Hai semua, okay selalu aku buat review drama korea kan, kalinih aku nak review korean movie yang sangat best! Tajuk movie nih The Tower, baru je aku tengok dalam Khamis minggu lepas dengan kawan-kawan aku. Dah macam kat cinema aku rasa sebab kitorang tengok guna LCD hahaha. Sound effect pon bagus sebab guna speaker hehehe. Tengok cerita nih memang rasa macam saspen je sepanjang masa hahaha. Paling menarik selain dari kisah pengorbanan adalah teknologi yang dorang gunakan, boleh predict bila masa bangunan tuh akan tumbang, apa yang berlaku dekat bangunan tuh dalam waktu tertentu. Banyak sangat pengajaran yang kita bole ambil dari cerita nih, kitorang ada sesi perkongsian lepas tengok cerita nih. Okay sebelum aku bagi sinopsis, jom kita layan trailer cerita nih dulu.
Movie: The Tower
Link: The Tower 1
Masa: 121 minit
Rating aku bagi: 9/10
Sinopsis:
Lee Dae-Ho kerja sebagai pengurus kat Tower Sky yang ada 120 tingkat dan mewah. Dia nih seorang bapa tunggal dan ada seorang anak perempuan nama Ha-na. Dalam masa yang sama, dia jatuh cinta dengan pengurus restoran, Seo Yoon-hee. Lee Dae-Ho dah janji dengan Ha-na nak bawak dia jalan kat taman tema (amusement park) tapi terpaksa bertugas malam Christmas , jadi Yoon-hee la yang temankan Ha-na malam tuh dalam Sky Tower. Sebelum tuh, water sprinkler dalam Tower Sky tuh ada masalah, jadi Dae-Ho beritahu pemilik bangunan Mr. Do, tapi Mr. Do buat tak kisah je. Masa Christmas Eve, Mr. Do jemput ramai VIP, yang duduk dekat hotel Sky Tower nih join 'White Christmas', nanti ada helikopter yang akan jatuhkan salji buatan dari atas bangunan Sky Tower. Oleh sebab malam tuh angin kuat, jadi Dae-Ho sebagai pengurus beritahu Mr Do, yang salji buatan tuh mungkin agak bahaya. Tapi Mr Do, tak hiraukan, jadi turunlah salji buatan dari helikopter malam tuh. Tiba-tiba, sebab angin kuat, helikopter hilang kawalan dan langgar salah satu bagunan Sky Tower (dia ada 2 bangunan yang dihubungkan dengan jambatan). Masa tuhla bermula kebakaran yang dahsyat. Beribu-ribu orang berebut masuk dalam lif nak selamatkan diri. Dae-Ho pulak nak selamatkan anak dia, dan dalam masa yang sama sebab tanggungjawab dia sebagai pengurus, dia dalam dilema nak selamatkan orang lain atau anak dia sendiri. Pihak bomba pulak terpaksa bahayakan nyawa masing-masing masuk dalam bangunan tuh untuk selamatkan orang awam. Pengorbanan pasukan bomba nih besar dalam cerita nih, sebab dorang boleh je selamatkan diri sendiri dulu, tapi dorang utamakan orang awam. Lepas tuh belum lagi kisah ahli politik yang nak utamakan orang-orang kaya padahal orang awam pon ramai kat situ terperangkap. Secara keseluruhan cerita nih kat part last tuh paling menyayat hati, menangis tengok. Okayla apapon aku tak bolehla spoilkan cerita nih. Korang kene tengok sendiri!
Kat bawah nih aku share sikit antara babak-babak dalam cerita nih:
Selamat menonton, boleh share pengalaman tengok cerita nih kat komen bawah tuh.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete