Hi, selamat pagi semua harinih aku
nak share dengan korang skincare yang aku guna. Dulu aku guna set Safi & Mary Kay, sekarang aku dah beralih kepada Himalaya secara main dan juga produk
lain. Okay kenapa aku guna campuran produk? Elok ke? Tade sebab pon...cumanya
aku dah ada kesedaran dan juga pengetahuan tentang cara yang betul untuk
menjaga kulit (tak kisah muka atau badan dan tak kira kau perempuan atau
lelaki). Okay nanti ada yang tnya tak guna jaga kulit hati tak jaga....ye
adik-adik dan tuan puan menjaga hati itu sudah semestinya 😉. Okay aku nih bukannya hebat
pon bab-bab jaga muka, yelah bukan flawless pon muka aku nih....tapi yelah
sejak menginjak ke usia dewasa ini (cewah) aku rasa ada pentingnya kita jaga
penampilan diri. Tadela nanti asyik claim diri potato la...cekodok la....Jadila
pancake (eh!). Aku pon sama.
Mesti kalian tanya dari mana aku
dapat info nih....aku bukan dermatologist ye...harap maklum...ini hasil dari
pembacaan di media sosial... Twitter (rt kecantikan), Blog (korang boleh cari
blog Kak Iman Abd Rahim) dan juga Youtube. Selain itu, kau boleh je buat
research sendiri tapi manalah larat....so aku ambil je dari orang yang dah pro
dan dah buat research. Apapon terpulang kepada jenis kulit untuk kesesuaian
produk. Kebanyakan aku tengok method nih digunapakai orang Korea...sebab tuh
kulit dorang cantik dan sihat... plus jaga pemakanan pon penting untuk kulit
sihat. Untuk kesenangan aku akan bagi dua ye:
Part A: Penjagaan Kulit Muka (Basic)
Jenis Kulit: Agak berminyak dan
berjerawat kecil. (kalau pakai tudung boleh cover hahahah)
Siang: (lepas bangun tido...gosok
gigi jangan lupa 😘)
·
Pencuci Muka /Cleanser (Himalaya)- pastu lap
bersih-bersih ye.
· Toner (Aiken) -nak guna
kapas boleh, nak tap-tap je kat muka pon boleh. Aku prefer macam nih sebab
ala-ala artis dalam drama korea selalu buat hahahahha
·
Pelembap/Moisturizer (Himalaya)
·
Sunblock (Mary Kay)- hasil ihsan umi
tersayang hahahah...kalau tak tak mampu aku.
Pakaila apa-apa yang patut....untuk yang bermekap bolehla teruskan. Bagi
yang tak bermekap macam aku, cukuplah sekadar sapu bedak talkum baby (Baby
Powder) atau sekarang aku pakai Maybelline Super BB Cushion haaa kau ini pon
setelah kene paksa dengan mak aku...hehehehe. Nanti aku buat review pasal BB
Cushion nih sebab ada dua jenis...aku pakai yang warna coklat tuh...code Light.
Tujuan dia...untuk tutup cela-cela kat muka dan buat muka jadi
glowing....hahahahahaha (over).
Malam: Double Cleansing
Method
·
Cleansing Oil (Biore)
·
Cleanser (Himalaya)
·
Toner (Aiken)
·
Pelembap (Himalaya)
·
Krim Jerawat (Himalaya)
** Seminggu 2X aku akan pakai Scrub
muka (Himalaya) dan juga Mask (Himalaya).
** Untuk yang pakai semua nih,,,,aku
cadangkan kalau nak ambil wuduk kau cucila muka tuh dulu..atau paling malas kau
beli makeup remover (aku pakai Garnier Micellar Cleansing Water) sebab takut
kulit tak kena air.
Skincare
|
Garnier Micellar Ceansing Water |
Himalaya Face Wash, Scrub, Face Pack, Moisturizer. |
Biore Cleansing Oil |
Maybelline BB Cushion (Code Light) |
Part B: Penjagaan Kulit Badan
Ini paling
senangla....hari-hari sabun je badan macam biasa. Cuma seminggu dua kali tuh
pakaila Skrub badan ( Jenama Watson Almond & Shea Butter) dan juga pakai
exfoliating gloves (sarung tangan untuk berus badan). Ada macam-macam
tools...kau cakap je kat kaunter Watson atau Guardian tuh kalau tak tahu nak
sarung tangan /berus / sponge untuk exfoliate (skrub badan) .
Rambut pulak...kalau aku syampo at
least dua hari sekali.
Okay rasanya itu sahaja...kalau ada
maklumat tambahan korang boleh tambah kat ruangan komen...atau ada yang salah
ke info aku beri...
Skincare
|
Exfoliating Gloves |
Skrub Badan (Ini beli 1 percuma 1) |
No comments:
Post a Comment