Monday, 29 January 2018
Shopping Lebih Mudah dengan LAZADA!
Hi semua, apa khabar? Kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku shopping kat LAZADA. Mesti korang pernah dengar kan LAZADA nih, macam-macam hado jual kau cakap je daripada barang rumah, bilik, aksesori, kereta, gadget, pakaian termasuklah skincare dan barang-barang dapur. Aku adala beli jugak kat LAZADA nih and aku siap download lagi apps dia. Boleh klik link nih kalau baru nak usha LAZADA: SHOPPING WITH LAZADA . Antara barang yang aku beli barang kat LAZADA adalah casing phone, spice rack with cylindrical jars, dan juga skincare product. Ni antara barang yang aku beli kat LAZADA tuh:
Nih casing yang aku order tuhhh heheheh. |
Casing phone kat LAZADA nih pon ada macam-macam dan cantik-cantik. Harga pun berpatutan puas dengan design dan harga tuh hehehe. Untuk Toner Aiken aku nak share sikit dia sangat best!!!!! So yang lama dah habis aku beli baru, masa tu ada packaging baru cari kat kedai semua tade...dekat LAZADA je ada! Heeee. Sebab apa Toner nih best sebab kalau korang jenis yang kulit sensitif atau ada jerawat kecil-kecil tuh pakai berterusan memang akan hilang dan dia kawal pertumbuhan jerawat baru haaaa gituuuu. Aku beli kat official store dia tau...koramg search je nanti Toner Aiken kat LAZADA tuh.
Toner Aiken yang dah habis (Packaging Lama) |
Toner Aiken baru dari LAZADA!!! Official Store. |
Cream jerawat yang sangat best letak sikit kat tempat jerawat nanti kering. |
Aku perasan mungkin kalau untuk skincare orang tak berani beli melalui LAZADA. Tapi korang silap sebab LAZADA nih ada Official Stores tau untuk produk-produk yang dijual contohnya Jean Perry, Huggies, Philips, Nestle, L'Oreal Paris, NYX, Guardian, Watsons, Himalaya, Unza, Tesco, Unilever, Logitech, Canon, Dutch Lady, Maybelline, Dynamo, Sharp...eh banyaklah kalau aku nak senaraikan semua. Boleh klik link ini SHOPPING WITH LAZADA .
Official Store LAZADA |
Setakat nih aku beli alhamdulillah semua dalam keadaan yang amat berpuas hati, sama seperti yang aku expect dan juga postage tuh tak lama pon...dalam 3-4 hari dah sampai barang tuh. Plus, LAZADA sentiasa update dengan kita melalui email. Okay nih aku nak share sikit tips sikit beli barang di LAZADA atau di online store yang lain.
- Baca review daripada pembeli sebelum ini kalau nak beli bukan dari offical stores, make sure kalau ada complain dari pembeli syarikat tuh beri fast respond. maksudnya bila syarikat tuh beli fast respond dorang ambil berat soal pembeli dan isu penghantaran atau kerosakan akan diatasi segera.
- Beli melalui official stores untuk barang tertentu seperti produk kesihatan, kecantikan dan yang melibatkan kos agak tinggi.
- Pastikan sebaik sahaja membuat bayaran anda dapat email menyatakan pembayaran dibuat dan akan diproses. Kalau contoh dia kata dalam certain date dia akan bagi tracking number tapi anda tak dapat boleh contact atau email.
- Pastikan anda dapat tracking number anda! Itu paling penting ye. Lepas tuh follow up guna tracking number tuh.
- Kalau dah dapat barang masa penghantaran make sure korang check betul-betul tuh barang yang korang nak, takut korang dah sign kat orang delivery tuh tapi sebenarnya barang korang ada yang tak dapat.
Haaa apa tunggu lagi korang pergi bukak kat laptop atau download apps dia sekarang dan beli belah. Sempena Chinese New Year nih ada banyak diskaun & tawaran menarik tau apa tunggu lagi. Klik link nih: SHOPPING WITH LAZADA . Terima kasih sudi baca entri aku kali nih ye.
Thursday, 18 January 2018
Resepi Sup Gear Box Kambing Mudah Guna Periuk Noxxa
Bahan-bahan sup |
Wednesday, 17 January 2018
Resepi Ikan Sambal Mudah
Ikan Sambal Mudah |
Hai semua, harinih aku nak share resepi Ikan Sambal Mudah sesuai untuk yang baru nak belajar memasak dan juga yang nak cepat hehehe. Rasa jangan risau Insya-Allah sedap hahahah. Ikan Sambal nih memang salah satu kegemaran akulah kiranya. Senag cerita semua makanan yang ada sambal aku suka, macam donut sambal ke, nasi lemak ke heheheheh. Haaa kalau nak resepi sambal tumis boleh klik sini Sambal Tumis Tradisional. Balik bukak peti ais nampak ikan kembung ingat nak buat asam pedas pes tomato tade...so inilah kita buat Ikan Sambal je. Okay jom kita tengok bahan-bahan nak masak Ikan Sambal nih:
Resepi Ikan Sambal Mudah:
Bahan-bahan:
5 ekor Ikan Kembung yang digoreng agak rangup
Sebiji bawang putih
Sebiji bawang besar untuk ditumbuk dan sebiji lagi untuk dimayang (bulat-bulat)
1 inci halia dihiris nipis
1 asam keping
4 sudu makan lada boh
1 cawan air
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu makan gula merah/perang
Cara memasak:
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
- Panaskan kuali dengan 3 sudu makan minyak masak kemuadian masukkan sedikit bawang merah yang dimayang bulat tujuan untuk bau harum.
- Apabila naik bau wangi dalam 5-8 saat gitu masukkan bawang putih + bawang merah yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan agak garing dan masukkan halia. (Tujuan masukkan halia sebab ada ikan...jadi nanti kurang bau hanyir)
- Masukkan lada boh dan tumis sehingga naik bau dan minyak keluar. Bila minyak dah keluar boleh masukkan secawan air dan asam keping.
- Bila air dah kurang dan sambal mula memekat boleh masukkan gula, garam. Rasa kalau kurang tambah lagi, tapi bagi aku dah cukup.
- Masukkan baki bawang yang dimayang bulat-bulat tadi...dan masukkan ikan.
- Biarkan ikan sebati dengan sambal dalam 5-7 minit kemudian boleh dihidang. Itu sahaja...mudahkan.
Selamat mencuba ya!
Sambal mula memekat dan menggelegak hehehe. |
Sunday, 14 January 2018
Resepi Butter Chicken Mudah
Salam semua, aku tahu mesti ramai yang gemar sangat makan Butter Chicken kan...samalah kita hehehe. Aku nak share cara buat Butter Chicken yang amat mudah semudah ABC yang aku buat 2 minggu lepas, kalau tak reti masak jangan risau confirm menjadi. Gituuuu. Jadi takpayah buang masa jom aku share dengan korang cara nak masak Butter Chicken.
Resepi Butter Chicken Mudah ABC
Ayam Butter Chicken Mudah ABC |
Bahan-bahan Ayam Goreng Tepung Rangup:
- 6 keping ayam yang dipotong sederhana
- Kunyit dan garam untuk digaulkan bersama ayam sebelum disalut.
- Tepung gandum 6 sudu besar dan tepung beras 3 sudu besar (gaulkan dan letak secubit garam)
- 1 biji telur
Cara-cara memasak Ayam Goreng Tepung Rangup:
- Cuci bersih ayam yang dipotong dan gaulkan bersama kunyit serta sedikit garam.
- Panaskan kuali dan minyak dengan api sederhana.
- Sediakan bekas untuk salut iaitu semangkuk bekas telur dan juga sepinggan campuran tepung.
- Ayam yang sudah diperasakan bersama kunyit dan garam itu, digolekkan ke dalam tepung, kemudian telur, dan tepung semula lalu masukkan ke dalam kuali. Ulang step yang sama untuk potongan ayam lain.
- Pastikan ayam agak kuning keemasan sebelum diangkat dan pastikan ayam masak sepenuhnya. *Cara aku bukak api besar untuk rangup di bahagian luar, kemudian apabila agak kekuningan aku kecilkan api dan tutup dengan penutup untuk bagi isi ayam masak tapi tak kering. Bila tengok tade darah ayam keluar lagi boleh besarkan api ke sederhana sehingga keemasan.
Ayam dicuci bersih |
Campuran tepung beras & tepung gandum |
Telur untuk menyalut. |
Ayam digaul bersama kunyit dan garam |
Ayam sedang digoreng nyummmmm. |
Siap ayam kepci kita #eh. |
Bahan-bahan Kuah Butter:
- 2 sudu makan butter
- 4 biji bawang putih (bukan 4 labu tau nanti payau jadi hahaha)
- 2/3 hiris bawang merah (buat syarat sahaja taknak pon tape)
- 2 biji cili kecil (kalau nak pedas tambah lagi)
- Daun kari
- 1 kotak fresh milk/ full cream milk
- 1 keping cheese
- Garam secukup rasa
- Secubit serbuk kunyit (aku pakai kunyit hidup yang diblender)
Cara-cara masak kuah Butter:
- Panaskan kuali dan cairkan butter.
- Masukkan bawang putih + bawang merah + cili+ sedikit daun kari (baki letak last nanti) ditumis sehingga naik bau.
- Setelah itu, masukkan susu apabila sudah menggelegak kecilkan api lalu masukkan kepingan cheese. Boleh tambah serbuk kunyit sedikit untuk warna (secubit)
- Rasa dahulu, jika kurang masin baru tambahkan garam sebab cheese tuh sendiri dah masin.
- Sudah siap, boleh angkat kuah dan letakkan di atas ayam yang telah digoreng tadi. Siapppppp!
Sekeping cheese, daun kari, bawang putih dan sedikit hirisan bawang merah. |
Susu |
Cili untuk kepedasan. |
Kuah Butter yang sedang menggelegak. |
Saturday, 6 January 2018
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Kering Sendiri Di Rumah!
Selamat petang semua, harinih aku nak share cara paling senang buat ikan masin. Sebenarnya ini hobi baru ayah aku, asyik keje buat ikan masin je lepas balik kerja atau hujung minggu. Okay nih aku share cara paling mudah nak buat semudah ABC tau.
Resepi Ikan Kering Mudah ABC
Bahan-bahan:
- Ikan (aku guna ikan kapak ikut korang nak guna ikan apa yang sesuai)
- Garam kasar
- Itu je? Ye hahaha.
Cara-cara:
- Siang dan cuci ikan bersih-bersih pastu tos air tuh.
- Lumurkan dengan garam kasar.
- Bungkus dengan kertas/surat khabar then ikat dalam plastik.
- Simpan dalam peti sejuk dan biarkan dua hari kemudian cuci garam (tak payah cuci beria, asal garam tuh hilang je okay)
- Jemur Ikan masin tuh sampai kering heheheh.
Selamat mencuba semua !
Proses mengeringkan ikan masin |
Garam kasar |
Proses mengeringkan ikan masin |
Subscribe to:
Posts (Atom)