Wednesday 17 January 2018

Resepi Ikan Sambal Mudah




Ikan Sambal Mudah

Hai semua, harinih aku nak share resepi Ikan Sambal Mudah sesuai untuk yang baru nak belajar memasak dan juga yang nak cepat hehehe. Rasa jangan risau Insya-Allah sedap hahahah. Ikan Sambal nih memang salah satu kegemaran akulah kiranya. Senag cerita semua makanan yang ada sambal aku suka, macam donut sambal ke, nasi lemak ke heheheheh. Haaa kalau nak resepi sambal tumis boleh klik sini  Sambal Tumis Tradisional. Balik  bukak peti ais nampak ikan kembung ingat nak buat asam pedas pes tomato tade...so inilah kita buat Ikan Sambal je. Okay jom kita tengok  bahan-bahan nak masak Ikan Sambal nih:




Resepi Ikan Sambal Mudah:

Bahan-bahan:

5 ekor Ikan Kembung yang digoreng agak rangup
Sebiji bawang putih
Sebiji bawang besar untuk ditumbuk dan sebiji lagi untuk dimayang (bulat-bulat)
1 inci halia dihiris nipis
1 asam keping
4 sudu makan lada boh
1 cawan air
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu makan gula merah/perang

Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. 
  2. Panaskan kuali dengan 3 sudu makan minyak masak kemuadian masukkan sedikit bawang merah  yang dimayang bulat tujuan untuk bau harum. 
  3. Apabila naik bau wangi dalam 5-8 saat gitu masukkan bawang putih + bawang merah yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan agak garing dan masukkan halia. (Tujuan masukkan halia sebab ada ikan...jadi nanti kurang bau hanyir)
  4. Masukkan lada boh dan tumis sehingga naik bau dan minyak keluar. Bila minyak dah keluar boleh masukkan secawan air dan asam keping.
  5. Bila air dah kurang dan sambal mula memekat boleh masukkan gula, garam. Rasa kalau kurang tambah lagi, tapi bagi aku dah cukup.
  6. Masukkan baki bawang yang dimayang bulat-bulat tadi...dan masukkan ikan. 
  7. Biarkan ikan sebati dengan sambal dalam 5-7 minit kemudian boleh dihidang. Itu sahaja...mudahkan.
Selamat mencuba ya!


Sambal mula memekat dan menggelegak hehehe.




No comments:

Post a Comment