aqis)
Lain-lain

Menu cadangan lain:

Cadangan 1: Menu ringkas (Tak perlu pikir untuk customize lauk dan nasi)
Set Nasi Ayam/Nasi Beriani/Nasi Hujan Panas/Nasi Tomato

Cadangan 2: Menu customize (macam aku buat)

Set 1:

Nasi Putih
Ayam Berempah
Kuah Dalca
Sambal belacan
Timun dan ulam ulaman

Set 2:
Nasi Putih
Ayam Masak lemak cili api
Udang masak sambal
Sambal belacan
Sayur campur

Set 3:
Nasi Putih 
Ayam/ Daging masak kunyit
Belimbing masak tumis
Sayur campur
Sambal belacan

Set 4:
Nasi Putih
Ikan keli masak pecal/lemak cili api
Sayur kailan ikan masin
Sambal belacan
Ulam ulaman

Sekian sahaja cadangan menu dari aku, dalam Part 1 nih aku hanya akan share gambar-gambar majlis pertunangan dan menu.  Jumpa Part 2 nanti. Sebarang pertanyaan drop je dekat komen bawah nih. Oh iye, tolong doakan semoga majlis pernikahan aku yang lagi beberapa bulan nih (awal tahun depan) dimudahkan ye! Amin. TQ. Semoga doa korang yag baik-baik, berbalik pada korang. 




Kad nih aku buat sendiri je online (nanti aku share dalam Part 2)

Bunga tangan buat sendiri

Keluarga belah lelaki (Tunanag aku)

Hantaran pihak perempuan

Antara kawan-kawan baik aku hehehe

My parents & his parents

Hantaran pihak lelaki

My sister


Baju tunang nih aku recycle baju konvo Master



Selepas majlis

Cousins

Aunties

Me and my hantaran for him


His mother put the ring on me

My neneks

His family



Bestfriends masa degree (Eggies)

Cousins gegirl
Aunty



Aunties



Aunties & Uncles belah Umi