Salam semua, hari ini aku nak share satu resepi
sambal tumis. Aku tahu korang semua hebat menumis sambal...tapi yang nih aku
share resepi sambal tumis aku heheheeheh. Biasa kalau aku balik kampung sebelah
umi (mak) , nenek dan makcik aku akan buat sambal tumis nih. So dua tahun lepas
aku tanyala atok (nenek) aku... macam mana sambal nih pekat , warna cantik,
rasa sedap tapi tak pedas sangat. Nenek aku kata, tumis lada sampai betul-betul
masak dan lebihkan bilis.
Jadi aku pon cubalah....sambal tumis nih bukan
sahaja sedap untuk makan dengan nasi lemak, tapi sedap makan bersama lempeng,
pau sambal (burger Malaysia), donut pedas, ubi rebus dan macam-macam.
Kalau roti kosong pon sodap😆.
Resepi Sambal Tumis Tradisional
Bahan A
1 genggam bilis
1 biji bawang merah besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 genggam bilis
1 biji bawang merah besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
Bahan lain
2 sudu besar minyak masak
5 sudu besar lada boh (yang less spicy)
1 biji bawang dimayang bulat
1 cawan air
3 sudu gula perang (brown sugar)
1 sudu gula putih
1 cubit garam
1 keping asam keping (sederhana)
*kalau pakai pes asam adabi 1/2 sudu kecil shj kemudian larutkan bersama air dulu.
2 sudu besar minyak masak
5 sudu besar lada boh (yang less spicy)
1 biji bawang dimayang bulat
1 cawan air
3 sudu gula perang (brown sugar)
1 sudu gula putih
1 cubit garam
1 keping asam keping (sederhana)
*kalau pakai pes asam adabi 1/2 sudu kecil shj kemudian larutkan bersama air dulu.
Cara-cara
1) Tumbuk bahan A (kalau malas boleh blender tapi jangan terlalu hancur)
1) Tumbuk bahan A (kalau malas boleh blender tapi jangan terlalu hancur)
2) Pansakan minyak di dalam kuali dan masukkan
bawang yang telah dimayang bulat. Masak sehingga bau wangi bawang.*supaya
sambal dan tumisan berbau wangi.
3) Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk dan masak
sehingga agak garing. *supaya bilis mengeluarkan perisa dan bawang masak.
4) Masukkan lada boh dan masak sehingga warna bertukar merah gelap dan minyak keluar. * Supaya lada masak dan tidak sakit perut heheheh dan harus sentiasa dikacau ye...untuk elak hangus di bawah
4) Masukkan lada boh dan masak sehingga warna bertukar merah gelap dan minyak keluar. * Supaya lada masak dan tidak sakit perut heheheh dan harus sentiasa dikacau ye...untuk elak hangus di bawah
5) Bila dah pecah minyak tuh....masukkan separuh
(1/2) cawan air. Biarkan sehingga masak, kacau-kacau juga semasa proses
nih...untuk elak hangus di bawah. Kemudian masukkan gula merah 3 sudu, gula
putih 1 sudu, asam keping. *boleh tambah atau kurangkan gula garam asam. Aku
jenis agak je...dan rasa 😂.
6) Apabila sambal sudah berwarna merah gelap dan
juga sudah agak likat rasa pon sudah cukup...matikan api...letak dalam
mangkuk.*Nanti kat luar dia makin pekat dan likat.
7) Kemasla dapur basuh periuk tuh ha... Jgn biar je
nanti mak balik kene marah 😅.
*untuk api...semasa menumis bahan A tuh guna api
sederhana besar. Apabila tambahkan lada boh..kecilkan api sehingga masak....ini
pon aku lebih kepada mengagak. Ye tahu pakai api kecik lambat masak...kene byk
sabar ye. Slowly but surely...gituuuuu💁.
Selamat mencuba...haaa kt bwh nih aku share rupa
sambal tumis aku.
Pau Sambal/Burger Malaysia |
Donut Sambal (Fav) |
No comments:
Post a Comment