Pernah dengar tak Drama Hogu's Love nih...cerita ini secara keseluruhannya kelakar + sedih jugak. Paling banyak sedih la. Nasib baik happy ending jadi tadela aku stress tengok. Cerita nih tade tayang dekat KBS / OneHD rasanya sebab last time aku tengok (masa balik rumah cuma ada While You Were Sleeping & Witch's Court je)
Drama: Hogu's Love
Jumlah Episod: 16
Link: Viu
Rating aku bagi: 7/10
Sinopsis:
Cerita berkisarkan kisah percintaan dari zaman sekolah sampai dah dewasa yang mana dorang tak tahu pon sebenarnya dorang suka sesama sendiri. Hogu adalah watak hero yang selalu kena buli masa sekolah. Bila dah dewasa, Hogu nih jadi pembantu pelukis komik dekat syarikat milik kawan dia. Dia suka dengan seorang atlet renang nih nama Do Hui dari sekolah tapi tak kesampaian. Jadi bila dah besar dia jumpa balik dengan Do Hui nih dan cinta berputik kembali (cewah). Tapi rupanya Do Hui tuh tengah mengandung dan tak tahu anak siapa. Do Hui larikan diri daripada dunia renang dan juga dari Hogu. Tapi lastly, Hogu jumpa jugak, oleh sebab Hogu ni sayang sangat dengan Do Hui, dia sanggup jaga anak Do Hui ( Geum Dong). Hogu ada kembar nama Ho Kyung yang masa sekolah dulu agak tomboy dan bila dah dewasa jadi cantik dan bijak (sebab buat pembedahan) sampai Kang Chul (seorang peguam )yang suka dia ingat, Ho Kyung tuh Hogu. Sebab tuh Ho Kyung ingat dia gay. Macam-macam isu jadi antaranya Hogu nih suka hati dia je tuduh and buat spekulasi pasal ayah kandung Geum Dong. Mak Ayah Hogu & Ho Kyung pon salah faham tentang kehadiran Geum Dong dan mak ayah Kang Chul pon salah faham. Cerita nih pening sikit tapi kelakar dan menghiburkan hati. Serta korang ,mesti akan rasa Hogu nih baik sangat hahahha. Sekian, tak boleh cerita semua ye...hehehehe.
Kat bawah nih antara babak-babak dalam drama Hogu's Love.
Hogu masa dah hensem sikit |
Do Hui |
Kang Chul |
No comments:
Post a Comment