Monday 30 November 2020

Resepi Brownies Kedut Cantik Jenis 2

Salam semua pembaca blog hehehe. Rasa lam sangat dah tak upload something dekat blog nih. Aku harap semua sihatlah hendaknya. Aku alhamdulillah sihat saja. Dalam musim Covid nih aku harap korang jaga diri masing-masing, buat penjarakan sosial dan juga pakai mask sentiasa. Okay berbalik kepada entri blog, last aku post rasanya lepas aku baik dari demam denggi kan? Maksudnya dah 3-4 bulan jugak aku tak update ye hehehe. Sapa yang tertinggal kes denggi dan nak baca boleh klik link nih:Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald dan Demam Denggi. Pengalaman tau kene musim Covid nih. 

Sekarang baru kita betul-betul masuk tajuk entri kalinih ye hahaha banyak menyimpang pulak. Korang ingat tak dulu aku pernah share satu resepi brownies yang aku try kan, memang menarik resepi tuh, cuma resepinya dalam gram so perlukan penimbang. Resepi brownies yang aku nak share kalinih dalam gram asalnya, tapi aku dah convert jadi sukatan cawan, lagi senanglahkan untuk korang semua cuba. Sapa yang nak try resepi brownies dulu aku share boleh tengok sini: Resepi Brownies Jenis 1. Resepinya lebih kurang je sebenarnya. Cuma ada penambahan dan pengurangan gituuuu. 

Sebelum aku nak share resepi yang aku dah cuba banyak kalinih aku nak tanya, korang tahu ke apa maksud brownies tuh. Aku ada google, rupanya brownies nih adalah sejenis kek yang bantat hahaha. Yelah sebab dia agak fudgy dan tak naik sangat kan. So, kalau korang buat kek coklat tak jadi, cakap jela tuh brownies hihi bergurau je 😆.











Untuk resepi brownies nih, asalnya aku nampak makcik aku post gambar brownies yang kedut cantik yang aku idamkan selama nih. Aku terus mesej makcik aku, tanya gune resepi brownies apa, makcik aku pon share. First time cuba, tak jadi weyh, kedut takde hangus pulak tuh. Aku mengadu kat makcik aku tuh, dia cakap buat sampai jadila kak bila sambil bagi emoticon senyum. Sudah, aku pon mcm okay, aku buat sampai jadi. Alhamdulillah setakat nih dah 4-5 kali buat, menjadi kedutnya cantik, tekstur brownies pon elok je tak kering sangat, tak basah sangat, fundgy gity and chewy. Tak sia-sia aku dengar cakap makcik aku tuh hahaha. Aku ada tips and tricks sikit untuk brownies, nih based on video brownies yang aku tengok dan jugak yang aku belajar dari kegagalan lalu. Cewah. Mareyyyy kita tengok resepi brownies nih hehehe. Masa tulis resepi nih dah terbayang kesedapannya hahaha. 

Resepi Brownies Kedut Cantik Jenis 2

Sumber Instagram: @surianti_kitchen

Beliau juga ada Blog serta Youtube Channel, korang boleh type je nama beliau.


Bahan A (Cairkan menggunakan kaedah double boiler)

1 cawan coklat Beryls compound 

50g butter jenama SCS

3.5 sudu besar minyak masak


Bahan B (Gaul sekadar sebati menggunakan whisk/spatula)

3/4 cawan gula perang

2 biji telur Gred A

1/2 sudu kecil esen vanila


Bahan C (Ayak)

2/3 cawan tepung gandum

1/4 serbuk koko Van Hauten


Cara-cara:

  1. Panaskan oven dengan suhu 160 C dan sediakan loyang bersaiz 7x7 atau 8x8 digriskan dengan marjerin dan baking paper. 
  2. Cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler (didihkan air dalam sebuah periuk kemudian letak periuk yang bersaiz lebih besar di atasnya yang ada bahan A) atau boleh masukkan microwave selama 5 saat atau sehingga cair. Tekstur campuran bahan A nih memang sedikit likat ye.
  3. Kemudian, gaul bahan B sekadar sebati dan masukkan bahan A dan gaul menggunakan spatula saja sekadar sebati juga. 
  4. Masukkan bahan C ke dalam campuran bahan A dan B tadi dan gaul secara kaup balik sahaja. Hanya sekadar sebati, sebarang ketulan atau gumpalan biarkan sahaja.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan di alas tadi. Boleh hias dengan badam, walnut atau coklat terpulang kepada kreativiti. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit. Dah masak, bukak sedikit penutup oven dan biarkan brownies sehingga sejuk.

Okay selamat mencuba dan semoga berjaya! Korang try tau menyesal nanti kalau tak try. 


Loyang yang telah digris dan dilapik baking paper



Bahan A

Bahan B


Bahan C




Adunan akan likat macam nih ye.





Thursday 16 July 2020

Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald dan Demam Denggi

Salam semua pembaca blog. Ape kabar? Alhamdulillah tamat sudah kita berpuasa dan juga Raya Aildilfitri walaupon tak boleh rentas negeri kan! Tak sangka pengalaman pertama raya aku lepas kawin macam nih 😅. Tapi takpe tuh kan pengalaman yang boleh dikenang nanti kan. Alhamdulillah juga sekarang Malaysia telah melangkah ke fasa pemulihan Covid-19. Harapnya tak lama lagi berakhirlah semuanya ye, even kita terpaksa hidup dengan virus nih macam virus denggi tuh. 

Opss sebenarnya arituh aku baru baik dari demam denggi. Sekarangkan musim panas + kadang-kadang hujan (sejuk-panas) jadi memang seronoklah nyamuk Aedes nih membiak ye tak? Dulu tahun 2012 masa aku 18 tahun dah pernah kene denggi sebenarnya tapi takdela sampai kene masuk wad hospital. Cuma duduk kat rumah 3 hari sekali amik darah kat klinik kesihatan. Aku memang terbaring jela kat katil tuh. Bangun umtuk solat dan mandi je tuh pon solat duduk, mandi menggigil-gigil. Badan semua pon sakit-sakit dan bisa. Hampir seminggu jugak aku demam denggi tuh, rasa punca kene masa aku kat PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) sebab masa aku kene tuh kebetulan tengah cuti raya cina jadi boleh balik kampung. Balik-balik je aku demam denggi. Doktor dapat tahu sebab aku demam on off lebih 3 hari, bila check darah rupanya denggi. 

Tahun 2020 aku kene lagi denggi masa nih umur 26 (sekarang hahaha). Biar aku simplify kronologi senang sikit faham:

27 Jun 2020 (Sabtu)
Rasa nak demam + tak sedap badan. Tidur je kat bilik sebab tak larat. Ada cirit-birit dan muntah-muntah.

28 Jun 2020 (Ahad)
Badan dah start panas dan bisa-bisa. Pergi Klinik Swasta doktor tanya tanda-tanda katanya macam denggi. Bila check darah doktor kata bacaan normal lagi. Doktor kata lagi 3 hari datang balik untuk check darah sekali lagi.

29 Jun 2020 (Isnin) - 1 Julai 2020 (Rabu)
Demam sampai tak boleh bangun, badan panas sangat, badan sakit-sakit, cirit-birit dan muntah-muntah. Suami aku siap amik cuti dan kerja syif malam sehari je sebab nak masak + jaga aku. Aku langsung tak boleh bangun. Jadi Rabu pagi tuh pergi Klinik Kesihatan Nilai, doktor tanya history aku cerita semua. Pastu doktor  check suhu 38 celsius. Terus doktor suruh makan panadol kat situ juga then aku kene drip air. Dalam masa yang sama doktor check darah. Masa air dah nak habis masuk tuh, doktor bagi tahu keputusan kat suami aku yang aku kene denggi, nanti tengah hari ambulan datang terus pergi hospital nak kene warded. Aku dahla tak pernah naik ambulan, drip air dan masuk hospital. Macam seram jugaklah. Jadi aku naik ambulan suami aku follow naik kereta ke Hospital Seremban (masa tu tambah lagi satu botol drip air). Sampai hospital kene tunggu kat kecemasan + kene interview dengan doktor-doktor kat sana untuk history taking. Gitu gini pukul 3 jugak baru aku masuk wad sebab wad penuh. Suami aku balik rumah nak amik semua baju-baju aku dan kelengkapan. Pukul 5.30 dia datang semula ke hospital.

2 Julai 2020 (Khamis) - 6 Julai 2020 (Isnin)
Rupanya wad yang aku duduk tuh semua orang yang kene denggi, ramai jugak rupanya. So basically denggi nih rawatannya cuma kene minum air banyak, bagi suhu turun, dan juga check darah. Setiap hari 3 kali kene amik darah, tekanan darah  dan suhu badan. Drip air memang sentiasa kene. Kecuali doktor tengok kita dah ok, then dia cabut drip tuh, just make sure korang minum air banyak, sebab kene rekod jumlah pengambilan air dan keluaran air kencing (ada bagi bekas untuk sukat). Alhamdulillah 5 Julai tuh platelets aku rendah lagi, tapi suami aku masak sup ketam, aku habiskan satu bekas sebab nak cepat baik punya pasal, dah tak tahan 6 hari duduk hospital esoknya platelets aku naik mendadak dan tengah hari doktor dah bagi keluar. Tapi seminggu lepas tu kene follow up kat klinik kesihatan sampai keputusan darah semua normal balik. 

Itu saja cerita demam denggi aku, panjang jugak kan hahaha.Okay jom kita tengok resepi ayam goreng rangup macam ayam McD tuh yang korang suke sangat. tajuk resepi ayam goreng tapi cerita denggi lagi panjang. Yelah sebab resepinya pendek je 😆. Sebelum tuh apa kata korang tengokm video pendek ala-ala mukbang aku makan ayam nih. Tak tipu memang rangup!






Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald


Bahan-bahan:

1 cawan susu/yogurt
6-8 ketul bahagian ayam 
2-3 biji telur untuk salutan
3 sudu besar tepung beras/ tepung jagung
5 sudu besar tepung bestari spicy


Cara-cara:

1. Perap ayam selama 30 min atau sejam bersama susu/yogurt. Tujuan supaya isi ayam lembut & juicy (optional ya nak buat boleh taknak pon boleh)

2. Toskan lebihan susu/yogurt tadi kemudian salutkan dengan telur yang telah dipukul sedikit menggunakan garfu.

3. Kemudian salutkan pula ayam bersama campuran tepung bestari spicy dan tepung beras/ tepung jagung tadi.

4. Goreng deep fry atau dengan minyak yang penuh dan api sederhana (tidak terlalu besar atau kecil). Jangan balik-balikkan ayam selagi satu bahagian tidak masak dan kuning keemasan. 

5. Angkat dan toskan dengan tisu dapur apabila sudah kuning keemasan. Kalau nak goreng double fry lagi rangup. Selepas angkat dan toskan, goreng ayam sekali lagi dengan api yang sederhana besar.

Selamat mencuba! Aku harap korang boleh try sebab senang sangatkan hehehe.



Sunday 26 April 2020

Menu Berbuka 30 Hari Puasa & Ramadan Checklist

Hai semua, rasanya lama betul kan tiada update entri blog daripada aku. Minta maaf ye buat yang tertunggu-tunggu. Hujung tahun 2019 sampai awal tahun 2020 aku sibuk buat persiapan majlis perkahwinan aku. Nanti aku buat entri khas untuk nih ok! Lepas kahwin aku sibuk uruskan pindah rumah sebab aku duduk dengan suami sekarang. Haa yang nih pon nanti ada slot khas ye aku share. 

Rasanya masih tak terlambat kan kalau aku nak ucap Salam Ramadan buat semua pembaca blog nih. Alhamdulillah kita berpeluang jumpa Ramadan kali ini sekali lagi. Apa kata korang share sikit Checklist Ramadan korang, maksudnya apa yang korang nak buat, tak payah yang susah, yang senang-senang dan paling penting boleh dicapai. Ini aku share aku punya, harapnya aku berjaya capai 5 Ramadan Checklist  nih 💖. Amin.




Ramadan kalinih rasanya lain sikit sebab dulu masa bujang aku tolong umi aku masak je, bangun sahur pon umi atau ayah aku kejutkan, jaranglah aku yang sendiri bangun. Bila dah kahwin nih, sendirilah kene bangun, nasib baik suami aku rajin kejut sahur, tapi dia kejut suh aku masaklah hahaha.Tapi sahur nih, kitorang selalu panaskan lauk buka, or makan je apa yang ada macam roti or biskut.  

Jadi sebelum start puasa arituh, aku cakaplah dengan suami aku, jom buat list menu berbuka utuk 30 hari, jadi nanti senang nak stock up lauk dalam peti ais dan prep bahan yang boleh prep awl (blend bawang merah & bawang putih). Aku nih takdelah organize sangat orangnya, tapi sejak masuk group kat FB pasal kemas rumah nih, dorang ajar macam mana nak prep bahan masak jadi senang nanti keje time nak masak. So aku pon ikutlah, rupanya senang kalau dah prep bahan sesiap. Aku dengan suami aku puas memerah otak, siap google dalam blog, dalam FB menu untuk 30 harinih. Yelah yang peningnya nanti aku pikir nak masak apa. Dalam menu yang kitorang buat nih, ada yang idea dari google dan FB dan banyaknya makanan yang suami aku teringin la hahaha. Aku bagitahu dia, order jela nak masak apa, aku cuba buat yang penting bahannya ada hehehe. Tak tahu, google youtube kan hado, tak pon aku call jela umi aku tanya hahaha. Tergelak dia. 

Eh panjang pulak ye aku membebel, jadi kat bawah nih aku share dekat korang semua, menu berbuka kami berdua. Aku buat dalam bentuk poster cantik-cantik. Aku divide menu nih based on 3 phase puasa. Menu Berbuka Puasa 30 Hari khas dan istimewa untuk semua pembaca blog aku. Kalau korang nak guna ambil jela...print. Kat bawah nih aku letak link untuk download dalam PDF. Aku harap apa yang aku share berguna untuk korang ye. Kalau korang ada nk request resepi setiap menu nih boleh je, or nak request dessert menu untuk 30 hari ke hehehe mana la tahu kan. Tapi bagi tahu awal-awal la...aku nih newbie so mungkin cara masak sangat-sangat simple hehehe. Nanti rajin-rajin aku share resepi okiee.  Terima kasih, jumpa lagi dalam entri akan datang. 

Link to download: 
Ramadan Checklist  (Boleh isi sendiri)