Salam Ramadhan semua, untuk entri kali ini aku nak share resepi udang goreng tepung yang sangat rangup! Kulit dia boleh makan terus sebab memang rangup tak rasa pon kau makan kulit hehehe. Ceritanya macam nih, sempena dengan cuti Hari Wesak, umi ayah aku cuti. Jadi pagi-pagi tuh kami pon ke pasar basah Rengit untuk beli stok lauk. Sebab ada nenek aku, umi tunggu dalam kereta, jadi ayah ajak aku pilih lauk. Mula-mula aku nak ketam, pastu kat pasar tuh macam mahal sikit, jadi aku mintak udang hehehe, ayah beli kepala ikan jenahak dengan mayong (umi ayah memang suka makan kepala ikan). Sebenarnya aku janji nak masak udang butter tapi tak jadi sebab tetiba taman aku tade air hahaha (ceh apa kaitan?) pastu butter tade pulak. Lagipun dah masak nasi ayam madu, so goreng jela udang tuh. Okay sebelum aku share resepi tuh, aku nak bagi tips sikit untuk buat salutan tepung rangup:
- Minyak betul-betul panas menggunakan api sederhana besar.
- Campuran tepung beras dan tepung gandum (1:4) atau
- Campuran tepung jagung dan tepung gandum (1:4) atau
- Tepung goreng Bestari (Spicy)
- Salutkan dengan telur terlebih dahulu.
Ha...untuk dapatkan salitan tepung yang rangup kau kene follow tips-tips kat atas tuh ye! Jom kita tengok resepi Udang Goreng Tepunng yang paling mudah aku guna tepung Bestari saje, tak payah tambah apa-apa pon! Oh ye, udang nih korang boleh gantikan dengan sotong, ketam, ayam dan apa-apa salutan goreng tepung kecuali pisang, cempedak semua tuh. Tepung jenama Bestari nih ada banyak kegunaan lain-lain jenis, tapi yang aku biasa guna yang kat gambar bawah nih.
Resepi Udang Goreng Tepung Yang Rangup
Bahan-bahan:
500g udang saiz sederhana yang disiang tanpa dibuang kulit
1 biji telur
1 cawan tepung Bestari
Cara-cara:
1. Panaskan minyak sampai separuh kuali dengan api sederhana.
2. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama udang.
3. Sediakan satu pinggan tepung Bestari untuk salutan.
4. Setelah pastikan minyak betul-betul panas, salutkan udang+ telur tadi bersama tepung kemudian masukkan ke dalam kuali.
5. Masak udang hanya sehingga kuning keemasan kerana apabila terlalu lama digoreng kulit udang akan melekat dengan isi udang. Angkat dan toskan sedia dihidang.
Mudahkan resepi yang aku share nih! hehehe korang boleh cuba tau, hasilnya mesti tak mengecewakan. Selamat mencuba yaaa.