Tuesday 29 May 2018

Resepi & Tips Udang Goreng Tepung Yang Sangat Rangup

Salam Ramadhan semua, untuk entri kali ini aku nak share resepi udang goreng tepung yang sangat rangup! Kulit dia boleh makan terus sebab memang rangup tak rasa pon kau makan kulit hehehe. Ceritanya macam nih, sempena dengan cuti Hari Wesak, umi ayah aku cuti. Jadi pagi-pagi tuh kami pon ke pasar basah Rengit untuk beli stok lauk. Sebab ada nenek aku, umi tunggu dalam kereta, jadi ayah ajak aku pilih lauk. Mula-mula aku nak ketam, pastu kat pasar tuh macam mahal sikit, jadi aku mintak udang hehehe, ayah beli kepala ikan jenahak dengan mayong (umi ayah memang suka makan kepala ikan). Sebenarnya aku janji nak masak udang butter tapi tak jadi sebab tetiba taman aku tade air hahaha (ceh apa kaitan?) pastu butter tade pulak. Lagipun dah masak nasi ayam madu, so goreng jela udang tuh. Okay sebelum aku share resepi tuh, aku nak bagi tips sikit untuk buat salutan tepung rangup:

  1. Minyak betul-betul panas menggunakan api sederhana besar.
  2. Campuran tepung beras dan tepung gandum (1:4) atau
  3. Campuran tepung jagung dan tepung gandum (1:4) atau
  4. Tepung goreng Bestari (Spicy)
  5. Salutkan dengan telur terlebih dahulu.

Ha...untuk dapatkan salitan tepung yang rangup kau kene follow tips-tips kat atas tuh ye! Jom kita tengok resepi Udang Goreng Tepunng yang paling mudah aku guna tepung Bestari saje, tak payah tambah apa-apa pon! Oh ye, udang nih korang boleh gantikan dengan sotong, ketam, ayam dan apa-apa salutan goreng tepung kecuali pisang, cempedak semua tuh. Tepung jenama Bestari nih ada banyak kegunaan lain-lain jenis, tapi yang aku biasa guna yang kat gambar bawah nih.

Tepung Goreng Tepung Rangup

Campuran Tepung Bestari (Gambar Ihsan Google)

Resepi Udang Goreng Tepung Yang Rangup


Bahan-bahan:

500g udang saiz sederhana yang disiang tanpa dibuang kulit
1 biji telur
1 cawan tepung Bestari

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sampai separuh kuali dengan api sederhana.
2. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama udang.
3. Sediakan satu pinggan tepung Bestari untuk salutan.
4. Setelah pastikan minyak betul-betul panas, salutkan udang+ telur tadi bersama tepung kemudian masukkan ke dalam kuali.
5. Masak udang hanya sehingga kuning keemasan kerana apabila terlalu lama digoreng kulit udang akan melekat dengan isi udang. Angkat dan toskan sedia dihidang. 

Mudahkan resepi yang aku share nih! hehehe korang boleh cuba tau, hasilnya mesti tak mengecewakan. Selamat mencuba yaaa. 

Thursday 24 May 2018

Resepi Karipap Sardin Mudah



Salam Ramadhan semua, sedar tak sedar dah 8 hari kita berpuasa Alhamdulillah. Bulan puasa nih, aku duduk rumah, hehehe jadi sempatlah nak update blog. Kalau duduk hostel bukan tak sempat nak update, tapi macam tade bahan aku nak update. Okay macam mana pengalaman berpuasa tahun nih? Sama tak dengan tahun sebelum nih? Buka puasa harini, family aku makan nasi beriani kambing. Biasa aku prefer ayam dari kambing tapi sebab harinih special sikit so aku makanlah kambing hehehe. Kalinih aku nak share resepi karipap sardin dengan korang semua, favourite aku tau! Selalu kalau beli kat kedai, kalau kat tempat akulah, biasa karipap sardin nih yang bulat tuh. Tapi harinih aku nak buat karipap bentuk biasa je, bukan yang bulat, sebab pakai pencetak heee. Kalau beli karipap sardin dekat bazar kadang-kadang ada yang bawang banyak sangat melebihi sardin dan ada juga yang campur kentang. Tapi resepi aku nih tade kentang, bawang pon secukupnya dan of course sardin lebih! Selain karipap sardin, kalau homemade karipap aku suka juga karipap inti telur. Korang pulak suka karipap apa? Boleh share ye kat ruangan komen tuh! Jom kita tengok resepi karipap yang senang nih, memang sesuai especially untuk beginner,bahan pon mudah!







