Sekarang baru kita betul-betul masuk tajuk entri kalinih ye hahaha banyak menyimpang pulak. Korang ingat tak dulu aku pernah share satu resepi brownies yang aku try kan, memang menarik resepi tuh, cuma resepinya dalam gram so perlukan penimbang. Resepi brownies yang aku nak share kalinih dalam gram asalnya, tapi aku dah convert jadi sukatan cawan, lagi senanglahkan untuk korang semua cuba. Sapa yang nak try resepi brownies dulu aku share boleh tengok sini: Resepi Brownies Jenis 1. Resepinya lebih kurang je sebenarnya. Cuma ada penambahan dan pengurangan gituuuu.
Sebelum aku nak share resepi yang aku dah cuba banyak kalinih aku nak tanya, korang tahu ke apa maksud brownies tuh. Aku ada google, rupanya brownies nih adalah sejenis kek yang bantat hahaha. Yelah sebab dia agak fudgy dan tak naik sangat kan. So, kalau korang buat kek coklat tak jadi, cakap jela tuh brownies hihi bergurau je 😆.
Untuk resepi brownies nih, asalnya aku nampak makcik aku post gambar brownies yang kedut cantik yang aku idamkan selama nih. Aku terus mesej makcik aku, tanya gune resepi brownies apa, makcik aku pon share. First time cuba, tak jadi weyh, kedut takde hangus pulak tuh. Aku mengadu kat makcik aku tuh, dia cakap buat sampai jadila kak bila sambil bagi emoticon senyum. Sudah, aku pon mcm okay, aku buat sampai jadi. Alhamdulillah setakat nih dah 4-5 kali buat, menjadi kedutnya cantik, tekstur brownies pon elok je tak kering sangat, tak basah sangat, fundgy gity and chewy. Tak sia-sia aku dengar cakap makcik aku tuh hahaha. Aku ada tips and tricks sikit untuk brownies, nih based on video brownies yang aku tengok dan jugak yang aku belajar dari kegagalan lalu. Cewah. Mareyyyy kita tengok resepi brownies nih hehehe. Masa tulis resepi nih dah terbayang kesedapannya hahaha.
Resepi Brownies Kedut Cantik Jenis 2
Sumber Instagram: @surianti_kitchen
Beliau juga ada Blog serta Youtube Channel, korang boleh type je nama beliau.
Bahan A (Cairkan menggunakan kaedah double boiler)
1 cawan coklat Beryls compound
50g butter jenama SCS
3.5 sudu besar minyak masak
Bahan B (Gaul sekadar sebati menggunakan whisk/spatula)
3/4 cawan gula perang
2 biji telur Gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
Bahan C (Ayak)
2/3 cawan tepung gandum
1/4 serbuk koko Van Hauten
Cara-cara:
- Panaskan oven dengan suhu 160 C dan sediakan loyang bersaiz 7x7 atau 8x8 digriskan dengan marjerin dan baking paper.
- Cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler (didihkan air dalam sebuah periuk kemudian letak periuk yang bersaiz lebih besar di atasnya yang ada bahan A) atau boleh masukkan microwave selama 5 saat atau sehingga cair. Tekstur campuran bahan A nih memang sedikit likat ye.
- Kemudian, gaul bahan B sekadar sebati dan masukkan bahan A dan gaul menggunakan spatula saja sekadar sebati juga.
- Masukkan bahan C ke dalam campuran bahan A dan B tadi dan gaul secara kaup balik sahaja. Hanya sekadar sebati, sebarang ketulan atau gumpalan biarkan sahaja.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan di alas tadi. Boleh hias dengan badam, walnut atau coklat terpulang kepada kreativiti. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit. Dah masak, bukak sedikit penutup oven dan biarkan brownies sehingga sejuk.
Loyang yang telah digris dan dilapik baking paper |
Bahan A |
Bahan B |