Wednesday 19 October 2022

Resepi Cheesecake Blueberry Mudah Tanpa Bakar atau Oven dan Tips Jana Income dengan Youtube

 

Hai ape khabar semua, berjumpa lagi kita, aku nak share kat korang sume tau, aku dah ada Youtube Channel namanya Dapur Kelabu hahaha, Jangan lupa subscribe okay sebab aku punya youtube channel tak boleh monetize lagi, tak cukup subscriber dan watch hours katanya. So please share video kat channel aku tuh and recommend kat kawan-kawan korang. Monetiza tuh, dengan kata lain, takde iklan lagi kat youtube aku tuh 😌.

Okay sebab aku dah bukak cerita pasal Youtube nih, aku sharela kat korang kalau korang nak dapat duit macam youtuber-youtuber tuh bukan senang tau. Sebab requirement tinggi jugak. antaranya korang kene ada at least 1,000 subscriber dan watch hours video korang mesti 4,000. So sekarang yang aku perasan kat Youtube ada features baru iaitu shorts untuk youtube, dia ala-ala story or tiktok sebab video pendek. So bagi korang yang nak lakukan youtube channel, boleh try buat video pendek tapi menarik kat shorts tuh. Dari situlah orang akan tertarik tengok channel korang hehehe. 

Cakap pasal requirement monetize youtube tuh, nampak macam mustahil kan, tapi takde yang mustahil sebab dulu masa aku buat blog nih pon, aku tak sangka boleh capai minimum requirement untuk masuk adsense. Sebab rasa macam blog dah tak relevan (ada orang cakap macam tuh kat aku) dan rasa blog aku takde apa yang menarik pon orang nak tengok hahaha. Sekarang korang tengok blog aku, penuh iklan adsense kan. Jadi aku percaya tak mustahil untuk aku capai pulak bagi youtube channel aku. Cewah. Papepon terima kasihla pada korang yang jadi viewer setia blog aku nih, pastu belum lagi yang email or contact lepas baca entri fofular aku, pasal halatuju belajar tuh. Minta maaf sapa yang aku tak terbalas tuh ye. 

Jadi sebagai penghargaan kat korang, aku rasuah dengan resepi  No Bake Blueberry Cheesecake nihla ye, supaya subcribe channel aku, siap pakej video lagi tau. even amatur pon. Kuang 3X. Plus, terima kasih jugak sebab still ada dengan aku, even content suam-suam kuku, pastu macam chispmore kadang ada, kadang hilang hehhe. Selamat mencuba.



Video Resepi No Bake Blueberry Cheesecake
Youtube: Dapo Kelabu


No Bake Blueberry Cheesecake

Cheesecake Blueberry Tanpa Oven/ Bakar


Bahan Blueberry Jem

200 gram blueberries

50 gram gula halus

2 sudu besar jus lemon

 

Bahan Base

300 gram Biskut Marie/Grahaam/Digestive

100 gram butter/margerin

1 sudu besar gula halus

 

Bahan Cheesecake

500 gram cream cheese

140 gram gula halus

200 gram whipping cream

2 sudu besar yogurt asli

2 sudu besar jus lemon

2 sudu besar gelatin + 40 ml air panas

 

1.  1. Masak blueberries Bersama gula dan jus lemon sehingga agak likat. Gunakan api kecil. Setelah siap, sejukkan dalam suhu bilik dan boleh simpan dalam chiller atau peti ais bahagian bawah.

2.  2. Kisar halus biskut marie dan campurkan butter yang telah dicairkan. Kemudian tambah gula. Kacau sebati. Jika sudah sebati, boleh  letak ke dalam acuan spring form pan (kalau tak tahu korang google jek, mesti keluar gambar). Pastikan betul-betul mampat ye supaya tak hancur nanti lapisan base cheesecake nih. Dah siap boleh simpan dalam chiller at least 30 min.

