Friday 15 December 2017

New in JB: Paradigm Mall


Salam semua, haa maaf dah lama tak update apa-apa sebab aku macam nak gila settlekan baki thesis aku sebab hujung Disember nih dah kene hantar. Jadi petang tadi lepas je Azan Asar aku email dekat supervisor aku untuk semakan kali terakhir. Mudah-mudahan tak banyak correction kene buat. Hehehe. Doakan aku ye. 

Lama aku hold nak tulis entri pasal Paradigm Mall nih. Dalam dua minggu lepas rasanya aku pergi Paradigm Mall nih. Masa tuh aku nak balik JB dari Batu Pahat. So alang-alang aku lajakkan sikit perjalanan aku, sampailah ke Paradigm Mall. Nasib aku dah inform umi & ayah aku awal-awal yang aku mungkin akan melencong ke sana. Heheh aku even bawak kereta bukan jenis yang kuat berjalan sebab aku tak mahir sangat nak drive area JB. Cuma lately nih dah bolehla aku slow-slow explore apa yang ada kat JB nih. Ikea je aku tak pergi lagi hahaha.

Okay mesti korang nak tahu apa je yang ada kat Paradigm Mall nih selain dari Ice Skating kan. Aku memang taklah tertarik sebab main pon tak reti. Okay aku akan share apa je yang menarik dekat Paradigm Mall nih dan fasiliti kat sana.

Parking:Luas (nanti tengok dalam video)
Laluan naik ke parking di Tingkat 5: Agak sempit (kereta aku kecik senang cilok...eh ayat rempit)
Tandas, Surau semua ada.

Kedai (aku pergi setiap tingkat ye...dari hujung ke hujung). Cuma aku listkan yang aku nampak & macam menarik bagi aku heheheh.

Pakaian: Banyak kedai pakaian korea (harga berpatutan & ada sale buat masa nih), FOS, Brands Outlet, Padini, Uniqlo, H&M, Cotton On, Levis, Adidas, FOS.

Health/Beauty: Himalaya, Guardian, Watson, Caring Pharmacy, The Face Shop.

Makanan/Minuman: Amphawa BoatNoodle, Boost, Village Grocer, SDS Cafe, Subway, Marrybrown, Sushi King, Shilin (Nyumsss), Starbucks, Papa Roti, Seoul Garden, Wendys, KFC , Pizza Hut, Baskin Robin.

Cinema: Golden Screen Cinema, Camp 5 (nih aku tak sure apa hahaha)

Lain-lain: Typo, Popular (ada sale & besar gila serius), Kaison, Yubiso, Toyrus, SenQ, Harvey Norman, Home Pro, Celebrity Fitness

Banyak-banyak nih, aku cuma masuk Himalaya (nak usha ingat ada sale, tapi tade hmm), Kaison (aku beli kalender cute, asalnya nak cari Mr. Buckwheat dalam cerita Goblin tapi tade hampaa), Yubiso, Watson, Gaurdian, Caring Pharmacy (nak cari syampo jenama Palmers kat situ je ada, pastu mahal so aku tak beli), Home Pro (survey harga oven dengan mixer sebab kat rumah dah rosak huaaa).

Okay itu je...cuma kau jangan berharap sangat pergi Paradigm Mall nih banyak kedai tak bukak lagi, benda paling confirm tak kecewa kau berharap adalah penat, sebab besar sangat. Aku rasa maybe macam Midvalley or Time Square kat KL tuh kot...cuma rasa penat & luas sebab jarak kedai dia dengan kawasan tengah tuh jauh sangat. hahahha.

Untuk maklumat lanju korang boleh tengok website Paradigm Mall & FB Paradigm Mall

No comments:

Post a Comment