Wednesday, 1 November 2017
Motivasi untuk Pelajar
Okay harinih aku nak cakap pasal motivasi. Sebenarnya post nih dah lama aku peram jadi draft (dalam 3 hari) sebabnya aku sibuk buat journal article review dan juga case study, dan juga sibuk buat lemon cheesecake. hahahahah. (nanti aku bagi resepi hokay!). Kenapa banyak-banyak topik aku pilih motivasi sebabnya aku tahu ramai student sekarang nih hilang rentak atau hilang motivasi masa belajar (aku tahu masa degree aku rasa semua tuh, nak cepat habis je kau rasa).
Kenapa roti basi? Sebabnya masa aku lower form kat sekolah harian masa assembly cikgu selalu cakap pasal motivasi sebab macam ada slot untuk pelajar PMR dan SPM. Roti basi tuh merujuk kepada kau tade motivasi---> jadilah roti basi ( jangan kecam nih bahasa rempit masa sekolah dulu di kalangan kawan-kawan aku)
Pertamanya, kau kene identify kenapa kau hilang/kurang motivasi? Antaranya berdasarkan pengalaman aku:
1. Kau tak siap kerja sekolah/esaimen
2. Kau kurang kawan
3. Result exam/ quiz kau selalu kurang memuaskan berbanding kawan-kawan
4. Cikgu/Lecturer garang
5. Tak faham apa yang kau belajar
6. * boleh comment kalau ada tambahan lagi
Selepas kau identify masalah nih, kau cari solusi, kau tnya masalah semua nih berpunca dari kau atau orang lain? Kalau berpunca dari kau, kau kena bertanggungjawab selesaikan sendiri.
Contoh aku bagi: Tak siap kerja sekolah--> punca malas, buat last minute. Jadi caranya kau cubalah buat kerja awal, siap kerja kau nak buat apa pun buatlah.
Contoh kedua (kena bagi lebih nanti kau tak faham hahaahah): Result exam, kuiz kurang memuaskan---> punca:malu bertanya, study last minute, tak focus dalam kelas. Solusinya: kawan-kawan kau yang pandai tuh, rajinlah bertanya, kau jangan malu, even soalan senang pon kalau tak faham tanya je. Malu nak tanya nanti kau yang rugi. Tanya je dorang, minta dorang ajar. Kalau ada yang buat study group haaa, kau join, tapi make sure kau dah study dulu sikit. Baru berkembang input yang kau dapat.
Faham??
Lagi satu, terakhir, kau reward diri kau sendiri lepas habis study/ siapkan keje/ presentation/ apa-apa saja pencapaian kau dengan buat apa yang kau suka, contoh kalau aku tengok drama korea, atau makan yang best (kau craving) atau baking/masak.
Aku harap bermanfaatlah. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment