Entri kali ini aku nak share cara nak buat Jus Pegaga. Ha...mesti ada yang cakap e....mesti pahit dan sebagainya. Jangan risau belum cuba belum tahu. Pegaga nih banyak khasiat tau! Antara khasiatnya boleh lihat di blog ini: Anim Agro Technology.
Air pegaga nih sebenarnya adik aku yang rajin sangat buat. So, sekarang dia tengah cuti dan ada kat rumah, dia la yang buat jus pegaga nih. Jus pegaga nih first time adik aku rasa masa dia ke Vietnam, semasa mengikuti program sukarelawan. Dia kata student Vietnam kat sana yang perkenalkan jus pegaga nih, dan apa-apa aktiviti mesti ada jus pegaga nih. Seolah-olah macam jus pegaga nih seperti jus oren, jus tembikai dan sebagainya. Menurut adik aku,(dia buat sambil bebel-bebel ) boleh minum begitu sahaja, tambah gula atau dengan susu.
Pegaga yang sudah dicuci bersih |
Cara-cara:
- Blend daun pegaga tadi dan canpur air.
- Hidangkan bersama gula atau susu bersama ais.
Menurut aku, personally rasa dia macam rumput tapi ada rasa green tea jugak. Aku prefer letak susu sebab rasa dia ala-ala green tea sebab aku kan peminat green tea hehehheh. Kalau tambah ais lagi fuhh menyegarkan. Okay selamat mencuba ye 😊.
Proses pembuatan Jus Pegaga |
No comments:
Post a Comment