Sunday 14 January 2018

Resepi Butter Chicken Mudah


Salam semua, aku tahu mesti ramai yang gemar sangat makan Butter Chicken kan...samalah kita hehehe. Aku nak share cara buat Butter Chicken yang amat mudah semudah ABC yang aku buat 2 minggu lepas, kalau tak reti masak jangan risau confirm menjadi. Gituuuu. Jadi takpayah buang masa jom aku share dengan korang cara nak masak Butter Chicken.


Resepi Butter Chicken Mudah ABC

Ayam Butter Chicken Mudah ABC


Bahan-bahan Ayam Goreng Tepung Rangup:

  • 6 keping ayam yang dipotong sederhana
  • Kunyit dan garam untuk digaulkan bersama ayam sebelum disalut.
  • Tepung gandum 6 sudu besar dan tepung beras 3 sudu besar (gaulkan dan letak secubit garam)
  • 1 biji telur

Cara-cara memasak Ayam Goreng Tepung Rangup:
  1. Cuci bersih ayam yang dipotong dan gaulkan bersama kunyit serta sedikit garam.
  2. Panaskan kuali dan minyak dengan api sederhana.
  3. Sediakan bekas untuk salut iaitu semangkuk bekas telur dan juga sepinggan campuran tepung.
  4. Ayam yang sudah diperasakan bersama kunyit dan garam itu, digolekkan ke dalam tepung, kemudian telur, dan tepung semula lalu masukkan ke dalam kuali. Ulang step yang sama untuk potongan ayam lain.
  5. Pastikan ayam agak kuning keemasan sebelum diangkat dan pastikan ayam masak sepenuhnya. *Cara aku bukak api besar untuk rangup di bahagian luar, kemudian apabila agak kekuningan aku kecilkan api dan tutup dengan penutup untuk bagi isi ayam masak tapi tak kering. Bila tengok tade darah ayam keluar lagi boleh besarkan api ke sederhana sehingga keemasan.




Ayam dicuci bersih

Campuran tepung beras & tepung gandum


Telur untuk menyalut.


Ayam digaul bersama kunyit dan garam


Ayam sedang digoreng nyummmmm.


Siap ayam kepci kita #eh.



Bahan-bahan Kuah Butter:

  • 2 sudu makan butter
  • 4 biji bawang putih (bukan 4 labu tau nanti payau jadi hahaha)
  • 2/3 hiris bawang merah (buat syarat sahaja taknak pon tape)
  • 2 biji cili kecil (kalau nak pedas tambah lagi)
  • Daun kari
  • 1 kotak fresh milk/ full cream milk
  • 1 keping cheese
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk kunyit (aku pakai kunyit hidup yang diblender)
Cara-cara masak kuah Butter:

  1. Panaskan kuali dan cairkan butter. 
  2. Masukkan bawang putih + bawang merah + cili+ sedikit daun kari (baki letak last nanti) ditumis sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan susu apabila sudah menggelegak kecilkan api lalu masukkan kepingan cheese. Boleh tambah serbuk kunyit sedikit untuk warna (secubit)
  4. Rasa dahulu, jika kurang masin baru tambahkan garam sebab cheese tuh sendiri dah masin.
  5. Sudah siap, boleh angkat kuah dan letakkan di atas ayam yang telah digoreng tadi. Siapppppp!




Sekeping cheese, daun kari, bawang putih dan sedikit hirisan bawang merah.

Susu

Cili untuk kepedasan.

Kuah Butter yang sedang menggelegak.
Selamat mencuba tau...nanti sharela feedback korang buat Butter Chicken guna resepi nih!

No comments:

Post a Comment