Salam musim PRU semua! Hahaha berbaur politik ye entri aku kalinih. Korang semua dah beli tiket ke belum nak PRU nih, untuk 9 May minggu depan? Bagi yang dah layak mengundi tuh, kita sama-samlah jalankan tanggungjawab mengundi. Undian tuh biar mengundi yang terbaik ye..untuk masa depan kita semua nanti. Okay done with PRU. AKu nak share pasal Interview MyBrain15 harinih rapi sebelum tuh aku share resepi dulu ye.
Sapa kat sini suka makan lasagna? Aku suka bolehla geng hahaha. Kalau nak makan lasagna nih aku makan yang dekat Pizzahut atau dekat Secret Recipe tuh. Lasagna tuh sebenarnya adalah nama pasta yang guna untuk melapis isi daging tapi aku gantikan dengan roti sebab aku pernah beli lasagna tuh, satu kotak biasa tuh. Buat sekali je pastu membazir yang lebih tuh tak tahu nak buat apa. Lastly membazir macam tuh je dia rosak. Hmm. Okayla jom kita tengok resepi roti lasagna nih sebab senang sangat, pejam mata pon boleh siap ahahaha.
Bahan-bahan |
Lasagna (Gambar Ihsan Google) |
Cross-section Roti Lasagna |
Resepi Roti Lasagna Mudah
Bahan-bahan:
Sos Merah:
2 sudu minyak zaitun
1/2 biji bawang merah besar /holland
1 tin (220g) puri tomato
5 keping daging Burger Ramly
Sos Putih:
2 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih ditimbuk/cincang halus
1 tin Prego Carbonara
Bahan Melapis:
6 keping cheesedale
1 buku Roti Gardenia secukupnya
Cara-cara:
- Cara membuat sos merah: Tumis bawang besar dengan minyak zaitun sehingga layu dan naik bau. Masukkan kepingan daging burger yang telah dipotong kecil. Kemudian apabila daging hampir masak masukkan puri tomato dan tambah setengah cawan air. Masak sehingga agak likat tetapi jangan terlalu pekat.
- Cara membuat sos putih: Tumis bawang putih dengan minyak zaitun hingga naik bau dan tambah setengah cawan air. Tutup api jika sudah agak likat.
- Cara melapis, mulakan dengan roti + sos merah + sos putih +cheese. Ulang sehingga habis sos. Atas sekali makesure roti dan tabur cheese.
- Bakar dalam oven 150C-160C ikut kepanasan oven selama 15-20 minit.
Roti |
Roti+Sos Merah+Sos Putih |
Roti+Sos Merah+Sos Putih |
Lapisan paling atas: Roti+Lebihan Cheese |
Siap bakar! |
Siap senangkan? Kalau dah cuba boleh share ye kat komen bawah nih!
Now nak share sikit pasal interview MyBrain15. Sejak diperkenalkan, inilah kali pertama MyBrain15 buat temuduga sebelum decide nak bagi biasiswa ke tak. Ramai jugaklah yang terkejut termasuk aku. Tapi nak buat macam mana kenala hadapi jugakan. Ada beberapa universiti yang jadi pusat interview untuk MyBrain15, bagi kawasan selatan nih UTM jadi tuan rumah, pelajar dari UTHM dan UTEM akan datang interview di UTM . Kalau central region rasanya UM dan UPM (based on kawan-kawan akulah). Aku share sikit anatara benda yang perlu dibawa/ada semasa menghadiri interview:
- Salinan proposal (bawa 3 salinan sebab panel ada 3, tapi macam kes aku, panel tak minta)
- Sijil-sijil (Kokorikulum/ Volunteer/ Penerbitan) dalam satu folder yang boleh view satu-satu tuh (clear holder)
Slip interview MyBrain15 |
Kalau nak tahu soalan-soalan contoh interview nih boleh request follow Facebook page MyBrain15. Ini aku share antara soalan yang panel-panel tanya. Tapi soalan tuh depends on panel. Oh ye, sebab aku student UTM jadi panel aku dari UTHM dan UTEM. Interview dijalankan secara berkumpulan, satu bilik 4 orang pelajar. Antara soalan dalam interview aku tadi:
- Self introduction
- Research background 1 min (explain briefly)
- Mission & Vision / Tagline KPT
- Global issues-Global Warming
- Current Issues- Tarikh PRU/Pembubaran parlimen
- How to achieve GOT?
- What is the driven for you to pursue PhD?
- Volunteer programs involved.
- Publication.
***Antara tips kalau ditanya pasal global issues yang tidak spesifik korang boleh kait dengan kajian korang in global.
Sesi interview group aku habis dalam 20 min macam tuh, tapi yang group sebelum tuh agak lama jugak. Apepon buat study sikit pasal Education Issues/ Policy under KPT and also global/general/ current issues. Sekian sahaja sharing aku. All the best untuk yang baru nak interview!!! Doakan aku dapat ye! Thank you.