Salam semua, bila sebut pasal kuih tradisional kuih apa yang korang
suka? Kalau tanya aku, baik jangan tanya sebab banyak sangat yang aku gemar.
Salah satunya adalah Kuih Seri Muka ini. Sebenarnya dah lama ayah dan umi aku
cakap, asyik buat kek je...cubalah buat kuih tradisional tuh. Ramai yang cari
plus tak ramai anak muda sekarang yang pandai buat kuih tradisional nih. So,
aku pon macam hmmm okay. Jadi sempena tunggu semester last nih start (first
class start 23 Sept nih) aku pon tade buat apa kat rumah nih, selain masak,
basuh sidai baju dan menyapu sikit-sikit aku pon scroll Instagram (keje jugak
ahhahahah) Tiba-tiba aku ternampak satu gambar seri muka yang menarik perhatian
aku. jadi aku pon klik gambar tuh, eh ada resepi. Parents aku ada cakap kuih
tradisional nih lagi senang nak buat sebenarnya. Sekali aku tengok, yeeeee agak
mudah selain bahan dia pon, memang ada di rumah. Untuk pengetahuan korang, aku
memang suka follow Instagram masakan (disertakan resepi), kek selain pakaian
dan tudung hahahaha. Biasalah perempuan kan. Antara Instagram best yang aku
follow dan aku pernah cuba beberapa resepinya adalah ummikitchen88,
maria-aiman2810,maryamliyana. Nanti korang search kat Instagram dan follow ye
hehehe. Ini kali pertama aku cuba buat Seri Muka nasiblah ada rezeki jadi
hahaha. Kalau tak fed up aku, taknak buat lagi.
Okay berikut resepi Kuih Seri Muka Pandan daripada ummikitchen88
dan di dalam ( ) adalah tambahan nota aku :
Sebelum itu, panaskan air kukusan dengan api sederhana.
(A) Bahagian bawah
1 cawan beras pulut direndam dengan air (aku rendam 30 min)
1 cawan santan 1/2 sudu kecil garam Selepas 30 min beras pulut direndam,
toskan.
Kemudian campurkan garam dan juga santan kacau hingga sebati. Setelah
itu masukkan beras pulut ke dalam loyang dan tuangkan campuran garam dan santan
tadi. Gaulkan di dalam loyang dan ratakan sehingga pulut ditenggelami santan.
Kukus selama 25 minit atau sehingga masak. ( Semasa mula mengukus pastikan air
kukusan telah mendidih)
Selepas 25 minit boleh gaul-gaul pulut yang telah dikukus, rasa sama ada
telah masak atau belum, jika belum, ratakan kembali dan kukus lagi selama 10
minit atau hingga masak).
Setelah masak ,ratakan ke dalam loyang dan tekan sehingga
betul-betul mampat dan untuk mengelakkan lekat, alskan dengan plastik di
bawahnya. **Resepi asal menggunakan loyang saiz 6x6.
(B) Bahagian Atas Hijau
1 cawan santan
1 cawan air pandan (aku guna 12 helai daun pandan dan tambahkan
air separuh cawan untuk diblender)
1/2 sudu besar coconut pandan emulco (optional aku tambah)
5 sudu besar gula
4 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1/2 sudu kecil pewarna hijau (optional aku tambah)
Campurkan dan blend semua bahan di atas. Kemudian, masak di dalam
periuk dengan api kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan berketul
sehingga naik wap atau sehingga adunan agak pekat sedikit.
Kemudian tuangkan di atas pulut tadi dan kukus semula sehingga masak.
**Aku kukus selama 1 jam 15 minit. pastikan semasa kukus, penutup diikat dengan
kain tebal bagi mengelakkan air masuk ke dalam loyang. Boleh juga menggunakan
aluminium foil.
Tips dari Ummikitchen88, kalau nak tahu dah masak ke belum, cucuk lidi
kalau tak melekat dah masak. Tapi dalam kes aku, still jugak lembik lepas
kukus, jadi aku masukkan je dalam peti ais, alhamdulillah menjadi jugak
hahahahhaa.
**Sejukkan dan agak-agak suam , masukkan ke dalam peti air biarkan
sehingga 2-3 jam sebelum dipotong untuk mengghasilkan potongan yang cantik.
No comments:
Post a Comment