Wednesday 1 November 2017

Resepi Kek Pisang Gebu

Assalammualaikum, lama dah tak update blog ni. Maklumlah busy sikit sepanjang Sem 2 nih. Yelah mana tidaknya, 6 subjek juga ambil macam sem lepas tapi workload lagi banyak. Hehehe. Eh terluah perasaan pulak, pasal tuh nanti ulas di entri lain. Sekarang nak cerita pasal baking heeeee. 

Kalau nak tahu baking nih adalah satu daripada hobi aku (selain membaca, melukis, berjalan). Jadi aku nih dah lama cuba resepi kek pisang. Daripada Youtube, daripada Mr. Google tapi tak menjadi. Tak tahu kenapa, mula-mula aku syak jugak yang mungkin aku tak ditakdirkan dengan kek pisang(one of my fav kek). Tapi lately, aku save la satu resepi daripada instagram nih....resepi kek pisang sebab nampak moist dan gebu kek akak nih. Sekali buat, eh memang menjadi....tapi aku tak rasa lagi, sebab tengah puasa kan.... 😅

Okay nih aku bagi gambar kek pisang yang aku buat tuh....



Sebelum



Selepas


Ha...nampak tak? hehehheeh. Menarik kan.....Resepi nih aku ambil daripada Kak @maria_aiman2810 (nama instagram beliau). Terima kasih kak menjadi resepi akak. Ouh ye..banyak resepi korang boleh usha di instagram akak nih. Insya-Allah menjadi. 


Okay nih aku kongsikan resepinya....ada aku ubah suai sikit ye.


Resepi Kek Pisang:

(A) Bahan diputar sampai kembang:
3 biji telur
1 cwn gula
1 cwn minyak (saya myk jagung)
1 sudu kecil ovallet
1 sudu kecil esen vanila (saya tambah)

(B) Bahan diayak bersama:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam (saya tambah)

(C) 1 cawan pisang yang telah dilenyek (Saya guna pisang berangan)

Hiasan: (Optional)
Saya guna: Almond nibs, potongan pisang berangan. 
Cadangan: Hirisan badam, Coklat chip atau apa-apa jenis kekacang.


Cara-cara:
Panaskan oven dahulu sebelum mula menyediakan bahan-bahan ye. Masukkan bahan (B) ke dalam bahan (A) lalu kacau dengan sepatula sehingga sebati. Kemudian masukkan  bahan (C). Apabila semua telah sebati, masukkan ke dalam loyang, susunkan pisang atau kacang. Kemudian bakar  di tingkat tengah pada suhu 130C (oven saya cepat panas, adjust mengikut kesesuaian) selama 45 minit. 

Semoga and berjaya dengan resepi ini. Selamat mencuba nak buat letak dalam cup kecil-kecil pon comel hehehe. 😘




No comments:

Post a Comment