Resepi Karipap Sardin Mudah
(25 biji)


Bahan-bahan:

Bahan A:
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum

Bahan B:
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
2 batang cili (ikut citarasa)
Secubit garam (ikut citarasa)
1 tin (230g) sardin (aku guna jenama Ayam Brand)



Cara-cara:

1. Panaskan minyak, sementara itu, campurkan garam dengan tepung gandum. Apabila minyak panas masukkan ke dalam tepung dan gaul diikuti dengan air. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Simpan ke dalam peti ais selama 30 minit. (Supaya senang dicanai)

2. Panaskan minyak dan tumis bawang serta cili. Bila sudah naik bau dan agak garing masukkan pula sardin, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga agak kering jika masukkan kuah sardin dari dalam tin. (Kalau berkuah nanti takut doh jadi lembik). Biarkan inti sejuk sebelum digunakan.

3. Keluarkan doh dari peti ais dan canai serta bentukkan mengikut saiz pencetak karipap. (Make sure lebihkan ye dari pencetak tuh...takut nanti tak cukup sifat karipap tuh hahaha). Masukkan inti dalam ruang pencetak tuh, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat, ingat nanti kulit karipap akan kembang sikit semasa goreng. Make sure sapukan dengan tepung tempat letak doh karipap yang telah dicetak tadi. Oh ye, jangan tebal sangat jangan nipis sangat ye...canai doh tuh!

4. Goreng dengan minyak yang panas serta sehingga kuning keemasan.

Okay sekian ssje resepi ketuk-ketuk ramadhan kalinih hehehe. Selamat mencuba ye!

Inti sardin




Inti letak 1/4 dari bulatan nih



Wednesday 23 May 2018

Resepi Susu Kurma Mudah

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog! Alhamdulillah berjumpa lagi kita Ramadhan kalinih kan. Sempena bulan puasa nih, aku nak share dengan korang resepi susu kurma yang mudah dan sedap. Bahan pon cuma 3 je, senang tak? Boleh minum bukan setakat masa buka je...masa sahur pon boleh. Sebab bila kau minum satu cawan rasa kenyang tau, jadi sesiapa yang taknak makan berat masa sahur tu bolehla cuba susu kurma. Kat kedai ada je jual, yang aku pernah beli jenama Farm Fresh, memang sedap. Sebelum nih aku tak pernah try susu kurma nih sebab aku rasa macam pelik, sekali dah cuba wahhhh sedap rupanya. Okay tanpa berlengah jom kita tengok resepi susu kurma mudah nih.




Susu Kurma


Susu Kurma



Resepi Susu Kurma

Bahan-Bahan:

11 biji kurma (dibuang biji)
1 cawan ais / air
1/2 kotak besar susu rendah lemak (Dutch Lady/HL/Goodday)

Option:
1/4 cawan Kismis 
1 sudu serbuk koko
1/4 cawan badam



Susu

Kurma

Ais


Cara-cara:

Masukkan semua bahan-bahan pilihan anda kemudian blend/ kisar menggunakan blender dalam 1-2 minit atau sehingga sebati semua. Kemudian tapis menggunakan penapis. Tapi aku tak tapis...heheheh baru asli sikit. Minum semasa sejuk.

Okay sekian saja resepi menu Ramadhan untuk kalinih, nanti kalau ada resepi best aku share ok! Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Friday 4 May 2018

Movie Review: The Tower (Korean/2012)



Hai semua, okay selalu aku buat review drama korea kan, kalinih aku nak review korean movie yang sangat best! Tajuk movie nih The Tower, baru je aku tengok dalam Khamis minggu lepas dengan kawan-kawan aku. Dah macam kat cinema aku rasa sebab kitorang tengok guna LCD hahaha. Sound effect pon bagus sebab guna  speaker hehehe. Tengok cerita nih memang rasa macam saspen je sepanjang masa hahaha. Paling menarik selain dari kisah pengorbanan adalah teknologi yang dorang gunakan, boleh predict bila masa bangunan tuh akan tumbang, apa yang berlaku dekat bangunan tuh dalam waktu tertentu. Banyak sangat pengajaran yang kita bole ambil dari cerita nih, kitorang ada sesi perkongsian lepas tengok cerita nih. Okay sebelum aku bagi sinopsis, jom kita layan trailer cerita nih dulu. 








Movie: The Tower
Link: The Tower 1 
Masa: 121 minit
Rating aku bagi: 9/10

Sinopsis:


Lee Dae-Ho kerja sebagai pengurus  kat Tower Sky yang ada 120 tingkat dan mewah. Dia nih seorang bapa tunggal dan ada seorang anak perempuan nama Ha-na. Dalam masa yang sama, dia jatuh cinta dengan pengurus restoran, Seo Yoon-hee. Lee Dae-Ho dah janji dengan Ha-na nak bawak dia jalan kat taman tema (amusement park) tapi terpaksa bertugas malam Christmas , jadi Yoon-hee la yang temankan Ha-na  malam tuh dalam Sky Tower. Sebelum tuh, water sprinkler dalam Tower Sky tuh ada masalah, jadi Dae-Ho beritahu pemilik bangunan Mr. Do, tapi Mr. Do buat tak kisah je. Masa Christmas Eve, Mr. Do jemput ramai VIP, yang duduk dekat hotel Sky Tower nih join 'White Christmas', nanti ada helikopter yang akan jatuhkan salji buatan dari atas bangunan Sky Tower. Oleh sebab malam tuh angin kuat, jadi Dae-Ho sebagai pengurus beritahu Mr Do, yang salji buatan tuh mungkin agak bahaya. Tapi Mr Do, tak hiraukan, jadi turunlah salji buatan dari helikopter malam tuh. Tiba-tiba, sebab angin kuat, helikopter hilang kawalan dan langgar salah satu bagunan Sky Tower (dia ada 2 bangunan yang dihubungkan dengan jambatan). Masa tuhla bermula kebakaran yang dahsyat. Beribu-ribu orang berebut masuk dalam lif nak selamatkan diri. Dae-Ho pulak nak selamatkan anak dia, dan dalam masa yang sama sebab tanggungjawab dia sebagai pengurus, dia dalam dilema nak selamatkan orang lain atau anak dia sendiri. Pihak bomba pulak terpaksa bahayakan nyawa masing-masing masuk dalam bangunan tuh untuk selamatkan orang awam. Pengorbanan pasukan bomba nih besar dalam cerita nih, sebab dorang boleh je selamatkan diri sendiri dulu, tapi dorang utamakan orang awam. Lepas tuh belum lagi kisah ahli politik yang nak  utamakan orang-orang kaya padahal orang awam pon ramai kat situ terperangkap. Secara keseluruhan cerita nih kat part last tuh paling menyayat hati, menangis tengok. Okayla apapon aku tak bolehla spoilkan cerita nih. Korang kene tengok sendiri!


Kat bawah nih aku share sikit antara babak-babak dalam cerita nih:











Selamat menonton, boleh share pengalaman tengok cerita nih kat komen bawah tuh.