3.  3. Untuk cheesecake, mula-mula putar creamcheese sehingga licin kemudian tambahkan satu-satu gula, yogurt, jus lemon. Setelah itu, masukkan whipping cream yang telah diputar sehingga kental (dah diputar panggil whipped cream hahah). Lepas tuh, boleh masukkan gelatin yang dah laarut dengaan air panas tadi. Make sure gelatin tuh tidak berketul ye dan masih boleh dikacau guna sudu, bukan keras okay.

4.  4. Dah bahagian cheesecake tuh, tuangla adunan tuh dalam springform pan yang dah ada base biskut tadi. Korang ratakan caantik-cantik bagi smooth pastu masuk dalam peti air bahagian bawah atau chiller. At least kene tunggu 6 jam dan korang rasa dulu bahagian atas dah keras atau set ke belum, jangan tak menyabar pulak ahahha.

5.   5. Lepas cheesecake set, boleh korang guna tuala basah untuk lap keliling springpan form tuh, tujuan dia, biar senang nak tanggalkan gegelung springform tuh haaa gitu. Dah settle part yg thrill tuh bolehla tuang jem blueberry yang korang buat awal-awal tuh kat atas cheesecake. Ikut sukala korang nak deko macam mana hehehe. Dah siap apa lagi, nikmatila keenakan dai timur tengah….eh hahaha. Keenakan cheesecake kahkah. Selamat mencuba.



Potongan Cheesecake dengan blueberry meleleh. Makan sejuk-sejuk sedap nih




Cantik jek kan dia set. Dulu first time buat tak keras okay. Tak tahu mana silap hahah


Thursday 13 October 2022

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak Buat Suamiku 😘


Hai, apa khabar semua 😁. Rasa berhabuk ya blog sistur nih. Lama menyepi sejak kawen. Maklumlah busy uruskan rumahtangga, jadi domestic engineer ahaks 🤣. Tiber laki bini jadi engineer. 

So sempena nak minta maaf lama menyepi harinih meh aku share resepi special. Kalau nak tahu resepi yang bakal aku share nih memang feveret cik somi senang citer. Somi dengan ayahku dedua minat. Dulu asal weekend mak aku mesti aku akan buat kari kepala ikan, sebab ayah aku request. Aku pulak asyik kompelin jek. Haaa amek kau dapat somi pon suka jugak 😂

Resepi kari yang aku nak share nih memang style yang family aku buatlah. Cume rempah-rempah tuh aku tambah sendiri sebab aku tengok kat video-video masak kari nampak macam menarik bila ditambah itu ini 🤭. Haa okay jom kita terjah resepi kat bawah nih. Ada link video sekali tau. Haaa kau tengok comeback strongerr gituuu pakej upgrade ada channel video masak. Haaa engkorang jangan lupa SUBSCIBE & LIKE ye semua video aku, nak dapat google adsense macam blog jugak 🥰. Terima kasih. 

Selamat mencuba ya. Boleh share jugak kat komen video or post nih camne cara korang buat kari hehehhe. 



Video Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

Youtube: Dapo Kelabu


Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

- 1 kepala ikan jenahak saiz besar

- 1 biji bawang merah besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- 1 inchi halia dihiris
- 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
- 1 cubit rempah tumis (pelaga, halba, lada putih, jintan putih, ketumbar)
- 3 sudu serbuk kari
- 1/4 cawan santan pekat
- 1 tangkai daun kari
- 5 batang bendi

Panaskan 1/2 cawan minyak masak, masukkan bahan yang dihiris, 3 sekawan dan rempah tumisan. Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan daun kari. Letak serbuk kari dan tambahkan air secukupnya. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan asam jawa/keping. Apabila mendidih masukkan kepala ikan jenahak. Tutup sehingga masak. Setelah ikan masak, masukkan santan dan gaul sebati. Terakhir, masukkan bendi dan rebus sehingga empuk. Siap untuk dihidang.

           Bahan-bahan tumisan dan bendi


  Last step, lepas letak santan, kita letak bendi