Monday 27 November 2017

Review Drama Korea: Hogu's Love





Pernah dengar tak Drama Hogu's Love nih...cerita ini secara keseluruhannya kelakar  + sedih jugak. Paling banyak sedih la. Nasib baik happy ending jadi tadela aku stress tengok. Cerita nih tade tayang dekat KBS / OneHD rasanya sebab last time aku tengok (masa balik rumah cuma ada While You Were Sleeping & Witch's Court je)

Drama: Hogu's Love
Jumlah Episod: 16
Link: Viu  
Rating aku bagi: 7/10

Sinopsis:

Cerita berkisarkan kisah percintaan dari zaman sekolah sampai dah dewasa yang mana dorang tak tahu pon sebenarnya dorang suka sesama sendiri.  Hogu adalah watak hero yang selalu kena buli masa sekolah. Bila dah dewasa, Hogu nih jadi pembantu pelukis komik dekat syarikat milik kawan dia. Dia suka dengan seorang atlet renang nih nama Do Hui dari sekolah tapi tak kesampaian. Jadi bila dah besar dia jumpa balik dengan Do Hui nih dan cinta berputik kembali (cewah). Tapi rupanya Do Hui tuh tengah mengandung dan tak tahu anak siapa. Do Hui larikan diri daripada dunia renang dan juga dari Hogu. Tapi lastly, Hogu jumpa jugak, oleh sebab Hogu ni sayang sangat dengan Do Hui, dia sanggup jaga anak Do Hui ( Geum Dong). Hogu ada kembar nama Ho Kyung yang masa sekolah dulu agak tomboy dan bila dah dewasa jadi cantik dan bijak (sebab buat pembedahan) sampai Kang Chul (seorang peguam )yang suka dia ingat, Ho Kyung tuh Hogu. Sebab tuh Ho Kyung ingat dia gay. Macam-macam isu jadi antaranya Hogu nih suka hati dia je tuduh and buat spekulasi pasal ayah kandung Geum Dong. Mak Ayah Hogu & Ho Kyung pon salah faham tentang kehadiran Geum Dong dan mak ayah Kang Chul pon salah faham. Cerita nih pening sikit tapi kelakar dan menghiburkan hati. Serta korang ,mesti akan rasa Hogu nih baik sangat hahahha. Sekian, tak  boleh cerita semua ye...hehehehe.


Kat bawah nih antara babak-babak dalam drama Hogu's Love.

Hogu masa dah hensem sikit

Do Hui

Kang Chul

Wednesday 15 November 2017

Resepi Roti Sangkaya ala Boat Noodle!






Okay, sapa kat sini suka makan Roti Sangkaya kat Boat Noodle tuh! Nyums sedap kan. Harga pon boleh tahan. Macam aku kat Batu Pahat nih mana ada kedai outlet tuh. Aku dah plan dalam bulan depan nak ke Boat Noodle dengan roomate aku di Angsana, JB yang baru bukak tuh. Tapi tak sempat lagi, sebab masing-masing busy. Jadi aku ambil keputusan untuk cuba resepi nih yang dah berkurun aku save dekat Instagran. Aku dapat resepi nih daripada Instagram Masak With Passion. Akak nih siap share video lagi hehehe. 

Jom kita start bahannya cukup senang.

Resepi Roti Sangkaya Pandan ala Boat Noodle



Resepi Sangkaya Pandan






Bahan A

1/4 cawan air pandan daripada 8 helai daun pandan
 200 ml   Santan Kotak/ Santan Segar
2 sudu bsr (sb)  susu pekat
2 sb susu cair
2 sb gula pasir
1 biji telur

Bahan B

Pewarna hijau secukupnya.
2 sb tepung jagung
1 sb gula merah/ gula melaka (aku tak letak)
Simpulan daun pandan

Cara-cara:


  1. Panaskan air untuk buat double boiler.
  2. Campurkan bahan A dan kacau menggunakan whisk . (kacau manja saja)
  3. Masak bahan A secara double boiler.
  4. Selepas gaul sebati dalam 2-3 minit campurkan bahan bahan B. 
  5. Ingat ye sentiasa di kacau terutama setelah letak tepung jagung kalau taknak berketul sangkaya korang nih.
  6. Apabila likat (betul-betul likat) bolehla angkat dan biarkan sejuk.





Resepi Roti Kukus

Boleh pakai apa-apa jenis roti pastu potong bite size dan kukus selama 10 - 15 min.

Cara hidangan:

Susun roti yang korang dah kukus tadi keliling bekas sangkaya. Dalam sangkaya pandan tuh, tuangkan sedikit susu cair. Siap di makan.







Selamat mencuba ya 😋

Tuesday 14 November 2017

Part Time Job ?

Salam , hari ini aku nak kongsikan tentang kerjaya yang boleh korang buat, kalau kau orang nih student. Cuma kalinih pendekatan aku berbeza sikit sebab mostly student kalau kerja part time akan fikir tentang kerja dekat fast food (McDonald, KFC & etc) atau mana-mana kedai makanan dan mungkin juga pakaian/ aksesori dan sebagainya. 

Melalui pengalaman aku, aku ada jugak kerja part time kat kedai nih seminggu cuma dua kali. Cuma bagi akulah, kerja part time macam yang aku mention kat atas tuh ada beberapa kekangan:


  • Terikat dengan waktu kerja yang panjang dan memenatkan.
  • Perlu ke tempat kerja yang mungkin jauh dari hostel.
  • Masa yang lengang (tiada pelanggan) tak boleh buat assignment.
Jadi sebagai solusi bagi korang yang pelajar sepenuh masa tak kisahla undergrad atau postgrad aku cadangkan beberapa kerja part time yang mungkin boleh korang pertimbangkan:

  • Research Asisstant- biasanya lecturer ada Grant dan perlukan pembantu untuk kerja-kerja pengumpulan data atau admin . Bayaran agak lumayan kalau student Degree (belum graduate) dalam RM 700-RM 800, kalau student Master RM 1800. Phd aku tak sure sebab ini  aku tanya kawan aku. Tapi bergantung jugak pada universiti. 

  • Blogging- Kau buat blog, tulis benda yang bermanfaat atau apa sahaja minat kau (melancong, resepi, menjahit, tips). kau boleh tengok apa blogger-blogger tulis jadikan panduan. Pastu kau akan dapat duit melalui GoogleAdsense tapi syarat agak ketat. Kau daftar je dengan Nuffnang senang. Nanti boleh dapat income dari apa yang kau tulis tuh dengan iklan dari Nuffnang. 

  • Dropship- Ini ada banyak jenis, tudung, baju, buku. Kau daftar, bayar fees then kau akan dapat barang, dan jual. Ini comission based la. Kau kene pandai survey untuk pilih dropship mana yang bagi kau benefits. Tapi ada jugak dropship yang tak dapat barang, kau just ambil order je dan tak perlu risau pasal pos barang sebab semua dorang uruskan.

  • Delivery (macam Grab/Uber tapi biasanya dibuat untuk pelajar universiti)- Ini kalau kau ada kenderaan boleh kau manfaatkan. Sebab delivery bukan setiap jam kan. So, kau iklankanlah kat whatsapp group atau printla beberapa brochure tampal kat board asrama atau depan pintu bilik asrama kau. Kau kene tengok jugak range area uni kau tuh charge berapa dan kawasan mana. Yelah kang mahal sangat tade orang nak panggil kau hahaha. 

  • Sewa kereta (kalau korang ada kereta)- Boleh jugak try nih, biasa range standard aku tengok sejam RM 6. Tapi macam delivery, kau kene check standard charge berapa. 

  • Printing service (di bilik hostel)- Kalau korang ada printer, boleh print atau fotostat notes ke slides ke atau assignment member-member kat kelas atau kat hostel. Charge ikut harga yang munasabah sikit hahahah.

  • Photographer- Haa ini memang gaji mahsyuk, lagi-lagi student yang memang belajar fotografi atau pon yang ada skill, dan jugak ada kemera. Bolehla kau buat part time untuk member-member atau sesiapa (majlis kawin/ kenduri/ tunang/ konvo/ maternity shoot). Korang jangan Charge terlampau mahal sangat macam yang profesional. Kau mulakan dengan volunteer dulu kawan rapat dan keluarga, then post dekat social media sambil promote kepakaran kau nih. Lama-lama orang berkenan, mahal pon sanggup bayar. Plus, jangan lupa hadiri kelas-kelas fotografi untuk asah skill kau dr masa ke semasa.

  • Model part time- Bagi lelaki atau perempuan yang muka tuh agak pan asia atau elok hahahha, tinggi ala-ala model (rendah pon boleh) boleh try hantar resume korang dekat butik-butik atau pergi walk in untuk jadi model. Tapi kalau boleh yang muslimah la ye...sejuk sikit mata tengok. Hahahah. Ini kene betul-betul pilih ye sebab takut jugak korang kene tipu ke apa. 

  • Jual mineral water/ minuman / snek / kerepek- Okay ini kau belilah kat kedai borong, harga agak murah, beli sekali banyak then kau jual la...mahal sikit. Tapi jangan sampai mahal sangat. Maksudnya kene rasional la...kalau hrga mahal sampai RM5 dengan harga kafe baik dorang turun cari kat kafe. Hehehe. 

  • Online business (pakaian/kosmetik & lain-lain)- Kau beli dari pembekal dengan harga borong, dan kau beli, pakai brand kau sendiri dan jual. Atau kalau kau pandai jahit, boleh custom made pakaian. Kalau kosmetik pulak aku cadangkan jual yang original dan juga yang mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) jangan jual produk kosmetik merepek dan bahaya. Boleh jugak kau jual perlatan kosmetik macam brush dan sebagainya. 

