Okay angkat tangan sapa yang tak tahu
Saigon tuh adalah nama lain bagi Ho Chi Minh City di Vietnam???? Kau orang
pergi google sekarang kisah dia. Yang aku dapat kupas berdasarkan ilmu aku yang
sikit nih adalah, Ho Chi Minh tuh adalah sempena nama pemimpin di sana, di Ho
Chi Minh Square, korang boleh nampak arca patung Ho Chi Minh tuh. Korang tahu
tak Vietnam nih dulu terlibat dalam perang Proxy War antara USA dan juga Soviet
Union (USSR, sekarang hanya tinggal Rusia) ? Masa nih Vietnam terbahagi kepada
dua iaitu, Viet Cong (Kong sebutnya, ialah North Vietnam) melawan South
Vietnam. Bayangkan macam mana satu negara boleh jadi macam tuh. Nih aku belajar
masa masuk kelas Global Affairs (best gila kelas nih, kau rasa macam pusing
satu dunia masa belajar subjek nih). Masa perang nilah terbinanya Chu Chi
Tunnel iaitu terowong bawah tanah sepanjang 250 km kau bayangkan???? haaaa.
Dorang gali sendiri tau. Dalam tuh ada hospital kecil (boleh buat pembedahan),
tempat gudang makanan, tempat mesyuarat, tempat tinggal. Menariknya, terowong
nih nak masuk hanya muat-muat badan orang Asia ( orang Vietnam saiznya kecil
sedikit berbanding rakyat Malaysia). Ada sesetengahnya aku pon tak muat masuk
hahahhah. Dari atas kau nampak macam tade lubang tau, kadang-kadang dorang buat
perangkap, salah pijak habislah.
Ha...pergi Vietnam nih aku dengan
adik aku je, ikut rombongan kawan kerja ayah aku. Kami disponsor penuh ye oleh
ayah dan mak aku, sebab tuh tade itineri hahahahaah maaf. (Sebabnya mak dan
ayah aku pergi ke Hanoi, Vietnam sebelum tuh berdua, nanti aku cuma tanya mak
ayah aku tempat best di Hanoi okay?
Apa yang best kat Ho Chi Minh?Singgah
ke Ben Thanh Market , macam-macam ada!!!
·
Baju murah-murah= Baju tshirt lelaki dan jersi boleh didapati dengan harga
serendah RM 10 dengan kualiti seperti ori, blazer (kot) juga boleh ditempah dan
pilih kain sendiri.
·
Wanita= kain pasang murah, perkhidmatan siapkan baju dalam sehari juga
ada,langsir, baju siap (RM 29 sepasang cotton cantik2), sutera vietnam. Ramai orang
beli baju raya di sini, peniaga kain besar-besar di Malaysia pon borong di sini
·
Umum= ke mana-mana hanya berjalan kaki, mudah, kenderaan sentiasa
dahulukan pejalan kaki, beg murah-murah jugak dan kualiti agak bagus.
·
Makanan= makanan halal mudah didapati, harga tidak terlalu murah, kopi
ais vietnam yang kaw, pekat dan addicting, RM 2 sahaja secawan besar!
Senang cerita Ho Chi Minh nih, syurga membeli belahlah hahaahahaha.
|
Chu Chi Tunnel Cross Section (Credit photo
fromcaitlyndebeer.wordpress.com)
|
|
|
Bersama pelajar dari universiti di Vietnam (Lupa nama uni). Mereka nih dibawa oleh pensyarah mereka untuk meningkatkan komunikasi English. Sebab kat Ho Chi Minh kan banyak foreigners. |
|
Bersama adik saya, rakan sekarja ayah dan juga pelajar Vietnam. |
|
Pejabat Pos lama, di jadikan tempat pameran dan juga jualan stem serta cenderahati. Rasanya pos ini beroperasi lagi, hahhah seronok ambil gambar tak ingat. |
|
Ho Chi Minh Square, nampak tak tugu beliau? |
|
Ho Chi Minh Square, nampak tak tugu beliau di belakang saya? |
|
Ho Chi Minh Square. |
|
Naik sampan heheheh. |
|
Masa baru nak berangkat ke Vietnam, ini first time tau naik flight 😅 |
|
Di hadapan hotel |
|
Melawat kilang membuat kraftangan. Menggunakan kulit telur sahaja tau! |
|
Sampai di Chu Chi Tunnel. |
|
Adik saya di Chu Chi Tunnel. |
|
Tak masuk sebab rasa macam tak muat . |
|
Muat-muat badan orang Asia saja. Antara laluan di Chu Chi Tunnel. |
|
Sawah padi menghijau...perjalanan ke Chu Chi Tunnel. |
|
Island Tour. |
|
Naik kuda ! |
No comments:
Post a Comment