Friday 15 December 2017

New in JB: Paradigm Mall


Salam semua, haa maaf dah lama tak update apa-apa sebab aku macam nak gila settlekan baki thesis aku sebab hujung Disember nih dah kene hantar. Jadi petang tadi lepas je Azan Asar aku email dekat supervisor aku untuk semakan kali terakhir. Mudah-mudahan tak banyak correction kene buat. Hehehe. Doakan aku ye. 

Lama aku hold nak tulis entri pasal Paradigm Mall nih. Dalam dua minggu lepas rasanya aku pergi Paradigm Mall nih. Masa tuh aku nak balik JB dari Batu Pahat. So alang-alang aku lajakkan sikit perjalanan aku, sampailah ke Paradigm Mall. Nasib aku dah inform umi & ayah aku awal-awal yang aku mungkin akan melencong ke sana. Heheh aku even bawak kereta bukan jenis yang kuat berjalan sebab aku tak mahir sangat nak drive area JB. Cuma lately nih dah bolehla aku slow-slow explore apa yang ada kat JB nih. Ikea je aku tak pergi lagi hahaha.

Okay mesti korang nak tahu apa je yang ada kat Paradigm Mall nih selain dari Ice Skating kan. Aku memang taklah tertarik sebab main pon tak reti. Okay aku akan share apa je yang menarik dekat Paradigm Mall nih dan fasiliti kat sana.

Parking:Luas (nanti tengok dalam video)
Laluan naik ke parking di Tingkat 5: Agak sempit (kereta aku kecik senang cilok...eh ayat rempit)
Tandas, Surau semua ada.

Kedai (aku pergi setiap tingkat ye...dari hujung ke hujung). Cuma aku listkan yang aku nampak & macam menarik bagi aku heheheh.

Pakaian: Banyak kedai pakaian korea (harga berpatutan & ada sale buat masa nih), FOS, Brands Outlet, Padini, Uniqlo, H&M, Cotton On, Levis, Adidas, FOS.

Health/Beauty: Himalaya, Guardian, Watson, Caring Pharmacy, The Face Shop.

Makanan/Minuman: Amphawa BoatNoodle, Boost, Village Grocer, SDS Cafe, Subway, Marrybrown, Sushi King, Shilin (Nyumsss), Starbucks, Papa Roti, Seoul Garden, Wendys, KFC , Pizza Hut, Baskin Robin.

Cinema: Golden Screen Cinema, Camp 5 (nih aku tak sure apa hahaha)

Lain-lain: Typo, Popular (ada sale & besar gila serius), Kaison, Yubiso, Toyrus, SenQ, Harvey Norman, Home Pro, Celebrity Fitness

Banyak-banyak nih, aku cuma masuk Himalaya (nak usha ingat ada sale, tapi tade hmm), Kaison (aku beli kalender cute, asalnya nak cari Mr. Buckwheat dalam cerita Goblin tapi tade hampaa), Yubiso, Watson, Gaurdian, Caring Pharmacy (nak cari syampo jenama Palmers kat situ je ada, pastu mahal so aku tak beli), Home Pro (survey harga oven dengan mixer sebab kat rumah dah rosak huaaa).

Okay itu je...cuma kau jangan berharap sangat pergi Paradigm Mall nih banyak kedai tak bukak lagi, benda paling confirm tak kecewa kau berharap adalah penat, sebab besar sangat. Aku rasa maybe macam Midvalley or Time Square kat KL tuh kot...cuma rasa penat & luas sebab jarak kedai dia dengan kawasan tengah tuh jauh sangat. hahahha.

Untuk maklumat lanju korang boleh tengok website Paradigm Mall & FB Paradigm Mall

Tuesday 5 December 2017

Review Drama Korea: Because This is My First Life



Hi readers, aku tahu mesti ada yang pernah dengar cerita Because This is My First Life nih kan. Aku ringkaskan ye tajuknya menjadi BTIMFL sebab panjang sangat jenuh iols nak type hahahah. Cerita nih agak slow sikit setiap episod tapi berbaloilah tunggu slow tuh. Cerita nih banyak jugak pengajaran dan bukan tipikal korean punya love stories la aku boleh cakap. Selain itu, cerita nih juga sebenarnya macam memaparkan realiti kehidupan jugak. Plus, aku suka watak heroin dia nih sebab muka dia selalu blushing tak tahula sebab blusher ke natural. Aku jugak suka sangat cerita nih sebab ada Kitty si kucing yang comel hehhhehe.

Drama: Because This is My First Life
Link: Viu
Jumlah episod: 16
 Rating aku bagi: 8.7/10

Sinopsis:

Ketiga watak ini (perempuan) iaitu Ji Ho, Ho Rang & Soo Ji adalah rakan karib sejak dari sekolah sehingga masing-masing kerja.  Setiap sorang nih ada impian sendiri, Ji Ho ialah graduate universiti terkemuka korea, dia nak jadi seorang penulis, lebih kepada tulis skrip drama. Ho Rang pula, lepas sekolah dia memang tak sambung belajar. Sejak sekolah dia bercinta dengan Won Seok dan cita-cita dia adalah untuk miliki keluarga bahagia dan jadi seorang isteri. Soo Ji pula, daripada broken family dan dijaga oleh ibunya yang cacat. Dia bercita-cita untuk mempunyai syarikat sendiri dan juga menjadi bos.

Okay untuk elakkan korang keliru, aku bahagi tiga part untuk cerita nih:

Se Hee & Ji Ho

Se Hee kerja di syarikat yang sama dengan Sang Goo iaitu CEO syarikatnya dan juga rakan karibnya sejak di universiti. Se Hee mempunyai sebuah apartmen dan sedang mencari seorang penyewa. Ji Ho pula dalam masa yang sama sedang mencari bilik untuk disewa. Oleh itu, Sang Goo bertanya kepada Won Seok yang merupakan juniornya di universiti. Berlaku salah faham antara Sang Goo dan Won Seok lalu Ji Ho menjadi penyewa di apartmen Se Hee, mereka tidak tahu yang mereka berlainan jantina. Namun begitu, kerana persamaaan mereka dan juga ingin memenuhi kehendak masing-masing mereka pon berkahwin dengan kontrak.  Se Hee nih macam ahti batu dan tiada perasaan langsung sebab dia pernah kene tinggal dengan GF dia dulu.  Se Hee nih cuma pikirkan dua benda je, hutang apartmen dia dan juga kucing kesayangan dia si Kitty comel tuh. Ji Ho berhenti kerja setelah berkahwin, lama-kelamaan mereka jatuh cinta. Tapi lastly dia bercerai...hmm..tapi lepas bercerai mereka memutuskan untuk bercinta dulu.

Won Seok & Ho Rang

Mereka tinggal bersama sejak habis sekolah. Won Seok nih jurutera komputer dan ada syarikat sendiri. Tapi syarikat dia nih macam tak maju. Jadi sebelum kahwin dengan Ho Rang dia nak stabilkan dulu syarikat dia. Tapi Ho Rang sedih sebab dah 7 ke 9 tahun dia tunggu Won Seok. Mereka berdua nih selalu bergaduh sebab perbezaan pendapat dan jugak cara berfikir. Last sekali, Won Seok tutup syarikat dia dan bekerja dengan Sang Goo. Tapi dia minta putus dengan Ho Rang sebab, dia kata dia asyik kene ikut kehendak Ho Rang yang asyik nak ajak dia kahwin je sampai dia tinggalkan syarikat yang dia bina. 


Soo Ji & Sang Goo

Kisah berdua nih agak pelik, Soo Ji nih kerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat. Dia selalu dipersenda pekerja lelaki syarikat dia (mostly pekerja semua lelaki kat tempat kerja dia). Dia pon malu nak bercinta dan beritahu  pasal ibu dia, atau cara hisup dia, sebab dia takut keluarga lelaki tuh nanti tak boleh terima latar belakang dia dan mak dia. Tapi sejak jumpa Sang Goo dia berubah jadi berani bela diri dia pastu berhenti kerja dan buka syraikat sendiri. Tiba-tiba juga dia berani ajak Sang Goo kahwin.

Tamat, nak yang full kene tengok sendiri heheheh. Selamat menonton!!!

P/s: Nanti aku buat review lagi drama korea yang aku tengok ye sebab sekaramg tengah kritikal aku nak siapkan thesis aku. Pray for me. Thank You.

Kat bawah nih macam aku sertakan antara babak dalam drama nih:


Weird couple Soo Ji & Sang Goo

Lovely couple Won Seok & Ho Rang 


Jung Min (Se Hee's ex-girlfriend)

Se Hee (Hero)

Ji Ho (Heroin)

Kity aka Woori (dalam bahasa korea bermaksud kita)



Sunday 3 December 2017

Resepi Jus Pegaga

Entri kali ini aku nak share cara nak buat Jus Pegaga. Ha...mesti ada yang cakap e....mesti pahit dan sebagainya. Jangan risau belum cuba belum tahu. Pegaga nih banyak khasiat tau! Antara khasiatnya boleh lihat di blog ini: Anim Agro Technology


Kiri: Jus Pegaga + Gula  / Kanan: Jus Pegaga + Susu

Air pegaga nih sebenarnya adik aku yang rajin sangat buat. So, sekarang dia tengah cuti dan ada kat rumah, dia la yang buat jus pegaga nih. Jus pegaga nih first time adik aku rasa masa dia ke Vietnam, semasa mengikuti program sukarelawan. Dia kata student Vietnam kat sana yang perkenalkan jus pegaga nih, dan apa-apa aktiviti mesti ada jus pegaga nih. Seolah-olah macam jus pegaga nih seperti jus oren, jus tembikai dan sebagainya. Menurut adik aku,(dia buat sambil bebel-bebel ) boleh minum begitu sahaja, tambah gula atau dengan susu.


Pegaga yang sudah dicuci bersih


Cara-cara:
  1. Blend daun pegaga tadi dan canpur air.
  2. Hidangkan bersama gula atau susu bersama ais.
Menurut aku, personally rasa dia macam rumput tapi ada rasa green tea jugak. Aku prefer letak susu sebab rasa dia ala-ala green tea sebab aku kan peminat green tea hehehheh. Kalau tambah ais lagi fuhh menyegarkan. Okay selamat mencuba ye 😊.


Proses pembuatan Jus Pegaga