Thursday 3 November 2022

Resepi Sandwich Sardin Simple dan Sedap!


Hai, tengah terpikir menu sarapan pagi ke? Especially kalau yang kerja pagi-pagi buta pukul 8 dah masuk kerja atau untuk bekal encik suami. Fuh jenuh kan, kelam kabut pastu nak masak-masak. Kalau yang ada kerja taknaklah baju kotor. Kalau yang tak kerja pon busy jugak kan pepagi tuh nak hantar anak sekolah 🫣. Okay Tia paham. So harinih Tia nak share cara paling simple korang nak buat sarapan pagi. Korang buat je sandwich, pastu boleh pelbagaikan intinya. Macam Tia, feveret Sandwich Sardin dengan Sandwich Telur. Memang senang sangatlah orang kata pejam mata pon boleh buat 😌. Tapi harinih Tia nak share Resepi Sandwich Sardin jekla dulu 🤭, yang telur tuh boleh simpan untuk content baru hehehe. 

 

Bestnya kalau buat sandwich nih, malamnya korang boleh siapkan inti, nanti esok tinggal sapu atau spread pada roti jek. Senang dan cepat je. Okay meh Tia share resepi tuh:


Resepi Sandwich Sardin Simple

1 tin sardin (aku guna cap ayam brand mantopp)

1 bawang merah dicincang dadu

5 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)

Butter atau marjerin secukupnya

Roti gardenia (ini pon jenama feveret)


Cara:

Masak sardin atas kuali tanpa minyak, letak garam sikit dan perasa adjust ikut selera. Kalau aku, masukkan kuah sekali, tapi masak lama sikit bagi kuah pekat. Pastu masukkan bawang merah dan cili padi gaul sekejap atas api. Kalau dah panas, matikan api. Sapukan marjerin atau butter pada roti dan sapukan inti sardin tuh secukupnya. Siapppp. 


Bahan tambahan optional:

Boleh letak sayur kalau nak macam salad, tomato atau timun. 

Inti sardin tadi boleh perahkan sikit limau nipis biar balance rasa ikan dan bawang tuh, so masam sikit

Kalau takde limau, boleh ganti dengan yogurt (kalau diet) atau mayonis. Lemak-lemak masam gituuu.

Selamat mencuba ye, terima kasih kerana sudi baca blog aku. Korang jangan lupa tau share sekali macam mana style sandwich sardin korang buat ☺️


          
    

Wednesday 2 November 2022

Jom buat duit dengan jawab survey. Rahsia terbesar buat duit dengan phone!

Hai semua, apa khabar ye? Tia harap korang semua sihat walafiat ye. Harinih aku nak share tentang cara buat duit guna phone aka telefon bimbit. Haaa kalau nak tahu arituh aku ada share jugak tips buat duit dengan phone tapi dengan cara affiliate marketing. So sekarang buat duit dengan survey? Percaya ke tak? 😌. Percaya okay, sebab aku sendiri pon dah terjebak. Ada 4 apps aku download untuk jawab survey nih tau. Cuma cara korang nak redeem points or rewards tuh berbeza beza, ada yang perlu redeem atau tebus melalui e-wallet macam touch and go, ada yang guna voucher macam KFC, Grab ada jugak yang akan transfer melalui account bank macam Paypal. Jadi, korang kene explore ye. Kalau ada tak paham boleh drop komen jugak. 

Korang boleh tengok dan cuba okay kat bawah nih, mana tahu boleh buat side income 😁

1. Google survey

2. Surveyon

3. Ipsos iSay

4. Rakuten Insight
Link: Jom Daftar

Okay itu saja sharing aku kalinih pendek dan ringkas 😄. Harap membantu akak or adik- adik yang nak cari duit poket tepi masa belajar atau sedang tunggu kerja. Aku doakan yang tengah belajar dapat result cemerlang dan yang tengah struggle nak cari kerja or intern tuh dimurahkan rezeki dan urusan dapat kerja. Jangan lupa share kat komen kalau korang rasa ada tambahan survey lain yang berbaloi join atau pengalaman korang jawab survey online 😉. Sharing is caring kata orang kan 😘.

 



Wednesday 19 October 2022

Resepi Cheesecake Blueberry Mudah Tanpa Bakar atau Oven dan Tips Jana Income dengan Youtube

 

Hai ape khabar semua, berjumpa lagi kita, aku nak share kat korang sume tau, aku dah ada Youtube Channel namanya Dapur Kelabu hahaha, Jangan lupa subscribe okay sebab aku punya youtube channel tak boleh monetize lagi, tak cukup subscriber dan watch hours katanya. So please share video kat channel aku tuh and recommend kat kawan-kawan korang. Monetiza tuh, dengan kata lain, takde iklan lagi kat youtube aku tuh 😌.

Okay sebab aku dah bukak cerita pasal Youtube nih, aku sharela kat korang kalau korang nak dapat duit macam youtuber-youtuber tuh bukan senang tau. Sebab requirement tinggi jugak. antaranya korang kene ada at least 1,000 subscriber dan watch hours video korang mesti 4,000. So sekarang yang aku perasan kat Youtube ada features baru iaitu shorts untuk youtube, dia ala-ala story or tiktok sebab video pendek. So bagi korang yang nak lakukan youtube channel, boleh try buat video pendek tapi menarik kat shorts tuh. Dari situlah orang akan tertarik tengok channel korang hehehe. 

Cakap pasal requirement monetize youtube tuh, nampak macam mustahil kan, tapi takde yang mustahil sebab dulu masa aku buat blog nih pon, aku tak sangka boleh capai minimum requirement untuk masuk adsense. Sebab rasa macam blog dah tak relevan (ada orang cakap macam tuh kat aku) dan rasa blog aku takde apa yang menarik pon orang nak tengok hahaha. Sekarang korang tengok blog aku, penuh iklan adsense kan. Jadi aku percaya tak mustahil untuk aku capai pulak bagi youtube channel aku. Cewah. Papepon terima kasihla pada korang yang jadi viewer setia blog aku nih, pastu belum lagi yang email or contact lepas baca entri fofular aku, pasal halatuju belajar tuh. Minta maaf sapa yang aku tak terbalas tuh ye. 

Jadi sebagai penghargaan kat korang, aku rasuah dengan resepi  No Bake Blueberry Cheesecake nihla ye, supaya subcribe channel aku, siap pakej video lagi tau. even amatur pon. Kuang 3X. Plus, terima kasih jugak sebab still ada dengan aku, even content suam-suam kuku, pastu macam chispmore kadang ada, kadang hilang hehhe. Selamat mencuba.



Video Resepi No Bake Blueberry Cheesecake
Youtube: Dapo Kelabu


No Bake Blueberry Cheesecake

Cheesecake Blueberry Tanpa Oven/ Bakar


Bahan Blueberry Jem

200 gram blueberries

50 gram gula halus

2 sudu besar jus lemon

 

Bahan Base

300 gram Biskut Marie/Grahaam/Digestive

100 gram butter/margerin

1 sudu besar gula halus

 

Bahan Cheesecake

500 gram cream cheese

140 gram gula halus

200 gram whipping cream

2 sudu besar yogurt asli

2 sudu besar jus lemon

2 sudu besar gelatin + 40 ml air panas

 

1.  1. Masak blueberries Bersama gula dan jus lemon sehingga agak likat. Gunakan api kecil. Setelah siap, sejukkan dalam suhu bilik dan boleh simpan dalam chiller atau peti ais bahagian bawah.

2.  2. Kisar halus biskut marie dan campurkan butter yang telah dicairkan. Kemudian tambah gula. Kacau sebati. Jika sudah sebati, boleh  letak ke dalam acuan spring form pan (kalau tak tahu korang google jek, mesti keluar gambar). Pastikan betul-betul mampat ye supaya tak hancur nanti lapisan base cheesecake nih. Dah siap boleh simpan dalam chiller at least 30 min.

3.  3. Untuk cheesecake, mula-mula putar creamcheese sehingga licin kemudian tambahkan satu-satu gula, yogurt, jus lemon. Setelah itu, masukkan whipping cream yang telah diputar sehingga kental (dah diputar panggil whipped cream hahah). Lepas tuh, boleh masukkan gelatin yang dah laarut dengaan air panas tadi. Make sure gelatin tuh tidak berketul ye dan masih boleh dikacau guna sudu, bukan keras okay.

4.  4. Dah bahagian cheesecake tuh, tuangla adunan tuh dalam springform pan yang dah ada base biskut tadi. Korang ratakan caantik-cantik bagi smooth pastu masuk dalam peti air bahagian bawah atau chiller. At least kene tunggu 6 jam dan korang rasa dulu bahagian atas dah keras atau set ke belum, jangan tak menyabar pulak ahahha.

5.   5. Lepas cheesecake set, boleh korang guna tuala basah untuk lap keliling springpan form tuh, tujuan dia, biar senang nak tanggalkan gegelung springform tuh haaa gitu. Dah settle part yg thrill tuh bolehla tuang jem blueberry yang korang buat awal-awal tuh kat atas cheesecake. Ikut sukala korang nak deko macam mana hehehe. Dah siap apa lagi, nikmatila keenakan dai timur tengah….eh hahaha. Keenakan cheesecake kahkah. Selamat mencuba.



Potongan Cheesecake dengan blueberry meleleh. Makan sejuk-sejuk sedap nih




Cantik jek kan dia set. Dulu first time buat tak keras okay. Tak tahu mana silap hahah


Thursday 13 October 2022

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak Buat Suamiku 😘


Hai, apa khabar semua 😁. Rasa berhabuk ya blog sistur nih. Lama menyepi sejak kawen. Maklumlah busy uruskan rumahtangga, jadi domestic engineer ahaks 🤣. Tiber laki bini jadi engineer. 

So sempena nak minta maaf lama menyepi harinih meh aku share resepi special. Kalau nak tahu resepi yang bakal aku share nih memang feveret cik somi senang citer. Somi dengan ayahku dedua minat. Dulu asal weekend mak aku mesti aku akan buat kari kepala ikan, sebab ayah aku request. Aku pulak asyik kompelin jek. Haaa amek kau dapat somi pon suka jugak 😂

Resepi kari yang aku nak share nih memang style yang family aku buatlah. Cume rempah-rempah tuh aku tambah sendiri sebab aku tengok kat video-video masak kari nampak macam menarik bila ditambah itu ini 🤭. Haa okay jom kita terjah resepi kat bawah nih. Ada link video sekali tau. Haaa kau tengok comeback strongerr gituuu pakej upgrade ada channel video masak. Haaa engkorang jangan lupa SUBSCIBE & LIKE ye semua video aku, nak dapat google adsense macam blog jugak 🥰. Terima kasih. 

Selamat mencuba ya. Boleh share jugak kat komen video or post nih camne cara korang buat kari hehehhe. 



Video Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

Youtube: Dapo Kelabu


Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

- 1 kepala ikan jenahak saiz besar

- 1 biji bawang merah besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- 1 inchi halia dihiris
- 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
- 1 cubit rempah tumis (pelaga, halba, lada putih, jintan putih, ketumbar)
- 3 sudu serbuk kari
- 1/4 cawan santan pekat
- 1 tangkai daun kari
- 5 batang bendi

Panaskan 1/2 cawan minyak masak, masukkan bahan yang dihiris, 3 sekawan dan rempah tumisan. Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan daun kari. Letak serbuk kari dan tambahkan air secukupnya. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan asam jawa/keping. Apabila mendidih masukkan kepala ikan jenahak. Tutup sehingga masak. Setelah ikan masak, masukkan santan dan gaul sebati. Terakhir, masukkan bendi dan rebus sehingga empuk. Siap untuk dihidang.

           Bahan-bahan tumisan dan bendi


  Last step, lepas letak santan, kita letak bendi



 

Monday 30 November 2020

Resepi Brownies Kedut Cantik Jenis 2

Salam semua pembaca blog hehehe. Rasa lam sangat dah tak upload something dekat blog nih. Aku harap semua sihatlah hendaknya. Aku alhamdulillah sihat saja. Dalam musim Covid nih aku harap korang jaga diri masing-masing, buat penjarakan sosial dan juga pakai mask sentiasa. Okay berbalik kepada entri blog, last aku post rasanya lepas aku baik dari demam denggi kan? Maksudnya dah 3-4 bulan jugak aku tak update ye hehehe. Sapa yang tertinggal kes denggi dan nak baca boleh klik link nih:Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald dan Demam Denggi. Pengalaman tau kene musim Covid nih. 

Sekarang baru kita betul-betul masuk tajuk entri kalinih ye hahaha banyak menyimpang pulak. Korang ingat tak dulu aku pernah share satu resepi brownies yang aku try kan, memang menarik resepi tuh, cuma resepinya dalam gram so perlukan penimbang. Resepi brownies yang aku nak share kalinih dalam gram asalnya, tapi aku dah convert jadi sukatan cawan, lagi senanglahkan untuk korang semua cuba. Sapa yang nak try resepi brownies dulu aku share boleh tengok sini: Resepi Brownies Jenis 1. Resepinya lebih kurang je sebenarnya. Cuma ada penambahan dan pengurangan gituuuu. 

Sebelum aku nak share resepi yang aku dah cuba banyak kalinih aku nak tanya, korang tahu ke apa maksud brownies tuh. Aku ada google, rupanya brownies nih adalah sejenis kek yang bantat hahaha. Yelah sebab dia agak fudgy dan tak naik sangat kan. So, kalau korang buat kek coklat tak jadi, cakap jela tuh brownies hihi bergurau je 😆.











Untuk resepi brownies nih, asalnya aku nampak makcik aku post gambar brownies yang kedut cantik yang aku idamkan selama nih. Aku terus mesej makcik aku, tanya gune resepi brownies apa, makcik aku pon share. First time cuba, tak jadi weyh, kedut takde hangus pulak tuh. Aku mengadu kat makcik aku tuh, dia cakap buat sampai jadila kak bila sambil bagi emoticon senyum. Sudah, aku pon mcm okay, aku buat sampai jadi. Alhamdulillah setakat nih dah 4-5 kali buat, menjadi kedutnya cantik, tekstur brownies pon elok je tak kering sangat, tak basah sangat, fundgy gity and chewy. Tak sia-sia aku dengar cakap makcik aku tuh hahaha. Aku ada tips and tricks sikit untuk brownies, nih based on video brownies yang aku tengok dan jugak yang aku belajar dari kegagalan lalu. Cewah. Mareyyyy kita tengok resepi brownies nih hehehe. Masa tulis resepi nih dah terbayang kesedapannya hahaha. 

Resepi Brownies Kedut Cantik Jenis 2

Sumber Instagram: @surianti_kitchen

Beliau juga ada Blog serta Youtube Channel, korang boleh type je nama beliau.


Bahan A (Cairkan menggunakan kaedah double boiler)

1 cawan coklat Beryls compound 

50g butter jenama SCS

3.5 sudu besar minyak masak


Bahan B (Gaul sekadar sebati menggunakan whisk/spatula)

3/4 cawan gula perang

2 biji telur Gred A

1/2 sudu kecil esen vanila


Bahan C (Ayak)

2/3 cawan tepung gandum

1/4 serbuk koko Van Hauten


Cara-cara:

  1. Panaskan oven dengan suhu 160 C dan sediakan loyang bersaiz 7x7 atau 8x8 digriskan dengan marjerin dan baking paper. 
  2. Cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler (didihkan air dalam sebuah periuk kemudian letak periuk yang bersaiz lebih besar di atasnya yang ada bahan A) atau boleh masukkan microwave selama 5 saat atau sehingga cair. Tekstur campuran bahan A nih memang sedikit likat ye.
  3. Kemudian, gaul bahan B sekadar sebati dan masukkan bahan A dan gaul menggunakan spatula saja sekadar sebati juga. 
  4. Masukkan bahan C ke dalam campuran bahan A dan B tadi dan gaul secara kaup balik sahaja. Hanya sekadar sebati, sebarang ketulan atau gumpalan biarkan sahaja.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan di alas tadi. Boleh hias dengan badam, walnut atau coklat terpulang kepada kreativiti. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit. Dah masak, bukak sedikit penutup oven dan biarkan brownies sehingga sejuk.

Okay selamat mencuba dan semoga berjaya! Korang try tau menyesal nanti kalau tak try. 


Loyang yang telah digris dan dilapik baking paper



Bahan A

Bahan B


Bahan C




Adunan akan likat macam nih ye.





Thursday 16 July 2020

Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald dan Demam Denggi

Salam semua pembaca blog. Ape kabar? Alhamdulillah tamat sudah kita berpuasa dan juga Raya Aildilfitri walaupon tak boleh rentas negeri kan! Tak sangka pengalaman pertama raya aku lepas kawin macam nih 😅. Tapi takpe tuh kan pengalaman yang boleh dikenang nanti kan. Alhamdulillah juga sekarang Malaysia telah melangkah ke fasa pemulihan Covid-19. Harapnya tak lama lagi berakhirlah semuanya ye, even kita terpaksa hidup dengan virus nih macam virus denggi tuh. 