  • Proofreading- Kalau kau ada skill nih, English pon power apa salahnya. Proofreading nih berbaloi tau. Sebab semua orang pon nak grad kene ada thesis hahahah. Rate bayaran pon kene survey dulu.

  • Top up agent- Ini kau daftar je, untung tadela banyak tapi bolehla...daripada tade apa. 

  • Designer banner/ kad kahwin/  bunting / brochure- Ini kalau kau pandai guna Adobe Photoshop/ Publisher atau sebagainya buatlah part time keje nih. Dapat upah design je jadilah. Printing tuh kau boleh deal dengan printing shop atau pon client print sendiri terpulang kepada keselesaan. 

  • Potong rambut- Kalau kau pandai potong rambut, pakai gunting biasa atau pakai mesin tak kisahla. Kalau kau nak beli pon masih mampu milik harganya. Pastu charge RM 5 pon mesti ramai serbu bisness kau kat asrama tuh hahaha. 

  • Saham- Ini kau kene daftar dekat bank dulu. Make sure kau tahu/ pergi kelas saham dan berdaftar dengan Bursa Malaysia. Jangan buat saham yang pelik-pelik. Ini nanti aku buat entri khas untuk basic saham.

  • Tuisyen/ Home-tutor- Kalau kau ada ilmu, why not kau share kan dekat orang lain, nanti makin bertambah ilmu kau. Biasanya dalam RM 35-RM 40 per jam kalau tutor nih. Boleh tnya di pusat tuisyen atau kau buat tuisyenkau sendiri. Kalau student postgard boleh apply OUM (Open Universiti Malaysia) untuk part time lecturer/ tutor. Bayaran mahsyuk uols. heheheheh. Boleh apply kat sini: OUM TUTOR.
Walaupun busy korang nak kerja part time ingat tujuan utama kau adalah untuk belajar, kerja ini part time sahaja, jangan terlampau buta kejar duit sampai lupa tujuan sebenar kau ke universiti.
Okay itu saja rasanya. Kalau korang ada cadangan bolehla komen kat bawah nih. Share sama-sama. heeeee.

Thursday 9 November 2017

Halatuju selepas Degree: Permohonan Master Part 1

Salam, harap semua sihat. Sempena ramai yang ramai dah konvo nih kan (konvo Degree). Jadi aku nak share something. Dulu masa aku baru masuk Degree (Sem 1) aku tak pernah terfikir pon nak sambung belajar. Cuma mungkin disebabkan latar belakang familiy aku (Umi Ayah Cikgu) jadi Mak Ayah aku lebih terbuka untuk beri galakan aku sambung belajar. Contohnya masa aku dah Tahun 2 Degree dorang ada tnya aku tak terfikir ke nak sambung Master. Okay nih antara perbualan aku dengan ayah:

Ayah: Kakak taknak ke sambung Master, kan kakak habis awal setahun dari orang lain. Ayah rasa baik sambung belajar. Lagipun Master nih senang. Buat je rilek-rilek. Tak payah stress.

Aku: Ha??? Hmm. Betul ke senang?

Ayah: Betul, dulu ayah tak belajar sangat pon.

Aku: Okay tengoklah nanti.

Untuk permohonan Master aku ambil Masters in Business Administration (MBA) atau Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bahasa Melayunya. Untuk ambil MBA kau tak perlu pon untuk grad dalam certain degree. Kalau graduate Engineering, Law atau Medical sekalipon boleh je ambil. Biasanya kalau macam Engineering atau bidang sains yang ambil MBA nih dorang nak naik pangkat.  Sebab dorang belajar bahagian teknikal, jadi untuk naik pangkat ke Pengurusan (Eksekutif dan sebagainya) dorang ambil MBA.

Hahaha, kau rasa betul ke senang dan boleh rilek-rilek? 😅 So entah macama mana hati aku terbukakla...plus maybe memang kata-kata Umi Ayah lama-lama jadi doa kan. So sekarang memang betul aku sambung Master. Persoalan yang akan orang tnya bila nak mohon Master aku listkan kat bawah nih:

  • Boleh ke apply Master masa belum habis Degree? 
Boleh, guna result current semester. Contoh kau ada 8 sem (4 tahun). Jadi guna result semester 7 tuh. Sebab biasanya permohonan untuk masuk bulan 9 adalah masa kau tengah sem 8. Macam aku, habis bulan Julai, 2016 dan aku mulakan Master aku bulan September 2016.
  • Apa beza Coursework, Mixed Mode, Fully Research?  
Coursework: Ada kelas macam kau masa Degree & ada Research (credit hour kecil). Aku ambil secara coursework tapi style di uni aku kurang exam. Kalau ada exam pon percentage paling tinggi 40%. Kadang-kadang exam adalah Final Exam Equivalent iaitu ada assignment dan diberi tempoh masa seminggu ke dua minggu untuk siapkan. Pelaksanaan mungkin berbeza mengikut uni jadi aku cadangkan kau boleh refer ke website universiti yang kau berhajat nak sambung. Boleh jugak kalau kau berhajat nak publish paper untuk coursework nih.

