Hai,
tengah terpikir menu sarapan pagi ke? Especially kalau yang kerja pagi-pagi
buta pukul 8 dah masuk kerja atau untuk bekal encik suami. Fuh jenuh kan, kelam
kabut pastu nak masak-masak. Kalau yang ada kerja taknaklah baju kotor. Kalau
yang tak kerja pon busy jugak kan pepagi tuh nak hantar anak sekolah 🫣.
Okay Tia paham. So harinih Tia nak share cara paling simple korang nak buat
sarapan pagi. Korang buat je sandwich, pastu boleh pelbagaikan intinya. Macam
Tia, feveret Sandwich Sardin dengan Sandwich Telur. Memang senang sangatlah
orang kata pejam mata pon boleh buat 😌. Tapi harinih Tia nak
share Resepi Sandwich Sardin jekla dulu 🤭, yang telur tuh boleh
simpan untuk content baru hehehe.
Bestnya
kalau buat sandwich nih, malamnya korang boleh siapkan inti, nanti esok tinggal
sapu atau spread pada roti jek. Senang dan cepat je. Okay meh Tia share resepi
tuh:
Resepi
Sandwich Sardin Simple
1
tin sardin (aku guna cap ayam brand mantopp)
1
bawang merah dicincang dadu
5
biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
Butter
atau marjerin secukupnya
Roti
gardenia (ini pon jenama feveret)
Cara:
Masak
sardin atas kuali tanpa minyak, letak garam sikit dan perasa adjust ikut
selera. Kalau aku, masukkan kuah sekali, tapi masak lama sikit bagi kuah pekat.
Pastu masukkan bawang merah dan cili padi gaul sekejap atas api. Kalau dah
panas, matikan api. Sapukan marjerin atau butter pada roti dan sapukan inti
sardin tuh secukupnya. Siapppp.
Bahan
tambahan optional:
✅
Boleh letak sayur kalau nak macam salad, tomato atau timun.
✅
Inti sardin tadi boleh perahkan sikit limau nipis biar balance rasa ikan dan
bawang tuh, so masam sikit
✅
Kalau takde limau, boleh ganti dengan yogurt (kalau diet) atau mayonis.
Lemak-lemak masam gituuu.
Selamat
mencuba ye, terima kasih kerana sudi baca blog aku. Korang jangan lupa tau
share sekali macam mana style sandwich sardin korang buat ☺️.
Hai
semua, apa khabar ye? Tia harap korang semua sihat walafiat ye. Harinih aku nak
share tentang cara buat duit guna phone aka telefon bimbit. Haaa kalau nak tahu
arituh aku ada share jugak tips buat duit dengan phone tapi dengan cara
affiliate marketing. So sekarang buat duit dengan survey? Percaya ke tak? 😌.
Percaya okay, sebab aku sendiri pon dah terjebak. Ada 4 apps aku download untuk
jawab survey nih tau. Cuma cara korang nak redeem points or rewards tuh berbeza
beza, ada yang perlu redeem atau tebus melalui e-wallet macam touch and go, ada
yang guna voucher macam KFC, Grab ada jugak yang akan transfer melalui account
bank macam Paypal. Jadi, korang kene explore ye. Kalau ada tak paham boleh drop
komen jugak.
Korang
boleh tengok dan cuba okay kat bawah nih, mana tahu boleh buat side income 😁.
Okay
itu saja sharing aku kalinih pendek dan ringkas 😄. Harap membantu akak or
adik- adik yang nak cari duit poket tepi masa belajar atau sedang tunggu kerja.
Aku doakan yang tengah belajar dapat result cemerlang dan yang tengah struggle
nak cari kerja or intern tuh dimurahkan rezeki dan urusan dapat kerja. Jangan
lupa share kat komen kalau korang rasa ada tambahan survey lain yang berbaloi
join atau pengalaman korang jawab survey online 😉. Sharing is caring kata
orang kan 😘.
Hai ape khabar semua, berjumpa lagi kita, aku nak share kat korang sume tau, aku dah ada Youtube Channel namanya Dapur Kelabu hahaha, Jangan lupa subscribe okay sebab aku punya youtube channel tak boleh monetize lagi, tak cukup subscriber dan watch hours katanya. So please share video kat channel aku tuh and recommend kat kawan-kawan korang. Monetiza tuh, dengan kata lain, takde iklan lagi kat youtube aku tuh 😌.
Okay sebab aku dah bukak cerita pasal Youtube nih, aku sharela kat korang kalau korang nak dapat duit macam youtuber-youtuber tuh bukan senang tau. Sebab requirement tinggi jugak. antaranya korang kene ada at least 1,000 subscriber dan watch hours video korang mesti 4,000. So sekarang yang aku perasan kat Youtube ada features baru iaitu shorts untuk youtube, dia ala-ala story or tiktok sebab video pendek. So bagi korang yang nak lakukan youtube channel, boleh try buat video pendek tapi menarik kat shorts tuh. Dari situlah orang akan tertarik tengok channel korang hehehe.
Cakap pasal requirement monetize youtube tuh, nampak macam mustahil kan, tapi takde yang mustahil sebab dulu masa aku buat blog nih pon, aku tak sangka boleh capai minimum requirement untuk masuk adsense. Sebab rasa macam blog dah tak relevan (ada orang cakap macam tuh kat aku) dan rasa blog aku takde apa yang menarik pon orang nak tengok hahaha. Sekarang korang tengok blog aku, penuh iklan adsense kan. Jadi aku percaya tak mustahil untuk aku capai pulak bagi youtube channel aku. Cewah. Papepon terima kasihla pada korang yang jadi viewer setia blog aku nih, pastu belum lagi yang email or contact lepas baca entri fofular aku, pasal halatuju belajar tuh. Minta maaf sapa yang aku tak terbalas tuh ye.
Jadi sebagai penghargaan kat korang, aku rasuah dengan resepi No Bake Blueberry Cheesecake nihla ye, supaya subcribe channel aku, siap pakej video lagi tau. even amatur pon. Kuang 3X. Plus, terima kasih jugak sebab still ada dengan aku, even content suam-suam kuku, pastu macam chispmore kadang ada, kadang hilang hehhe. Selamat mencuba.
Video Resepi No Bake Blueberry Cheesecake
Youtube: Dapo Kelabu
No Bake Blueberry Cheesecake
Cheesecake Blueberry Tanpa Oven/ Bakar
Bahan Blueberry Jem
200 gram blueberries
50 gram gula halus
2 sudu besar jus lemon
Bahan Base
300 gram Biskut Marie/Grahaam/Digestive
100 gram butter/margerin
1 sudu besar gula halus
Bahan Cheesecake
500 gram cream cheese
140 gram gula halus
200 gram whipping cream
2 sudu besar yogurt asli
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gelatin + 40 ml air
panas
1. 1. Masak
blueberries Bersama gula dan jus lemon sehingga agak likat. Gunakan api kecil.
Setelah siap, sejukkan dalam suhu bilik dan boleh simpan dalam chiller atau
peti ais bahagian bawah.
2. 2. Kisar
halus biskut marie dan campurkan butter yang telah dicairkan. Kemudian tambah
gula. Kacau sebati. Jika sudah sebati, boleh letak ke dalam acuan spring form pan (kalau tak tahu korang google jek, mesti keluar gambar). Pastikan betul-betul mampat ye supaya tak hancur nanti lapisan
base cheesecake nih. Dah siap boleh simpan dalam chiller at least 30 min.
3. 3. Untuk
cheesecake, mula-mula putar creamcheese sehingga licin kemudian tambahkan
satu-satu gula, yogurt, jus lemon. Setelah itu, masukkan whipping cream yang
telah diputar sehingga kental (dah diputar panggil whipped cream hahah). Lepas
tuh, boleh masukkan gelatin yang dah laarut dengaan air panas tadi. Make sure
gelatin tuh tidak berketul ye dan masih boleh dikacau guna sudu, bukan keras
okay.
4. 4. Dah
bahagian cheesecake tuh, tuangla adunan tuh dalam springform pan yang dah ada
base biskut tadi. Korang ratakan caantik-cantik bagi smooth pastu masuk dalam
peti air bahagian bawah atau chiller. At least kene tunggu 6 jam dan korang
rasa dulu bahagian atas dah keras atau set ke belum, jangan tak menyabar pulak
ahahha.
5. 5. Lepas
cheesecake set, boleh korang guna tuala basah untuk lap keliling springpan form
tuh, tujuan dia, biar senang nak tanggalkan gegelung springform tuh haaa gitu.
Dah settle part yg thrill tuh bolehla tuang jem blueberry yang korang buat
awal-awal tuh kat atas cheesecake. Ikut sukala korang nak deko macam mana
hehehe. Dah siap apa lagi, nikmatila keenakan dai timur tengah….eh hahaha.
Keenakan cheesecake kahkah. Selamat mencuba.
Potongan Cheesecake dengan blueberry meleleh. Makan sejuk-sejuk sedap nih
Cantik jek kan dia set. Dulu first time buat tak keras okay. Tak tahu mana silap hahah
Hai, apa khabar semua 😁. Rasa berhabuk ya blog sistur nih. Lama menyepi sejak
kawen. Maklumlah busy uruskan rumahtangga, jadi domestic engineer ahaks 🤣. Tiber laki bini jadi engineer.
So sempena nak minta maaf
lama menyepi harinih meh aku share resepi special. Kalau nak tahu resepi yang
bakal aku share nih memang feveret cik somi senang citer. Somi dengan ayahku
dedua minat. Dulu asal weekend mak aku mesti aku akan buat kari kepala ikan,
sebab ayah aku request. Aku pulak asyik kompelin jek. Haaa amek kau dapat somi
pon suka jugak 😂.
Resepi kari yang aku nak
share nih memang style yang family aku buatlah. Cume rempah-rempah tuh aku
tambah sendiri sebab aku tengok kat video-video masak kari nampak macam menarik
bila ditambah itu ini 🤭. Haa okay jom kita terjah
resepi kat bawah nih. Ada link video sekali tau. Haaa kau tengok comeback
strongerr gituuu pakej upgrade ada channel video masak. Haaa engkorang jangan
lupa SUBSCIBE & LIKE ye semua video aku, nak dapat google adsense macam
blog jugak 🥰. Terima kasih.
Selamat mencuba ya. Boleh
share jugak kat komen video or post nih camne cara korang buat kari
hehehhe.
Video Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak
Youtube: Dapo Kelabu
Resepi Kari Kepala
Ikan Jenahak
- 1 kepala ikan
jenahak saiz besar
- 1 biji bawang
merah besar dihiris - 4 ulas bawang putih dihiris - 1 inchi halia dihiris - 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga
cengkih) - 1 cubit rempah tumis (pelaga, halba, lada putih,
jintan putih, ketumbar) - 3 sudu serbuk kari - 1/4 cawan santan pekat - 1 tangkai daun kari - 5 batang bendi
Panaskan 1/2 cawan
minyak masak, masukkan bahan yang dihiris, 3 sekawan dan rempah tumisan. Tumis
sehingga naik bau kemudian masukkan daun kari. Letak serbuk kari dan tambahkan
air secukupnya. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan asam jawa/keping.
Apabila mendidih masukkan kepala ikan jenahak. Tutup sehingga masak. Setelah
ikan masak, masukkan santan dan gaul sebati. Terakhir, masukkan bendi dan rebus
sehingga empuk. Siap untuk dihidang.