Opss sebenarnya arituh aku baru baik dari demam denggi. Sekarangkan musim panas + kadang-kadang hujan (sejuk-panas) jadi memang seronoklah nyamuk Aedes nih membiak ye tak? Dulu tahun 2012 masa aku 18 tahun dah pernah kene denggi sebenarnya tapi takdela sampai kene masuk wad hospital. Cuma duduk kat rumah 3 hari sekali amik darah kat klinik kesihatan. Aku memang terbaring jela kat katil tuh. Bangun umtuk solat dan mandi je tuh pon solat duduk, mandi menggigil-gigil. Badan semua pon sakit-sakit dan bisa. Hampir seminggu jugak aku demam denggi tuh, rasa punca kene masa aku kat PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) sebab masa aku kene tuh kebetulan tengah cuti raya cina jadi boleh balik kampung. Balik-balik je aku demam denggi. Doktor dapat tahu sebab aku demam on off lebih 3 hari, bila check darah rupanya denggi. 

Tahun 2020 aku kene lagi denggi masa nih umur 26 (sekarang hahaha). Biar aku simplify kronologi senang sikit faham:

27 Jun 2020 (Sabtu)
Rasa nak demam + tak sedap badan. Tidur je kat bilik sebab tak larat. Ada cirit-birit dan muntah-muntah.

28 Jun 2020 (Ahad)
Badan dah start panas dan bisa-bisa. Pergi Klinik Swasta doktor tanya tanda-tanda katanya macam denggi. Bila check darah doktor kata bacaan normal lagi. Doktor kata lagi 3 hari datang balik untuk check darah sekali lagi.

29 Jun 2020 (Isnin) - 1 Julai 2020 (Rabu)
Demam sampai tak boleh bangun, badan panas sangat, badan sakit-sakit, cirit-birit dan muntah-muntah. Suami aku siap amik cuti dan kerja syif malam sehari je sebab nak masak + jaga aku. Aku langsung tak boleh bangun. Jadi Rabu pagi tuh pergi Klinik Kesihatan Nilai, doktor tanya history aku cerita semua. Pastu doktor  check suhu 38 celsius. Terus doktor suruh makan panadol kat situ juga then aku kene drip air. Dalam masa yang sama doktor check darah. Masa air dah nak habis masuk tuh, doktor bagi tahu keputusan kat suami aku yang aku kene denggi, nanti tengah hari ambulan datang terus pergi hospital nak kene warded. Aku dahla tak pernah naik ambulan, drip air dan masuk hospital. Macam seram jugaklah. Jadi aku naik ambulan suami aku follow naik kereta ke Hospital Seremban (masa tu tambah lagi satu botol drip air). Sampai hospital kene tunggu kat kecemasan + kene interview dengan doktor-doktor kat sana untuk history taking. Gitu gini pukul 3 jugak baru aku masuk wad sebab wad penuh. Suami aku balik rumah nak amik semua baju-baju aku dan kelengkapan. Pukul 5.30 dia datang semula ke hospital.

2 Julai 2020 (Khamis) - 6 Julai 2020 (Isnin)
Rupanya wad yang aku duduk tuh semua orang yang kene denggi, ramai jugak rupanya. So basically denggi nih rawatannya cuma kene minum air banyak, bagi suhu turun, dan juga check darah. Setiap hari 3 kali kene amik darah, tekanan darah  dan suhu badan. Drip air memang sentiasa kene. Kecuali doktor tengok kita dah ok, then dia cabut drip tuh, just make sure korang minum air banyak, sebab kene rekod jumlah pengambilan air dan keluaran air kencing (ada bagi bekas untuk sukat). Alhamdulillah 5 Julai tuh platelets aku rendah lagi, tapi suami aku masak sup ketam, aku habiskan satu bekas sebab nak cepat baik punya pasal, dah tak tahan 6 hari duduk hospital esoknya platelets aku naik mendadak dan tengah hari doktor dah bagi keluar. Tapi seminggu lepas tu kene follow up kat klinik kesihatan sampai keputusan darah semua normal balik. 

Itu saja cerita demam denggi aku, panjang jugak kan hahaha.Okay jom kita tengok resepi ayam goreng rangup macam ayam McD tuh yang korang suke sangat. tajuk resepi ayam goreng tapi cerita denggi lagi panjang. Yelah sebab resepinya pendek je 😆. Sebelum tuh apa kata korang tengokm video pendek ala-ala mukbang aku makan ayam nih. Tak tipu memang rangup!






Resepi Ayam Goreng Rangup ala McDonald


Bahan-bahan:

1 cawan susu/yogurt
6-8 ketul bahagian ayam 
2-3 biji telur untuk salutan
3 sudu besar tepung beras/ tepung jagung
5 sudu besar tepung bestari spicy


Cara-cara:

1. Perap ayam selama 30 min atau sejam bersama susu/yogurt. Tujuan supaya isi ayam lembut & juicy (optional ya nak buat boleh taknak pon boleh)

2. Toskan lebihan susu/yogurt tadi kemudian salutkan dengan telur yang telah dipukul sedikit menggunakan garfu.

3. Kemudian salutkan pula ayam bersama campuran tepung bestari spicy dan tepung beras/ tepung jagung tadi.

4. Goreng deep fry atau dengan minyak yang penuh dan api sederhana (tidak terlalu besar atau kecil). Jangan balik-balikkan ayam selagi satu bahagian tidak masak dan kuning keemasan. 

5. Angkat dan toskan dengan tisu dapur apabila sudah kuning keemasan. Kalau nak goreng double fry lagi rangup. Selepas angkat dan toskan, goreng ayam sekali lagi dengan api yang sederhana besar.

Selamat mencuba! Aku harap korang boleh try sebab senang sangatkan hehehe.



Sunday 26 April 2020

Menu Berbuka 30 Hari Puasa & Ramadan Checklist

Hai semua, rasanya lama betul kan tiada update entri blog daripada aku. Minta maaf ye buat yang tertunggu-tunggu. Hujung tahun 2019 sampai awal tahun 2020 aku sibuk buat persiapan majlis perkahwinan aku. Nanti aku buat entri khas untuk nih ok! Lepas kahwin aku sibuk uruskan pindah rumah sebab aku duduk dengan suami sekarang. Haa yang nih pon nanti ada slot khas ye aku share. 

Rasanya masih tak terlambat kan kalau aku nak ucap Salam Ramadan buat semua pembaca blog nih. Alhamdulillah kita berpeluang jumpa Ramadan kali ini sekali lagi. Apa kata korang share sikit Checklist Ramadan korang, maksudnya apa yang korang nak buat, tak payah yang susah, yang senang-senang dan paling penting boleh dicapai. Ini aku share aku punya, harapnya aku berjaya capai 5 Ramadan Checklist  nih 💖. Amin.




Ramadan kalinih rasanya lain sikit sebab dulu masa bujang aku tolong umi aku masak je, bangun sahur pon umi atau ayah aku kejutkan, jaranglah aku yang sendiri bangun. Bila dah kahwin nih, sendirilah kene bangun, nasib baik suami aku rajin kejut sahur, tapi dia kejut suh aku masaklah hahaha.Tapi sahur nih, kitorang selalu panaskan lauk buka, or makan je apa yang ada macam roti or biskut.  

Jadi sebelum start puasa arituh, aku cakaplah dengan suami aku, jom buat list menu berbuka utuk 30 hari, jadi nanti senang nak stock up lauk dalam peti ais dan prep bahan yang boleh prep awl (blend bawang merah & bawang putih). Aku nih takdelah organize sangat orangnya, tapi sejak masuk group kat FB pasal kemas rumah nih, dorang ajar macam mana nak prep bahan masak jadi senang nanti keje time nak masak. So aku pon ikutlah, rupanya senang kalau dah prep bahan sesiap. Aku dengan suami aku puas memerah otak, siap google dalam blog, dalam FB menu untuk 30 harinih. Yelah yang peningnya nanti aku pikir nak masak apa. Dalam menu yang kitorang buat nih, ada yang idea dari google dan FB dan banyaknya makanan yang suami aku teringin la hahaha. Aku bagitahu dia, order jela nak masak apa, aku cuba buat yang penting bahannya ada hehehe. Tak tahu, google youtube kan hado, tak pon aku call jela umi aku tanya hahaha. Tergelak dia. 

Eh panjang pulak ye aku membebel, jadi kat bawah nih aku share dekat korang semua, menu berbuka kami berdua. Aku buat dalam bentuk poster cantik-cantik. Aku divide menu nih based on 3 phase puasa. Menu Berbuka Puasa 30 Hari khas dan istimewa untuk semua pembaca blog aku. Kalau korang nak guna ambil jela...print. Kat bawah nih aku letak link untuk download dalam PDF. Aku harap apa yang aku share berguna untuk korang ye. Kalau korang ada nk request resepi setiap menu nih boleh je, or nak request dessert menu untuk 30 hari ke hehehe mana la tahu kan. Tapi bagi tahu awal-awal la...aku nih newbie so mungkin cara masak sangat-sangat simple hehehe. Nanti rajin-rajin aku share resepi okiee.  Terima kasih, jumpa lagi dalam entri akan datang. 

Link to download: 
Ramadan Checklist  (Boleh isi sendiri)