Fully research: Tiada kelas langsung tapi kau buat research sahaja. Biasa ada requirement publication untuk fully research. Bagi aku, kalau korang pilih fully research, better sebelum masuk cari potential Supervisor dulu mana tahu ada grant ke, jadi kau dapatlah elaun. Untuk cari potential Supervisor paling penting kau kene tengok CV (curiculum vitae) lecturer tuh. Nanti aku akan buat entri khas untuk cari supervisor.

Mixed mode: Kelas ada dan kau buat research dalam masa yang sama (credit hour untuk research agak besar). Mixed pon ada requirement kau kene publish paper macam fully research.

  • Course apa nak apply? Sama macam Degree atau lain?
Okay soalan ini, tanya balik pada diri kau. Kenapa kau nak sambung Master? Sebab nak ilmu baru? Sebab nak value added dalam course Degree kau? Sebab terpaksa? Sebab suka-suka ikut orang? Sebab kau nak sambung PhD? Setiap persoalan yang kau tanya nih memberi jawapan berlainan tau hahahha. Master nih sebenarnya tak kisah, kau memang boleh ambil yang lain dari Degree kau. Tapi! Ada tapi ya, kalau yang course sains boleh ke bidang sosial sains / sastera tade masalah. Cuma yang ambil bidang sains sosial/ sastera jangan mengada pulak kau ambil HR tetiba nak ambil Master Engineering. Hahahah memang tak bolehla. Namun apapun korang kene check website untuk kepastian sebab mungkin ada course-course tertentu yang ada syarat khas kemasukan.

Untuk yang suka-suka ikut korang aku cadangkan tak payahla, sebab nanti kau give up separuh jalan bila tengah banyak keje tuh. Kalau nk ilmu baru tuh, mungkin kau boleh cuba course lain macam aku tulis kat atas tuh. Yang naik pangkat, mungkin boleh try MBA kalau dari bidang sains. Tapi kalau Pendidikan mungkin berbeza sikit, kalau boleh biar tally dengan Degree kau. 

Kalau tanya aku kenapa aku pilih MBA? My personal opinion:

  1. Aku nak cuba sesuatu yang baru sebab aku rasa in future, instead of finding job aku nak juga jadi job creator. Memang orang akan cakap ala,,,orang tak belajar Business , tak ambil MBA pon boleh bukak business. Tapi pada aku tak, kalau kau nak betul-betul kuasai ilmu tuh, kau kene belajarlah. Ini cara aku, mungkin orang lain pergi Kursus berbayar ke apa.
  2. Aku target both industri dan juga akademik. Maksudnya aku nak jadi pensyarah kalau boleh tapi dalam masa yang sama aku nak juga ada kerja dalam industri mungkin secara part time. Sebab mostly lecturer kat Uni aku adalah dari industri. Jadi aku dapat pendedahan secara live. Aku nak kalau suatu hari nanti aku mengajar aku boleh relate dengan baik antara teori dan praktikal. Paling penting aku percaya kalau nak menuntut ilmu kau kene berguru dengan orang yang betul.
  3. Tambahan mostly subject MBA nih subject aku masa Degree cuma lagi mendalam je sebab tuh aku rasa macam why not, tambah lagi ilmu yang sedia- ada. Percayalah lagi kau belajar lagi banyak sebenarnya kau tak tahu.
  4. Aku ada baca blog, Kak Aida Sue, blog akak nih sangat bagi inspirasi kat aku cerita macam mana belajar MBA tuh. Tapi akak nih belajar kat oversea. Mula-mula aku ingat nak apply kat oversea jugak, tapi entah kenapa aku tak mohon pon, aku pilih beralih angin cuma dengan bertukar uni.
  5. MBA nih sebenanya polish kau punya skill bercakap. Betul, kelas aku seminggu sekali je tapi sehari tuh dari pagi sampai malam sebab ada dua subjek. Jadi dari pagi sampai malam tuh keje asyik present je dalam 3-4 kali. Kebanyakannya kau prepare slides masa kelas tuh jugak dan diberi masa yang agak singkat. Jadi aku rasa ini sangat membantu dari segi critical thinking.
  6. Pelajar MBA biasanya terdiri daripada pelbagai latar belakang (Education) dan dari pelbagai industri (yang kerja) jadi kau akan dapat sesuatu ilmu yzng baru. Contoh yang dorang bagi pon bukan calang-calang. Kat sini kau dapat switch cara kau berfikir sebab nak tune dengan classmate kau. 
Okay rasanya sampai sini dulu. nanti aku sambung Part 2 ye. Part 2 aku akan bagi tahu cara nak mohon (prosedur, dokumen). Untuk sebarang pertanyaan tambahan boleh email ke fathiah35@gmail.com. Kalau yang baca nih korang member aku, whatsapp je ye takpayah mengada nak email, nanti aku malas nak balas hahahh.

Statement ayah aku yang kata senang tuh saje je....Nak bagi mindset aku anggap benda tuh senang. Padahal sengsara jugak nih sikit . Fuh!!!

Okay babai heeee.

Tuesday 7 November 2017

Apps Viu: My Review

Salam semua, okay mesti korang semua pernah dengar kan iklan dekat TV atau Radio tentang apps Viu. Maklumlah aku nih kan kaki korean drama, kadang-kadang aku tengok dekat Facebook la, dekat Dramalike  , Viki , DramaFever atau DramaCool. Semua melalui website la of course. Tapi kadang-kadang pakai laptop nih susah sikit, so aku prefer pakai phone. Apps Viu nih ada jugak website dia (Viu). 

Best ke pakai Apps? Best, sebab gambar cantik, HD tau walaupun internet slow macam siput hahaha. Pastu dia bukan ada Korean Drama je...macam-macam, Japan, Malaysia, India, Music, Indonesia, Chinese. Kalau sign up dekat apps Viu dapat 30 hari percuma premium tau. (Trial) Korang taknak ke? Download pon boleh hehehhe. Tapi storage kat phone aku dh full huaaaaaa. Download la apps nih kat phone korang apa tunggu lagi! Nanti assignment tak siap jangan salahkan aku hahahaha. 

Bawah nih ada aku tunjuk sikit kat korang macam mana apps Viu tuh:




**Lagu latar: Camila Cabello ft Young Thug (Havana)
Maaflah kalau ada loading-loading tuh, aku mampu pakai wifi uni je hahahha. Free katakan, manfaatkan.

Next entri aku akan share review pasal drama korea best-best. Tapi tak boleh janji bila nk post sebab aku tengah sibuk nak siapkan segala mak nenek punya assignment dan fokus kat thesis. (Ceh ada gaya student cemerlang tak? hahahahahh)


Sunday 5 November 2017

Skrub St Ives:Green Tea

Salam semua, lama aku tak post kan. Sebenarnya aku tukar blog aku yang lama tuh (dah delete) Gird Your Loins kepada yang ini. Jadi sesiapa yang pernah tengok blog aku yang lama tuh harap korang jumpalah blog baru aku nih. Maklumlah aku nih tak faham sangat sistem blogger, nak letak iklan nuffnang pon aku tak reti jadi aku mintak bantuan Mr. Google. Thanks Mr. Google daripada assignment, sampai ke blog nih pon membantu sangat-sangat. Okay taknak cakap lebih benda yang tak berkenaan. Tujuan aku tulis entri kali ni sebab nak share benda best dekat korang. 

Benda best??? Apa tuh? Ala korang jangan buat-buat tak tahu, tajuk post tuh dah ada hahahaha. Okay aku nih bukan pakar ye (disclaimer). Aku just nak share apa yang aku rasa berbaloi untuk aku dan kulit aku. Pada aku kalau nak pilih produk (termasuk pakaian ke beg ke kasut ke) kenelah ukur di badan sendiri. Terutama bagi aku yang belajar sepenuh masa nih. Biasiswa pon daripada parents jadi kau kenela jimat cermat. Pada aku tak semestinya kau kene belanja sampai beratus atau beribu untuk satu produk. Nanti kalau kau dah keje, lantaklah kau nak beli pencuci satu seribu pon tape, tapi beringat juga! (eh ada ke harga beribu heeee, ratus ye kot). Daripada korang pakai produk yang tak tahu status dan juga keberkesanan dia baik korang pakai produk drugstore je (macam Watson & Guardian)

Aku yakin jenama St. Ives nih bukan baru lagi dalam kalangan wanita....cehhh. Terutama sekali skrub dia. Paling popular aku rasa Skrub Aprikot dia kot. Jadi ceritanya aku nih duduk hostel, tapi selalu jugak balik rumah. Tapi sejak sem last nih selalu stay hostel jadi kadang-kadang kalau sampai 2 minggu kau tak skrub muka, rasa muka tuh macam kotor. Nak bawak yang Himalaya punya kat rumah tuh nanti balik rumah tertinggal kat hostel pulak. Nak beli harga mahal pulak hahaha. Petang tuh, sampai je JB aku terus la ke Aeon Taman Universiti sebab dekat je dengan universiti aku. Plus ada both Watson & Guardian. 

Mula-mula ada aim nak try Freeman tau sebab aku baca review bagus jugak, plus ingredient pon best, paling penting harga berbaloi untuk student macam aku. Tapi aku tengok dekat rak tuh haih, tinggal satu dua je. Aku nak beli yang lemon tuh, untuk control breakouts tapi tade. Jadi tetiba ternampak St. Ives. Tengok harga aku tengok Aprikot nih orang kata skrub dia macam kasar-kasar sikit kalau yang muka sensitif nanti takut luka. Muka aku bukanlah sensitif tapi aku takut jugak. Tiba-tiba nampak St. Ives Green Tea Scrub nih. Aku memang baca macam teh hijau nih banyak khasiat. Lagipun yang palin aku suka sebab ada Oil-Free Salicylic Acid Acne Medication which is sesuai dengan kulit aku yang berjerawat sikit nih. Lagi best sebab Sulfate Free and Paraben Free. Dekat tube skrub nih pulak dia ada tulis yang produk ini bertindak untuk bersihkan blackhead & calm redness. 



Ini texture dia, maaflah tak jelas sangat camera phone aku nih semacam sikit 

Apa yang best sangat aku suka:
  1. Bau dia sangat segar (green tea), kalau korang boleh bau mesti korang suka. Tapi ada je review aku baca orang tak suka bau nih hahahaha. Pilihan masing-masing.
  2. Manik skrub halus-halus jadi Insya-Allah okay bagi akula. Tapi personal opinion aku, kalau kulit korang yang berjerawat agak besar dan bernanah jangan guna sebab walaupun halus tapi kasar jugak. 
  3. Selepas cuci nih, kulit rasa lembut dan kurang berminyak. Sebab kulit aku sangat berminyak jadi bila pakai kulit akan kering tapi aku pakai moisturizer sikit. Moisturizer aku jenis yang thick tau...tapi lepas pakai skrub nih rasa ringan je.
Tapi ada beberapa nasihat sebelum korang nak start pakai skrub nih:
  1.  Baca dulu arahan kat belakang tiub produk nih.
  2. Jangan pakai hari-hari, dalam seminggu tuh 2-3 kali dah okay.
  3. Kalau kulit muka korang makin teruk tolong stop guna dan dapatkan nasihat pakar. 
  4. Sebab produk nih ada Salicylic Acid, aku baca dia akan buatkan kulit korang kering, jadi tolong pakai moisturizer. 
Oh ye....aku beli kat Watson dalam harga RM17 ++ (lupa hahahahah). Kalau kat Guardian RM 16 ++. nanti korang check ye...compare harga.

Okay, rasanya tuh je....apa-apa bolehla komen kat bawah. Boleh share jugak apa pengalaman korang heeeeee. Terima ksih sudi membaca ❤

Thursday 2 November 2017

Skin Food (Me:Oily & Acne Prone Skin)

Hi, selamat pagi semua harinih aku nak share dengan korang skincare yang aku guna. Dulu aku guna set Safi & Mary Kay, sekarang aku dah beralih kepada Himalaya secara main dan juga produk lain. Okay kenapa aku guna campuran produk? Elok ke? Tade sebab pon...cumanya aku dah ada kesedaran dan juga pengetahuan tentang cara yang betul untuk menjaga kulit (tak kisah muka atau badan dan tak kira kau perempuan atau lelaki). Okay nanti ada yang tnya tak guna jaga kulit hati tak jaga....ye adik-adik dan tuan puan menjaga hati itu sudah semestinya 😉.  Okay aku nih bukannya hebat pon bab-bab jaga muka, yelah bukan flawless pon muka aku nih....tapi yelah sejak menginjak ke usia dewasa ini (cewah) aku rasa ada pentingnya kita jaga penampilan diri. Tadela nanti asyik claim diri potato la...cekodok la....Jadila pancake (eh!). Aku pon sama. 


Mesti kalian tanya dari mana aku dapat info nih....aku bukan dermatologist ye...harap maklum...ini hasil dari pembacaan di media sosial... Twitter (rt kecantikan), Blog (korang boleh cari blog Kak Iman Abd Rahim) dan juga Youtube. Selain itu, kau boleh je buat research sendiri tapi manalah larat....so aku ambil je dari orang yang dah pro dan dah buat research. Apapon terpulang kepada jenis kulit untuk kesesuaian produk. Kebanyakan aku tengok method nih digunapakai orang Korea...sebab tuh kulit dorang cantik dan sihat... plus jaga pemakanan pon penting untuk kulit sihat. Untuk kesenangan aku akan bagi dua ye:

Part A: Penjagaan Kulit Muka (Basic)
Jenis Kulit: Agak berminyak dan berjerawat kecil. (kalau pakai tudung boleh cover hahahah)

Siang: (lepas bangun tido...gosok gigi jangan lupa 😘)

·                  Pencuci Muka /Cleanser (Himalaya)- pastu lap bersih-bersih ye.
·                Toner (Aiken) -nak guna kapas boleh, nak tap-tap je kat muka pon boleh. Aku prefer macam nih sebab ala-ala artis dalam drama korea selalu buat hahahahha
·                  Pelembap/Moisturizer (Himalaya) 
·                  Sunblock (Mary Kay)- hasil ihsan umi tersayang hahahah...kalau tak tak mampu aku. 
Pakaila apa-apa yang patut....untuk yang bermekap bolehla teruskan. Bagi yang tak bermekap macam aku, cukuplah sekadar sapu bedak talkum baby (Baby Powder) atau sekarang aku pakai Maybelline Super BB Cushion haaa kau ini pon setelah kene paksa dengan mak aku...hehehehe. Nanti aku buat review pasal BB Cushion nih sebab ada dua jenis...aku pakai yang warna coklat tuh...code Light. Tujuan dia...untuk tutup cela-cela kat muka dan buat muka jadi glowing....hahahahahaha (over). 


