Hi readers, aku tahu mesti ada yang pernah dengar cerita Because This is My First Life nih kan. Aku ringkaskan ye tajuknya menjadi BTIMFL sebab panjang sangat jenuh iols nak type hahahah. Cerita nih agak slow sikit setiap episod tapi berbaloilah tunggu slow tuh. Cerita nih banyak jugak pengajaran dan bukan tipikal korean punya love stories la aku boleh cakap. Selain itu, cerita nih juga sebenarnya macam memaparkan realiti kehidupan jugak. Plus, aku suka watak heroin dia nih sebab muka dia selalu blushing tak tahula sebab blusher ke natural. Aku jugak suka sangat cerita nih sebab ada Kitty si kucing yang comel hehhhehe.
Drama: Because This is My First Life
Link: Viu
Jumlah episod: 16
Rating aku bagi: 8.7/10
Sinopsis:
Ketiga watak ini (perempuan) iaitu Ji Ho, Ho Rang & Soo Ji adalah rakan karib sejak dari sekolah sehingga masing-masing kerja. Setiap sorang nih ada impian sendiri, Ji Ho ialah graduate universiti terkemuka korea, dia nak jadi seorang penulis, lebih kepada tulis skrip drama. Ho Rang pula, lepas sekolah dia memang tak sambung belajar. Sejak sekolah dia bercinta dengan Won Seok dan cita-cita dia adalah untuk miliki keluarga bahagia dan jadi seorang isteri. Soo Ji pula, daripada broken family dan dijaga oleh ibunya yang cacat. Dia bercita-cita untuk mempunyai syarikat sendiri dan juga menjadi bos.
Okay untuk elakkan korang keliru, aku bahagi tiga part untuk cerita nih:
Se Hee & Ji Ho
Se Hee kerja di syarikat yang sama dengan Sang Goo iaitu CEO syarikatnya dan juga rakan karibnya sejak di universiti. Se Hee mempunyai sebuah apartmen dan sedang mencari seorang penyewa. Ji Ho pula dalam masa yang sama sedang mencari bilik untuk disewa. Oleh itu, Sang Goo bertanya kepada Won Seok yang merupakan juniornya di universiti. Berlaku salah faham antara Sang Goo dan Won Seok lalu Ji Ho menjadi penyewa di apartmen Se Hee, mereka tidak tahu yang mereka berlainan jantina. Namun begitu, kerana persamaaan mereka dan juga ingin memenuhi kehendak masing-masing mereka pon berkahwin dengan kontrak. Se Hee nih macam ahti batu dan tiada perasaan langsung sebab dia pernah kene tinggal dengan GF dia dulu. Se Hee nih cuma pikirkan dua benda je, hutang apartmen dia dan juga kucing kesayangan dia si Kitty comel tuh. Ji Ho berhenti kerja setelah berkahwin, lama-kelamaan mereka jatuh cinta. Tapi lastly dia bercerai...hmm..tapi lepas bercerai mereka memutuskan untuk bercinta dulu.
Won Seok & Ho Rang
Mereka tinggal bersama sejak habis sekolah. Won Seok nih jurutera komputer dan ada syarikat sendiri. Tapi syarikat dia nih macam tak maju. Jadi sebelum kahwin dengan Ho Rang dia nak stabilkan dulu syarikat dia. Tapi Ho Rang sedih sebab dah 7 ke 9 tahun dia tunggu Won Seok. Mereka berdua nih selalu bergaduh sebab perbezaan pendapat dan jugak cara berfikir. Last sekali, Won Seok tutup syarikat dia dan bekerja dengan Sang Goo. Tapi dia minta putus dengan Ho Rang sebab, dia kata dia asyik kene ikut kehendak Ho Rang yang asyik nak ajak dia kahwin je sampai dia tinggalkan syarikat yang dia bina.
Soo Ji & Sang Goo
Kisah berdua nih agak pelik, Soo Ji nih kerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat. Dia selalu dipersenda pekerja lelaki syarikat dia (mostly pekerja semua lelaki kat tempat kerja dia). Dia pon malu nak bercinta dan beritahu pasal ibu dia, atau cara hisup dia, sebab dia takut keluarga lelaki tuh nanti tak boleh terima latar belakang dia dan mak dia. Tapi sejak jumpa Sang Goo dia berubah jadi berani bela diri dia pastu berhenti kerja dan buka syraikat sendiri. Tiba-tiba juga dia berani ajak Sang Goo kahwin.
Tamat, nak yang full kene tengok sendiri heheheh. Selamat menonton!!!
P/s: Nanti aku buat review lagi drama korea yang aku tengok ye sebab sekaramg tengah kritikal aku nak siapkan thesis aku. Pray for me. Thank You.
Kat bawah nih macam aku sertakan antara babak dalam drama nih:
Weird couple Soo Ji & Sang Goo |
Lovely couple Won Seok & Ho Rang |
Jung Min (Se Hee's ex-girlfriend) |
Se Hee (Hero) |
Ji Ho (Heroin) |
Kity aka Woori (dalam bahasa korea bermaksud kita) |
No comments:
Post a Comment