Tuesday, 14 November 2017

Part Time Job ?

Salam , hari ini aku nak kongsikan tentang kerjaya yang boleh korang buat, kalau kau orang nih student. Cuma kalinih pendekatan aku berbeza sikit sebab mostly student kalau kerja part time akan fikir tentang kerja dekat fast food (McDonald, KFC & etc) atau mana-mana kedai makanan dan mungkin juga pakaian/ aksesori dan sebagainya. 

Melalui pengalaman aku, aku ada jugak kerja part time kat kedai nih seminggu cuma dua kali. Cuma bagi akulah, kerja part time macam yang aku mention kat atas tuh ada beberapa kekangan:


  • Terikat dengan waktu kerja yang panjang dan memenatkan.
  • Perlu ke tempat kerja yang mungkin jauh dari hostel.
  • Masa yang lengang (tiada pelanggan) tak boleh buat assignment.
Jadi sebagai solusi bagi korang yang pelajar sepenuh masa tak kisahla undergrad atau postgrad aku cadangkan beberapa kerja part time yang mungkin boleh korang pertimbangkan:

  • Research Asisstant- biasanya lecturer ada Grant dan perlukan pembantu untuk kerja-kerja pengumpulan data atau admin . Bayaran agak lumayan kalau student Degree (belum graduate) dalam RM 700-RM 800, kalau student Master RM 1800. Phd aku tak sure sebab ini  aku tanya kawan aku. Tapi bergantung jugak pada universiti. 

  • Blogging- Kau buat blog, tulis benda yang bermanfaat atau apa sahaja minat kau (melancong, resepi, menjahit, tips). kau boleh tengok apa blogger-blogger tulis jadikan panduan. Pastu kau akan dapat duit melalui GoogleAdsense tapi syarat agak ketat. Kau daftar je dengan Nuffnang senang. Nanti boleh dapat income dari apa yang kau tulis tuh dengan iklan dari Nuffnang. 

  • Dropship- Ini ada banyak jenis, tudung, baju, buku. Kau daftar, bayar fees then kau akan dapat barang, dan jual. Ini comission based la. Kau kene pandai survey untuk pilih dropship mana yang bagi kau benefits. Tapi ada jugak dropship yang tak dapat barang, kau just ambil order je dan tak perlu risau pasal pos barang sebab semua dorang uruskan.

  • Delivery (macam Grab/Uber tapi biasanya dibuat untuk pelajar universiti)- Ini kalau kau ada kenderaan boleh kau manfaatkan. Sebab delivery bukan setiap jam kan. So, kau iklankanlah kat whatsapp group atau printla beberapa brochure tampal kat board asrama atau depan pintu bilik asrama kau. Kau kene tengok jugak range area uni kau tuh charge berapa dan kawasan mana. Yelah kang mahal sangat tade orang nak panggil kau hahaha. 

  • Sewa kereta (kalau korang ada kereta)- Boleh jugak try nih, biasa range standard aku tengok sejam RM 6. Tapi macam delivery, kau kene check standard charge berapa. 

  • Printing service (di bilik hostel)- Kalau korang ada printer, boleh print atau fotostat notes ke slides ke atau assignment member-member kat kelas atau kat hostel. Charge ikut harga yang munasabah sikit hahahah.

  • Photographer- Haa ini memang gaji mahsyuk, lagi-lagi student yang memang belajar fotografi atau pon yang ada skill, dan jugak ada kemera. Bolehla kau buat part time untuk member-member atau sesiapa (majlis kawin/ kenduri/ tunang/ konvo/ maternity shoot). Korang jangan Charge terlampau mahal sangat macam yang profesional. Kau mulakan dengan volunteer dulu kawan rapat dan keluarga, then post dekat social media sambil promote kepakaran kau nih. Lama-lama orang berkenan, mahal pon sanggup bayar. Plus, jangan lupa hadiri kelas-kelas fotografi untuk asah skill kau dr masa ke semasa.

  • Model part time- Bagi lelaki atau perempuan yang muka tuh agak pan asia atau elok hahahha, tinggi ala-ala model (rendah pon boleh) boleh try hantar resume korang dekat butik-butik atau pergi walk in untuk jadi model. Tapi kalau boleh yang muslimah la ye...sejuk sikit mata tengok. Hahahah. Ini kene betul-betul pilih ye sebab takut jugak korang kene tipu ke apa. 

  • Jual mineral water/ minuman / snek / kerepek- Okay ini kau belilah kat kedai borong, harga agak murah, beli sekali banyak then kau jual la...mahal sikit. Tapi jangan sampai mahal sangat. Maksudnya kene rasional la...kalau hrga mahal sampai RM5 dengan harga kafe baik dorang turun cari kat kafe. Hehehe. 

  • Online business (pakaian/kosmetik & lain-lain)- Kau beli dari pembekal dengan harga borong, dan kau beli, pakai brand kau sendiri dan jual. Atau kalau kau pandai jahit, boleh custom made pakaian. Kalau kosmetik pulak aku cadangkan jual yang original dan juga yang mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) jangan jual produk kosmetik merepek dan bahaya. Boleh jugak kau jual perlatan kosmetik macam brush dan sebagainya. 

  • Proofreading- Kalau kau ada skill nih, English pon power apa salahnya. Proofreading nih berbaloi tau. Sebab semua orang pon nak grad kene ada thesis hahahah. Rate bayaran pon kene survey dulu.

  • Top up agent- Ini kau daftar je, untung tadela banyak tapi bolehla...daripada tade apa. 

  • Designer banner/ kad kahwin/  bunting / brochure- Ini kalau kau pandai guna Adobe Photoshop/ Publisher atau sebagainya buatlah part time keje nih. Dapat upah design je jadilah. Printing tuh kau boleh deal dengan printing shop atau pon client print sendiri terpulang kepada keselesaan. 

  • Potong rambut- Kalau kau pandai potong rambut, pakai gunting biasa atau pakai mesin tak kisahla. Kalau kau nak beli pon masih mampu milik harganya. Pastu charge RM 5 pon mesti ramai serbu bisness kau kat asrama tuh hahaha. 

  • Saham- Ini kau kene daftar dekat bank dulu. Make sure kau tahu/ pergi kelas saham dan berdaftar dengan Bursa Malaysia. Jangan buat saham yang pelik-pelik. Ini nanti aku buat entri khas untuk basic saham.

  • Tuisyen/ Home-tutor- Kalau kau ada ilmu, why not kau share kan dekat orang lain, nanti makin bertambah ilmu kau. Biasanya dalam RM 35-RM 40 per jam kalau tutor nih. Boleh tnya di pusat tuisyen atau kau buat tuisyenkau sendiri. Kalau student postgard boleh apply OUM (Open Universiti Malaysia) untuk part time lecturer/ tutor. Bayaran mahsyuk uols. heheheheh. Boleh apply kat sini: OUM TUTOR.
Walaupun busy korang nak kerja part time ingat tujuan utama kau adalah untuk belajar, kerja ini part time sahaja, jangan terlampau buta kejar duit sampai lupa tujuan sebenar kau ke universiti.
Okay itu saja rasanya. Kalau korang ada cadangan bolehla komen kat bawah nih. Share sama-sama. heeeee.

No comments:

Post a Comment