Malam: Double Cleansing Method

·                  Cleansing Oil (Biore)
·                  Cleanser (Himalaya)
·                  Toner (Aiken)
·                  Pelembap (Himalaya)
·                  Krim Jerawat (Himalaya)

** Seminggu 2X aku akan pakai Scrub muka (Himalaya) dan juga Mask (Himalaya).
** Untuk yang pakai semua nih,,,,aku cadangkan kalau nak ambil wuduk kau cucila muka tuh dulu..atau paling malas kau beli makeup remover (aku pakai Garnier Micellar Cleansing Water) sebab takut kulit tak kena air. 


 Skincare

Garnier Micellar Ceansing Water

Himalaya Face Wash, Scrub, Face Pack, Moisturizer.

Biore Cleansing Oil

Maybelline BB Cushion (Code Light)



Part B: Penjagaan Kulit Badan
Ini paling senangla....hari-hari sabun je badan macam biasa. Cuma seminggu dua kali tuh pakaila Skrub badan ( Jenama Watson Almond & Shea Butter) dan juga pakai exfoliating gloves (sarung tangan untuk berus badan). Ada macam-macam tools...kau cakap je kat kaunter Watson atau Guardian tuh kalau tak tahu nak sarung tangan /berus / sponge untuk exfoliate (skrub badan) . 

Rambut pulak...kalau aku syampo at least dua hari sekali. 


Okay rasanya itu sahaja...kalau ada maklumat tambahan korang boleh tambah kat ruangan komen...atau ada yang salah ke info aku beri...

 Skincare

Exfoliating Gloves 

Skrub Badan (Ini beli 1 percuma 1)





Wednesday 1 November 2017

Resepi Kuih Seri Muka

Salam semua, bila sebut pasal kuih tradisional kuih apa yang korang suka? Kalau tanya aku, baik jangan tanya sebab banyak sangat yang aku gemar. Salah satunya adalah Kuih Seri Muka ini. Sebenarnya dah lama ayah dan umi aku cakap, asyik buat kek je...cubalah buat kuih tradisional tuh. Ramai yang cari plus tak ramai anak muda sekarang yang pandai buat kuih tradisional nih. So, aku pon macam hmmm okay. Jadi sempena tunggu semester last nih start (first class start 23 Sept nih) aku pon tade buat apa kat rumah nih, selain masak, basuh sidai baju dan menyapu sikit-sikit aku pon scroll Instagram (keje jugak ahhahahah) Tiba-tiba aku ternampak satu gambar seri muka yang menarik perhatian aku. jadi aku pon klik gambar tuh, eh ada resepi. Parents aku ada cakap kuih tradisional nih lagi senang nak buat sebenarnya. Sekali aku tengok, yeeeee agak mudah selain bahan dia pon, memang ada di rumah. Untuk pengetahuan korang, aku memang suka follow Instagram masakan (disertakan resepi), kek selain pakaian dan tudung hahahaha. Biasalah perempuan kan. Antara Instagram best yang aku follow dan aku pernah cuba beberapa resepinya adalah ummikitchen88, maria-aiman2810,maryamliyana. Nanti korang search kat Instagram dan follow ye hehehe. Ini kali pertama aku cuba buat Seri Muka nasiblah ada rezeki jadi hahaha. Kalau tak fed up aku, taknak buat lagi. 

 Okay berikut resepi Kuih Seri Muka Pandan daripada ummikitchen88 dan di dalam ( ) adalah tambahan nota aku :

Sebelum itu, panaskan air kukusan dengan api sederhana.


 (A) Bahagian bawah 

1 cawan beras pulut direndam dengan air (aku rendam 30 min) 
1 cawan santan 1/2 sudu kecil garam Selepas 30 min beras pulut direndam, toskan. 

Kemudian campurkan garam dan juga santan kacau hingga sebati. Setelah itu masukkan beras pulut ke dalam loyang dan tuangkan campuran garam dan santan tadi. Gaulkan di dalam loyang dan ratakan sehingga pulut ditenggelami santan. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak. ( Semasa mula mengukus pastikan air kukusan telah mendidih)

Selepas 25 minit boleh gaul-gaul pulut yang telah dikukus, rasa sama ada telah masak atau belum, jika belum, ratakan kembali dan kukus lagi selama 10 minit atau hingga masak).

 Setelah masak ,ratakan ke dalam loyang dan tekan sehingga betul-betul mampat dan untuk mengelakkan lekat, alskan dengan plastik di bawahnya. **Resepi asal menggunakan loyang saiz 6x6.


(B) Bahagian Atas Hijau





1 cawan santan
1 cawan air pandan (aku guna 12 helai daun pandan dan tambahkan air separuh cawan untuk diblender) 
1/2 sudu besar coconut pandan emulco (optional aku tambah) 
5 sudu besar gula 
4 sudu besar tepung gandum 
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur 
1/2  sudu kecil pewarna hijau (optional aku tambah) 

Campurkan dan blend semua bahan di atas. Kemudian, masak di dalam periuk dengan api kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan berketul sehingga naik wap atau sehingga adunan agak pekat sedikit.

Kemudian tuangkan di atas pulut tadi dan kukus semula sehingga masak. **Aku kukus selama 1 jam 15 minit. pastikan semasa kukus, penutup diikat dengan kain tebal bagi mengelakkan air masuk ke dalam loyang. Boleh juga menggunakan aluminium foil. 
Tips dari Ummikitchen88, kalau nak tahu dah masak ke belum, cucuk lidi kalau tak melekat dah masak. Tapi dalam kes aku, still jugak lembik lepas kukus, jadi aku masukkan je dalam peti ais, alhamdulillah menjadi jugak hahahahhaa. 

**Sejukkan dan agak-agak suam , masukkan ke dalam peti air biarkan sehingga 2-3 jam sebelum dipotong untuk mengghasilkan potongan yang cantik.








Resepi Brownies Jenis 1

Selamat petang semua, hari nih aku nak share resepi brownies kedut yang aku jumpa di Instagram milik Ummikitchen88. Macam biasala resepi hakak nih memang menjadi. Lepas aku try Resepi Kuih Seri Muka hari tuh....memang aku save semua resepi dari Ummikitchen88. Kuih Seri Muka hari tuh memang sedap, cukup lemak, parents aku pon puji cakap sedap. Rasanya macam kuih zaman dulu-dulu air tangan nenek kita. Bukan aku nak puji diri sendiri, tapi aku bercakap pasal resepi pinjaman dari Ummikitchen88 nih yang sangat sedap. 
😂
Tanpa berlengah lagi mohlerrr kita ke resepi Brownies. (hampir lupa entri nih pasal brownies). Maaf sis tak move on lagi 😆.

Resepi nih kau wajib cuba sebab memang mudah dan senang. Aku baru pertama kali buat dah hafal step 😁. Nampak tak ringkas dan mudah tapi menjadi nih.






Resepi Brownies Kedut 
Instagram: Ummikitchen88

Bahan A
200g Beryl's dark choc coins (Aku guna bar)
75g butter (aku pakai buttercup)

Bahan B
50g brown sugar
50g caster sugar (aku pakai je gula biasa blend sikit
😂)
1 sudu kecik esen vanila (aq terlebih sesudu hahahah)
2 biji telur (suhu bilik tau)

Bahan C
50 g tepung naik sendiri (aku pakai tepung gandum biasa + 1 sudu kecil baking powder)
15 g serbuk koko (aq pakai 1/2 sudu besar)

Cara-cara:
1) Panaskan oven dulu ya 160 C. (Aku 130 C sebab oven aku cepat panas. Bergantung kepada oven masing2)

2) Cairkan Bahan A secara double boiler (periuk besar dgn air di atas api kemudian letakkan satu lagi periuk menindih periuk berisi air untuk diletakkaan Bahan A). Boleh google kalau tak tahu 😅. Aku pakai microwave je senang hahahah (setting low heat, 5 sec).

3) Sementara tggu bahan A cair sepenuhnya, campurkan Bahan B dan kacau perlahan menggunakan wisk atau garpu. (sampai sebati sahaja tidak perlu kembang, dalam 5 saat). Letak tepi.

4) Apabila Bahan  A cair sepenuhnya (boleh gaul pakai sudu...bagi rata coklat tuh) campurkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau menggunakan spatula...kacau perlahan asal sebati sahaja. Kemudian masukkan Bahan C dan gaul guna spatula asal sebati juga. Tidak perlu lama-lama,hanya kaup balik. **adunan agak likat.

5) Sediakan bekas 6X6 (aku punya loyang, kalau korang terpulang tapi jangan besar smpai 9X9 sebab adunan nih sikit je). Alas dengan baking paper/kertas minyak untuk elak melekat. Bakar pada suhu 160 C selama 20 min api atas bawah.

Selamat mencuba ya 😊😊😊. Brownies aku naked je...letak kacang sebab buah tade...nak letak coklat drizzle masih panas...ikutlah kreativiti korang nak deko macam mana dan nak makan macam mana. Makan begitu je pon sodap...makan dengan ais krim vanila lagi mantop. Hahahahaahah. Tapi aku taknak tambah kalori brownies yang dah sedia banyak tuh 😆😆😆😆.


Thank you.  Nanti aku share resepi Brownies yang lagi satu ye 😊.