Thursday, 16 July 2020

Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald dan Demam Denggi

Salam semua pembaca blog. Ape kabar? Alhamdulillah tamat sudah kita berpuasa dan juga Raya Aildilfitri walaupon tak boleh rentas negeri kan! Tak sangka pengalaman pertama raya aku lepas kawin macam nih 😅. Tapi takpe tuh kan pengalaman yang boleh dikenang nanti kan. Alhamdulillah juga sekarang Malaysia telah melangkah ke fasa pemulihan Covid-19. Harapnya tak lama lagi berakhirlah semuanya ye, even kita terpaksa hidup dengan virus nih macam virus denggi tuh. 

Opss sebenarnya arituh aku baru baik dari demam denggi. Sekarangkan musim panas + kadang-kadang hujan (sejuk-panas) jadi memang seronoklah nyamuk Aedes nih membiak ye tak? Dulu tahun 2012 masa aku 18 tahun dah pernah kene denggi sebenarnya tapi takdela sampai kene masuk wad hospital. Cuma duduk kat rumah 3 hari sekali amik darah kat klinik kesihatan. Aku memang terbaring jela kat katil tuh. Bangun umtuk solat dan mandi je tuh pon solat duduk, mandi menggigil-gigil. Badan semua pon sakit-sakit dan bisa. Hampir seminggu jugak aku demam denggi tuh, rasa punca kene masa aku kat PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) sebab masa aku kene tuh kebetulan tengah cuti raya cina jadi boleh balik kampung. Balik-balik je aku demam denggi. Doktor dapat tahu sebab aku demam on off lebih 3 hari, bila check darah rupanya denggi. 

Tahun 2020 aku kene lagi denggi masa nih umur 26 (sekarang hahaha). Biar aku simplify kronologi senang sikit faham:

27 Jun 2020 (Sabtu)
Rasa nak demam + tak sedap badan. Tidur je kat bilik sebab tak larat. Ada cirit-birit dan muntah-muntah.

28 Jun 2020 (Ahad)
Badan dah start panas dan bisa-bisa. Pergi Klinik Swasta doktor tanya tanda-tanda katanya macam denggi. Bila check darah doktor kata bacaan normal lagi. Doktor kata lagi 3 hari datang balik untuk check darah sekali lagi.

29 Jun 2020 (Isnin) - 1 Julai 2020 (Rabu)
Demam sampai tak boleh bangun, badan panas sangat, badan sakit-sakit, cirit-birit dan muntah-muntah. Suami aku siap amik cuti dan kerja syif malam sehari je sebab nak masak + jaga aku. Aku langsung tak boleh bangun. Jadi Rabu pagi tuh pergi Klinik Kesihatan Nilai, doktor tanya history aku cerita semua. Pastu doktor  check suhu 38 celsius. Terus doktor suruh makan panadol kat situ juga then aku kene drip air. Dalam masa yang sama doktor check darah. Masa air dah nak habis masuk tuh, doktor bagi tahu keputusan kat suami aku yang aku kene denggi, nanti tengah hari ambulan datang terus pergi hospital nak kene warded. Aku dahla tak pernah naik ambulan, drip air dan masuk hospital. Macam seram jugaklah. Jadi aku naik ambulan suami aku follow naik kereta ke Hospital Seremban (masa tu tambah lagi satu botol drip air). Sampai hospital kene tunggu kat kecemasan + kene interview dengan doktor-doktor kat sana untuk history taking. Gitu gini pukul 3 jugak baru aku masuk wad sebab wad penuh. Suami aku balik rumah nak amik semua baju-baju aku dan kelengkapan. Pukul 5.30 dia datang semula ke hospital.

2 Julai 2020 (Khamis) - 6 Julai 2020 (Isnin)
Rupanya wad yang aku duduk tuh semua orang yang kene denggi, ramai jugak rupanya. So basically denggi nih rawatannya cuma kene minum air banyak, bagi suhu turun, dan juga check darah. Setiap hari 3 kali kene amik darah, tekanan darah  dan suhu badan. Drip air memang sentiasa kene. Kecuali doktor tengok kita dah ok, then dia cabut drip tuh, just make sure korang minum air banyak, sebab kene rekod jumlah pengambilan air dan keluaran air kencing (ada bagi bekas untuk sukat). Alhamdulillah 5 Julai tuh platelets aku rendah lagi, tapi suami aku masak sup ketam, aku habiskan satu bekas sebab nak cepat baik punya pasal, dah tak tahan 6 hari duduk hospital esoknya platelets aku naik mendadak dan tengah hari doktor dah bagi keluar. Tapi seminggu lepas tu kene follow up kat klinik kesihatan sampai keputusan darah semua normal balik. 

Itu saja cerita demam denggi aku, panjang jugak kan hahaha.Okay jom kita tengok resepi ayam goreng rangup macam ayam McD tuh yang korang suke sangat. tajuk resepi ayam goreng tapi cerita denggi lagi panjang. Yelah sebab resepinya pendek je 😆. Sebelum tuh apa kata korang tengokm video pendek ala-ala mukbang aku makan ayam nih. Tak tipu memang rangup!






Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald


Bahan-bahan:

1 cawan susu/yogurt
6-8 ketul bahagian ayam 
2-3 biji telur untuk salutan
3 sudu besar tepung beras/ tepung jagung
5 sudu besar tepung bestari spicy


Cara-cara:

1. Perap ayam selama 30 min atau sejam bersama susu/yogurt. Tujuan supaya isi ayam lembut & juicy (optional ya nak buat boleh taknak pon boleh)

2. Toskan lebihan susu/yogurt tadi kemudian salutkan dengan telur yang telah dipukul sedikit menggunakan garfu.

3. Kemudian salutkan pula ayam bersama campuran tepung bestari spicy dan tepung beras/ tepung jagung tadi.

4. Goreng deep fry atau dengan minyak yang penuh dan api sederhana (tidak terlalu besar atau kecil). Jangan balik-balikkan ayam selagi satu bahagian tidak masak dan kuning keemasan. 

5. Angkat dan toskan dengan tisu dapur apabila sudah kuning keemasan. Kalau nak goreng double fry lagi rangup. Selepas angkat dan toskan, goreng ayam sekali lagi dengan api yang sederhana besar.

Selamat mencuba! Aku harap korang boleh try sebab senang sangatkan hehehe.



No comments:

Post a Comment