Hai ape khabar semua, berjumpa lagi kita, aku nak share kat korang sume tau, aku dah ada Youtube Channel namanya Dapur Kelabu hahaha, Jangan lupa subscribe okay sebab aku punya youtube channel tak boleh monetize lagi, tak cukup subscriber dan watch hours katanya. So please share video kat channel aku tuh and recommend kat kawan-kawan korang. Monetiza tuh, dengan kata lain, takde iklan lagi kat youtube aku tuh 😌.
Okay sebab aku dah bukak cerita pasal Youtube nih, aku sharela kat korang kalau korang nak dapat duit macam youtuber-youtuber tuh bukan senang tau. Sebab requirement tinggi jugak. antaranya korang kene ada at least 1,000 subscriber dan watch hours video korang mesti 4,000. So sekarang yang aku perasan kat Youtube ada features baru iaitu shorts untuk youtube, dia ala-ala story or tiktok sebab video pendek. So bagi korang yang nak lakukan youtube channel, boleh try buat video pendek tapi menarik kat shorts tuh. Dari situlah orang akan tertarik tengok channel korang hehehe.
Cakap pasal requirement monetize youtube tuh, nampak macam mustahil kan, tapi takde yang mustahil sebab dulu masa aku buat blog nih pon, aku tak sangka boleh capai minimum requirement untuk masuk adsense. Sebab rasa macam blog dah tak relevan (ada orang cakap macam tuh kat aku) dan rasa blog aku takde apa yang menarik pon orang nak tengok hahaha. Sekarang korang tengok blog aku, penuh iklan adsense kan. Jadi aku percaya tak mustahil untuk aku capai pulak bagi youtube channel aku. Cewah. Papepon terima kasihla pada korang yang jadi viewer setia blog aku nih, pastu belum lagi yang email or contact lepas baca entri fofular aku, pasal halatuju belajar tuh. Minta maaf sapa yang aku tak terbalas tuh ye.
Jadi sebagai penghargaan kat korang, aku rasuah dengan resepi No Bake Blueberry Cheesecake nihla ye, supaya subcribe channel aku, siap pakej video lagi tau. even amatur pon. Kuang 3X. Plus, terima kasih jugak sebab still ada dengan aku, even content suam-suam kuku, pastu macam chispmore kadang ada, kadang hilang hehhe. Selamat mencuba.
No Bake Blueberry Cheesecake
Cheesecake Blueberry Tanpa Oven/ Bakar
Bahan Blueberry Jem
200 gram blueberries
50 gram gula halus
2 sudu besar jus lemon
Bahan Base
300 gram Biskut Marie/Grahaam/Digestive
100 gram butter/margerin
1 sudu besar gula halus
Bahan Cheesecake
500 gram cream cheese
140 gram gula halus
200 gram whipping cream
2 sudu besar yogurt asli
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gelatin + 40 ml air
panas
1. 1. Masak
blueberries Bersama gula dan jus lemon sehingga agak likat. Gunakan api kecil.
Setelah siap, sejukkan dalam suhu bilik dan boleh simpan dalam chiller atau
peti ais bahagian bawah.
2. 2. Kisar
halus biskut marie dan campurkan butter yang telah dicairkan. Kemudian tambah
gula. Kacau sebati. Jika sudah sebati, boleh letak ke dalam acuan spring form pan (kalau tak tahu korang google jek, mesti keluar gambar). Pastikan betul-betul mampat ye supaya tak hancur nanti lapisan
base cheesecake nih. Dah siap boleh simpan dalam chiller at least 30 min.
3. 3. Untuk
cheesecake, mula-mula putar creamcheese sehingga licin kemudian tambahkan
satu-satu gula, yogurt, jus lemon. Setelah itu, masukkan whipping cream yang
telah diputar sehingga kental (dah diputar panggil whipped cream hahah). Lepas
tuh, boleh masukkan gelatin yang dah laarut dengaan air panas tadi. Make sure
gelatin tuh tidak berketul ye dan masih boleh dikacau guna sudu, bukan keras
okay.
4. 4. Dah
bahagian cheesecake tuh, tuangla adunan tuh dalam springform pan yang dah ada
base biskut tadi. Korang ratakan caantik-cantik bagi smooth pastu masuk dalam
peti air bahagian bawah atau chiller. At least kene tunggu 6 jam dan korang
rasa dulu bahagian atas dah keras atau set ke belum, jangan tak menyabar pulak
ahahha.
5. 5. Lepas
cheesecake set, boleh korang guna tuala basah untuk lap keliling springpan form
tuh, tujuan dia, biar senang nak tanggalkan gegelung springform tuh haaa gitu.
Dah settle part yg thrill tuh bolehla tuang jem blueberry yang korang buat
awal-awal tuh kat atas cheesecake. Ikut sukala korang nak deko macam mana
hehehe. Dah siap apa lagi, nikmatila keenakan dai timur tengah….eh hahaha.
Keenakan cheesecake kahkah. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment