Hai, apa khabar semua 😁. Rasa berhabuk ya blog sistur nih. Lama menyepi sejak
kawen. Maklumlah busy uruskan rumahtangga, jadi domestic engineer ahaks 🤣. Tiber laki bini jadi engineer.
So sempena nak minta maaf lama menyepi harinih meh aku share resepi special. Kalau nak tahu resepi yang bakal aku share nih memang feveret cik somi senang citer. Somi dengan ayahku dedua minat. Dulu asal weekend mak aku mesti aku akan buat kari kepala ikan, sebab ayah aku request. Aku pulak asyik kompelin jek. Haaa amek kau dapat somi pon suka jugak 😂.
Resepi kari yang aku nak share nih memang style yang family aku buatlah. Cume rempah-rempah tuh aku tambah sendiri sebab aku tengok kat video-video masak kari nampak macam menarik bila ditambah itu ini 🤭. Haa okay jom kita terjah resepi kat bawah nih. Ada link video sekali tau. Haaa kau tengok comeback strongerr gituuu pakej upgrade ada channel video masak. Haaa engkorang jangan lupa SUBSCIBE & LIKE ye semua video aku, nak dapat google adsense macam blog jugak 🥰. Terima kasih.
Selamat mencuba ya. Boleh share jugak kat komen video or post nih camne cara korang buat kari hehehhe.
Video Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak
Youtube: Dapo Kelabu
Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak
- 1 kepala ikan
jenahak saiz besar
- 1 biji bawang
merah besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- 1 inchi halia dihiris
- 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga
cengkih)
- 1 cubit rempah tumis (pelaga, halba, lada putih,
jintan putih, ketumbar)
- 3 sudu serbuk kari
- 1/4 cawan santan pekat
- 1 tangkai daun kari
- 5 batang bendi
Panaskan 1/2 cawan
minyak masak, masukkan bahan yang dihiris, 3 sekawan dan rempah tumisan. Tumis
sehingga naik bau kemudian masukkan daun kari. Letak serbuk kari dan tambahkan
air secukupnya. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan asam jawa/keping.
Apabila mendidih masukkan kepala ikan jenahak. Tutup sehingga masak. Setelah
ikan masak, masukkan santan dan gaul sebati. Terakhir, masukkan bendi dan rebus
sehingga empuk. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment