Tuesday, 29 May 2018

Resepi & Tips Udang Goreng Tepung Yang Sangat Rangup

Salam Ramadhan semua, untuk entri kali ini aku nak share resepi udang goreng tepung yang sangat rangup! Kulit dia boleh makan terus sebab memang rangup tak rasa pon kau makan kulit hehehe. Ceritanya macam nih, sempena dengan cuti Hari Wesak, umi ayah aku cuti. Jadi pagi-pagi tuh kami pon ke pasar basah Rengit untuk beli stok lauk. Sebab ada nenek aku, umi tunggu dalam kereta, jadi ayah ajak aku pilih lauk. Mula-mula aku nak ketam, pastu kat pasar tuh macam mahal sikit, jadi aku mintak udang hehehe, ayah beli kepala ikan jenahak dengan mayong (umi ayah memang suka makan kepala ikan). Sebenarnya aku janji nak masak udang butter tapi tak jadi sebab tetiba taman aku tade air hahaha (ceh apa kaitan?) pastu butter tade pulak. Lagipun dah masak nasi ayam madu, so goreng jela udang tuh. Okay sebelum aku share resepi tuh, aku nak bagi tips sikit untuk buat salutan tepung rangup:

  1. Minyak betul-betul panas menggunakan api sederhana besar.
  2. Campuran tepung beras dan tepung gandum (1:4) atau
  3. Campuran tepung jagung dan tepung gandum (1:4) atau
  4. Tepung goreng Bestari (Spicy)
  5. Salutkan dengan telur terlebih dahulu.

Ha...untuk dapatkan salitan tepung yang rangup kau kene follow tips-tips kat atas tuh ye! Jom kita tengok resepi Udang Goreng Tepunng yang paling mudah aku guna tepung Bestari saje, tak payah tambah apa-apa pon! Oh ye, udang nih korang boleh gantikan dengan sotong, ketam, ayam dan apa-apa salutan goreng tepung kecuali pisang, cempedak semua tuh. Tepung jenama Bestari nih ada banyak kegunaan lain-lain jenis, tapi yang aku biasa guna yang kat gambar bawah nih.

Tepung Goreng Tepung Rangup

Campuran Tepung Bestari (Gambar Ihsan Google)

Resepi Udang Goreng Tepung Yang Rangup


Bahan-bahan:

500g udang saiz sederhana yang disiang tanpa dibuang kulit
1 biji telur
1 cawan tepung Bestari

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sampai separuh kuali dengan api sederhana.
2. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama udang.
3. Sediakan satu pinggan tepung Bestari untuk salutan.
4. Setelah pastikan minyak betul-betul panas, salutkan udang+ telur tadi bersama tepung kemudian masukkan ke dalam kuali.
5. Masak udang hanya sehingga kuning keemasan kerana apabila terlalu lama digoreng kulit udang akan melekat dengan isi udang. Angkat dan toskan sedia dihidang. 

Mudahkan resepi yang aku share nih! hehehe korang boleh cuba tau, hasilnya mesti tak mengecewakan. Selamat mencuba yaaa. 

Thursday, 24 May 2018

Resepi Karipap Sardin Mudah



Salam Ramadhan semua, sedar tak sedar dah 8 hari kita berpuasa Alhamdulillah. Bulan puasa nih, aku duduk rumah, hehehe jadi sempatlah nak update blog. Kalau duduk hostel bukan tak sempat nak update, tapi macam tade bahan aku nak update. Okay macam mana pengalaman berpuasa tahun nih? Sama tak dengan tahun sebelum nih? Buka puasa harini, family aku makan nasi beriani kambing. Biasa aku prefer ayam dari kambing tapi sebab harinih special sikit so aku makanlah kambing hehehe. Kalinih aku nak share resepi karipap sardin dengan korang semua, favourite aku tau! Selalu kalau beli kat kedai, kalau kat tempat akulah, biasa karipap sardin nih yang bulat tuh. Tapi harinih aku nak buat karipap bentuk biasa je, bukan yang bulat, sebab pakai pencetak heee. Kalau beli karipap sardin dekat bazar kadang-kadang ada yang bawang banyak sangat melebihi sardin dan ada juga yang campur kentang. Tapi resepi aku nih tade kentang, bawang pon secukupnya dan of course sardin lebih! Selain karipap sardin, kalau homemade karipap aku suka juga karipap inti telur. Korang pulak suka karipap apa? Boleh share ye kat ruangan komen tuh! Jom kita tengok resepi karipap yang senang nih, memang sesuai especially untuk beginner,bahan pon mudah!







Resepi Karipap Sardin Mudah
(25 biji)


Bahan-bahan:

Bahan A:
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum

Bahan B:
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
2 batang cili (ikut citarasa)
Secubit garam (ikut citarasa)
1 tin (230g) sardin (aku guna jenama Ayam Brand)



Cara-cara:

1. Panaskan minyak, sementara itu, campurkan garam dengan tepung gandum. Apabila minyak panas masukkan ke dalam tepung dan gaul diikuti dengan air. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Simpan ke dalam peti ais selama 30 minit. (Supaya senang dicanai)

2. Panaskan minyak dan tumis bawang serta cili. Bila sudah naik bau dan agak garing masukkan pula sardin, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga agak kering jika masukkan kuah sardin dari dalam tin. (Kalau berkuah nanti takut doh jadi lembik). Biarkan inti sejuk sebelum digunakan.

3. Keluarkan doh dari peti ais dan canai serta bentukkan mengikut saiz pencetak karipap. (Make sure lebihkan ye dari pencetak tuh...takut nanti tak cukup sifat karipap tuh hahaha). Masukkan inti dalam ruang pencetak tuh, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat, ingat nanti kulit karipap akan kembang sikit semasa goreng. Make sure sapukan dengan tepung tempat letak doh karipap yang telah dicetak tadi. Oh ye, jangan tebal sangat jangan nipis sangat ye...canai doh tuh!

4. Goreng dengan minyak yang panas serta sehingga kuning keemasan.

Okay sekian ssje resepi ketuk-ketuk ramadhan kalinih hehehe. Selamat mencuba ye!

Inti sardin




Inti letak 1/4 dari bulatan nih



Wednesday, 23 May 2018

Resepi Susu Kurma Mudah

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog! Alhamdulillah berjumpa lagi kita Ramadhan kalinih kan. Sempena bulan puasa nih, aku nak share dengan korang resepi susu kurma yang mudah dan sedap. Bahan pon cuma 3 je, senang tak? Boleh minum bukan setakat masa buka je...masa sahur pon boleh. Sebab bila kau minum satu cawan rasa kenyang tau, jadi sesiapa yang taknak makan berat masa sahur tu bolehla cuba susu kurma. Kat kedai ada je jual, yang aku pernah beli jenama Farm Fresh, memang sedap. Sebelum nih aku tak pernah try susu kurma nih sebab aku rasa macam pelik, sekali dah cuba wahhhh sedap rupanya. Okay tanpa berlengah jom kita tengok resepi susu kurma mudah nih.




Susu Kurma


Susu Kurma



Resepi Susu Kurma

Bahan-Bahan:

11 biji kurma (dibuang biji)
1 cawan ais / air
1/2 kotak besar susu rendah lemak (Dutch Lady/HL/Goodday)

Option:
1/4 cawan Kismis 
1 sudu serbuk koko
1/4 cawan badam



Susu

Kurma

Ais


Cara-cara:

Masukkan semua bahan-bahan pilihan anda kemudian blend/ kisar menggunakan blender dalam 1-2 minit atau sehingga sebati semua. Kemudian tapis menggunakan penapis. Tapi aku tak tapis...heheheh baru asli sikit. Minum semasa sejuk.

Okay sekian saja resepi menu Ramadhan untuk kalinih, nanti kalau ada resepi best aku share ok! Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Friday, 4 May 2018

Movie Review: The Tower (Korean/2012)



Hai semua, okay selalu aku buat review drama korea kan, kalinih aku nak review korean movie yang sangat best! Tajuk movie nih The Tower, baru je aku tengok dalam Khamis minggu lepas dengan kawan-kawan aku. Dah macam kat cinema aku rasa sebab kitorang tengok guna LCD hahaha. Sound effect pon bagus sebab guna  speaker hehehe. Tengok cerita nih memang rasa macam saspen je sepanjang masa hahaha. Paling menarik selain dari kisah pengorbanan adalah teknologi yang dorang gunakan, boleh predict bila masa bangunan tuh akan tumbang, apa yang berlaku dekat bangunan tuh dalam waktu tertentu. Banyak sangat pengajaran yang kita bole ambil dari cerita nih, kitorang ada sesi perkongsian lepas tengok cerita nih. Okay sebelum aku bagi sinopsis, jom kita layan trailer cerita nih dulu. 








Movie: The Tower
Link: The Tower 1 
Masa: 121 minit
Rating aku bagi: 9/10

Sinopsis:


Lee Dae-Ho kerja sebagai pengurus  kat Tower Sky yang ada 120 tingkat dan mewah. Dia nih seorang bapa tunggal dan ada seorang anak perempuan nama Ha-na. Dalam masa yang sama, dia jatuh cinta dengan pengurus restoran, Seo Yoon-hee. Lee Dae-Ho dah janji dengan Ha-na nak bawak dia jalan kat taman tema (amusement park) tapi terpaksa bertugas malam Christmas , jadi Yoon-hee la yang temankan Ha-na  malam tuh dalam Sky Tower. Sebelum tuh, water sprinkler dalam Tower Sky tuh ada masalah, jadi Dae-Ho beritahu pemilik bangunan Mr. Do, tapi Mr. Do buat tak kisah je. Masa Christmas Eve, Mr. Do jemput ramai VIP, yang duduk dekat hotel Sky Tower nih join 'White Christmas', nanti ada helikopter yang akan jatuhkan salji buatan dari atas bangunan Sky Tower. Oleh sebab malam tuh angin kuat, jadi Dae-Ho sebagai pengurus beritahu Mr Do, yang salji buatan tuh mungkin agak bahaya. Tapi Mr Do, tak hiraukan, jadi turunlah salji buatan dari helikopter malam tuh. Tiba-tiba, sebab angin kuat, helikopter hilang kawalan dan langgar salah satu bagunan Sky Tower (dia ada 2 bangunan yang dihubungkan dengan jambatan). Masa tuhla bermula kebakaran yang dahsyat. Beribu-ribu orang berebut masuk dalam lif nak selamatkan diri. Dae-Ho pulak nak selamatkan anak dia, dan dalam masa yang sama sebab tanggungjawab dia sebagai pengurus, dia dalam dilema nak selamatkan orang lain atau anak dia sendiri. Pihak bomba pulak terpaksa bahayakan nyawa masing-masing masuk dalam bangunan tuh untuk selamatkan orang awam. Pengorbanan pasukan bomba nih besar dalam cerita nih, sebab dorang boleh je selamatkan diri sendiri dulu, tapi dorang utamakan orang awam. Lepas tuh belum lagi kisah ahli politik yang nak  utamakan orang-orang kaya padahal orang awam pon ramai kat situ terperangkap. Secara keseluruhan cerita nih kat part last tuh paling menyayat hati, menangis tengok. Okayla apapon aku tak bolehla spoilkan cerita nih. Korang kene tengok sendiri!


Kat bawah nih aku share sikit antara babak-babak dalam cerita nih:











Selamat menonton, boleh share pengalaman tengok cerita nih kat komen bawah tuh. 

Wednesday, 18 April 2018

Resepi Roti Lasagna Mudah + Interview MyBrain15

Salam musim PRU semua! Hahaha berbaur politik ye entri aku kalinih. Korang semua dah beli tiket ke belum nak PRU nih, untuk 9 May minggu depan? Bagi yang dah layak mengundi tuh, kita sama-samlah jalankan tanggungjawab mengundi. Undian tuh biar mengundi yang terbaik ye..untuk masa depan kita semua nanti. Okay done with PRU. AKu nak share pasal Interview MyBrain15 harinih rapi sebelum tuh aku share resepi dulu ye. 

Sapa kat sini suka makan lasagna? Aku suka bolehla geng hahaha. Kalau nak makan lasagna nih aku makan yang dekat Pizzahut atau dekat Secret Recipe tuh. Lasagna tuh sebenarnya adalah nama pasta yang guna untuk melapis isi daging tapi aku gantikan dengan roti sebab aku pernah beli lasagna tuh, satu kotak biasa tuh. Buat sekali je pastu membazir yang lebih tuh tak tahu nak buat apa. Lastly membazir macam tuh je dia rosak. Hmm. Okayla jom kita tengok resepi roti lasagna nih sebab senang sangat, pejam mata pon boleh siap ahahaha.



Bahan-bahan

Lasagna (Gambar Ihsan Google)

Cross-section Roti Lasagna


Resepi Roti Lasagna Mudah

Bahan-bahan:

Sos Merah:

2 sudu minyak zaitun
1/2 biji bawang merah besar /holland
1 tin (220g) puri tomato
5 keping daging Burger Ramly


Sos Putih:

2 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih ditimbuk/cincang halus
1 tin Prego Carbonara

Bahan Melapis: 

6 keping cheesedale
1 buku Roti Gardenia secukupnya

Cara-cara:

  1. Cara membuat sos merah: Tumis bawang besar dengan minyak zaitun sehingga layu dan naik bau. Masukkan kepingan daging burger yang telah dipotong kecil. Kemudian apabila daging hampir masak masukkan puri tomato dan tambah setengah cawan air. Masak sehingga agak likat tetapi jangan terlalu pekat.
  2. Cara membuat sos putih: Tumis bawang putih dengan minyak zaitun hingga naik bau dan tambah setengah cawan air. Tutup api jika sudah agak likat.
  3. Cara melapis, mulakan dengan roti + sos merah + sos putih +cheese. Ulang sehingga habis sos. Atas sekali makesure roti dan tabur cheese. 
  4. Bakar dalam oven 150C-160C ikut kepanasan oven selama 15-20 minit.

Roti


Roti+Sos Merah+Sos Putih


Roti+Sos Merah+Sos Putih


Lapisan paling atas: Roti+Lebihan Cheese


Siap bakar!

Siap senangkan? Kalau dah cuba boleh share ye kat komen bawah nih!

Now nak share sikit pasal interview MyBrain15. Sejak diperkenalkan, inilah kali pertama MyBrain15 buat temuduga sebelum decide nak bagi biasiswa ke tak. Ramai jugaklah yang terkejut termasuk aku. Tapi nak buat macam mana kenala hadapi jugakan. Ada beberapa universiti yang jadi pusat interview untuk MyBrain15, bagi kawasan selatan nih UTM jadi tuan rumah, pelajar dari UTHM dan UTEM akan datang interview di UTM . Kalau central region rasanya UM dan UPM (based on kawan-kawan akulah). Aku share sikit anatara benda yang perlu dibawa/ada semasa menghadiri interview:


  1. Salinan proposal (bawa 3 salinan sebab panel ada 3, tapi macam kes aku, panel tak minta)
  2. Sijil-sijil (Kokorikulum/ Volunteer/ Penerbitan) dalam satu folder yang boleh view satu-satu tuh (clear holder)

Slip interview  MyBrain15


Kalau nak tahu soalan-soalan contoh interview nih boleh request follow Facebook page MyBrain15. Ini aku share antara soalan yang panel-panel tanya. Tapi soalan tuh depends on panel. Oh ye, sebab aku student UTM jadi panel aku dari UTHM dan UTEM. Interview dijalankan secara berkumpulan, satu bilik 4 orang pelajar. Antara soalan dalam interview aku tadi:

  1. Self introduction
  2. Research background 1 min (explain briefly)
  3. Mission & Vision / Tagline KPT
  4. Global issues-Global Warming
  5. Current Issues- Tarikh PRU/Pembubaran parlimen
  6. How to achieve GOT?
  7. What is the driven for you to pursue PhD?
  8. Volunteer programs involved.
  9. Publication. 
***Antara tips kalau ditanya pasal global issues yang tidak spesifik korang boleh kait dengan kajian korang in global. 

Sesi interview group aku habis dalam 20 min macam tuh, tapi yang group sebelum tuh agak lama jugak. Apepon buat study sikit pasal Education Issues/ Policy under KPT and also global/general/ current issues. Sekian sahaja sharing aku. All the best untuk yang baru nak interview!!! Doakan aku dapat ye! Thank you.

Monday, 2 April 2018

Resepi Donut Mudah dan Gebu



Hai semua, okay harituh aku dah share Resepi Cinnamon Rolls kan korang dah try ke belum? Kalau belum try belum tahula apa istimewanya cinnamon tuh heheheh. Jadi harinih aku nak share pulak resepi donut senang sangat, sebab korang kene campurkan je semua bahan tuh dalam satu mangkuk besar, kira omputeh kata one bowl recipe la haaa gituu. Donut nih masa penyediaan dia pon tak lama, dalam sejam je korang dapat nikmati kelembutan donut nih dengan air teh o panas hehehe. Minum petang-petang atau sarapan pagi memang syok. Kalau yang ibu atau wanita bekerjaya (cewahh) bolehla buat donut nih weekend pastu goreng kilas bagi kembang pastu masuk dalam freezer jadikan donut frozen hehehe. Bestkan! Aku taknak bebel panjang-panjang sebab entri harituh dah intro banyak sangat hahaha. Jom kita tengok resepi Donut Mudah dan Gebu nih.










Resepi Donut Mudah dan Gebu
***Diolah dari blog Resepi Bonda

Bahan-Bahan:

Bahan A (Yis):

2 sd kecil mauripan (Yis)
1/4 cwn air suam
1 sd kecil gula

Cara:
Satukan bahan di atas dan biar sehingga berbuih (3-5 minit)





Bahan B (Doh):

1 biji telur
2 sd besar marjerin
2 sd besar tepung susu
4 sd besar gula
1/2 sd kecil garam
3 cwn tepung
1/2 cwn air 




Cara-cara:


  1. Satukan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar.
  2. Uli doh sehingga bergaul mesra dan licin serta tidak lagi melekat pada tangan dan juga  mangkuk. Pastikan juga doh anda lembut dan senang diuli (tanda sudah cukup diuli).
  3. Biarkan doh kembang sehingga dua kali ganda selama lebih kurang 30 minit.
  4. Tumbuk doh yang telah dikembangkan tadi untuk buang angin dalam doh tadi serta uli sedikit licin. 
  5. Bulatkan doh membentuk donut atau bentuk yang diingini. ***Untuk dapatkan bentuk yang sama boleh menggunakan acuan donut atau ice cream scoop.
  6. Biarkan donut yang telah dibentuk selama 15-20 minit atau sehingga kembang dan goreng sehingga agak kekuningan dengan api sederhana. ***Tips ubtuk donut kembang dengan cantik adalah jangan goreng donut terlalu banyak dalam satu kuali serta hendaklah selalu dibalikkan (hahah betul ke istilah aku nih)
  7. ***Untuk buat frozen boleh goreng dengan api kecil dan jangan terlalu kekuningan. Kemudian biar sejuk dahulu sebelum dikeraskan dalam freezer. Untuk digoreng, keluarkan dari freezer biarkan donut pada suhu bilik baru digoreng kembali . (donut akan kembang dengan cantik.
  8. ***Kalau nak buat pau sambal jangan buat lubang tengah tuh hehehe. Resepi sambal ada di sini : Sambal Tumis Tradisional





Doh yang telah kembang

Doh yang telah ditumbuk

Letak tepung biar donut tak melekat

Menunggu donut kembang

Menunggu donut kembang


Monday, 26 March 2018

Resepi Cinnamon Rolls ( Super Easy, Gebu dan Lembut)


Salam semua, maaflah lama kan tak update blog nih. Aku super busy sebab paksu aku nak kawen (belum aku kawen nanti lagi busy hahaha) pastu aku daftar sambung PhD biasela kelam kabut siapkan proposal bagai haih tak cukup tanah aku rasa. So sekarang macam tengah rilek-rilek sikitlah kononnya. Jadi aku curi masa jugak untuk tulis blog. Aku share resepi Cinnamon Rolls nih bukan sebab aku lepas buat Cinnamon Rolls atau baru lepas makan, tapi sebab aku craving sangat hahaha. Sedap tau! Untuk sesiapa yang dengar je....Cinnamon??? Euwwww. Korang please tarik balik kata-kata tuh nanti menyesal. Dulu pon aku tak suka, skeptikal bila dengar je cinnamon=kayu manis. Mesti pahit dan macam-macam lagi. Tengok jela kayu manis tuh kn selalu orang buat dalam masakan, sup contohnya, bila tergigit rasa semacam kn.


 Aku story sikitla, cemana aku nih boleh suka dengan cinnamon nih walaupon sebelum nih tak suka...macam perasaan saya kat awk (eh!). Time degree dulu aku belajar kat N9, Seremban 3 tuh, so adala sekali sekala tuh bila free, cuti dan tak boleh Johor kitorang keluar pergi KL, kitorang geng berempat nih, Tasya, Meera, Weda. Tasya nihla yang bagi aku rasa Pretzel perisa Cinnamon Sugar kat Auntie Anne. Aku kalau pi Auntie Anne aku suka Cheezy Pretzel Dog dia je (sekarang Cheezy Pretzel Sausage tak silap). Bila aku rasa Pretzel Cinnamon Sugar tuh...laaaa sedap rupanya cinnamon nihhhhh, rasa nak nangis pon ada (k over). Sebab kat Batu Pahat susah nak cari Auntie Anne...so aku belajarlah buat pretzel (nanti aku share resepi). Google-google eh ada pulak cinnamon rolls...aku pon nk tryla buat sebab nk beli kat Cinnabon(orang kata sedap betul ke?) kat Batu Pahat manela nak carik...kat JB nanti aku explore. Okay terpanjang dengan sengaja pulak intro aku, maaf ye. Okay jom kita terus ke resepi:


Cinnamon Rolls yang kembang semangkuk

Cinnamon Rolls



Yis yang sudah kembang


Resepi Cinnamon Rolls Mudah Confirm Gebu:

*Resepi nih aku guna Divas Can Cook punya, resepi dia semua menjadi uolsss. Red velvet, pizza, devils food choc cake, red velvet, carrot cake semua one bowl recipes, super easy, confirm moist and gebu gebas. Youtube pon ada...nanti jangan lupa tengok youtube channel Divas Can Cook.

* Resepi aku tade cream cheese glaze aku makan cinnamon rolls yang naked pon dh rasa berdosa inikan pula tambah cheese hahaha.

Bahan-bahan:

A (Yis):

1/3 cawan air panas (jangan mendidih-macam baby punya susu temperature dalam botol)
1 paket kecil yis
1/4 gula

B (Doh):

1/2 cawan gula
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan susu segar
6 sudu makan butter (cairkan)
2 sudu makan sunflower oil 
1 sudu makan esen vanila
2 biji telur (kacau perlahan tak perlu sampai kembang)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
4 cawan tepung serbaguna (aku pakai tepung gandum)

C (Cinnamon Filling):

1 cawan brown sugar
1 sudu makan cinnamon
1/2 cawan butter (cairkan)
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Satukan bahan A, biarkan beberapa minit sampai keluar buble-buble. (Yis betul-betul kembang, dalam 3-5 min).
  2. Masukkan bahan A bersama semua bahan B kecuali garam baking powder dan tepung. Kacau sampai bahan tuh bercampur . Aku pakai hand wisk, pakai mixer pon boleh.
  3. Bila bahan A dan B dan bercampur boleh masukkan garam dan baking powder dan adun lagi.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ye anak-anak. Pastu adun jadi doh, doh tuh nanti lembik sikitla, agak melekit tapi tak lekat sangat kat tangan. Tutup dan biarkan selama 1 jam naik dua kali ganda.
  5. Lepas 1 jam tuh, kita tumbuk-tumbuk manja keluarkan angin dari doh tuh. Pastu kita knead (ala... macam canaikan ke urut-urut doh tuhla) jangan lama sangat dalam 3-4 min je gitu.(Kalau melekat boleh tabur tepung sikit jangan banyak-banyak. Tips untuk tahu dah cukup knead ke tak bila kau tarik doh tuh...dia susah nk koyak, nih tips anna olson yang bagi tau)
  6. Bentukkan segi empat doh tadi tuh ikut ketebalan sesuaila...kalau ikutkan 1/4 inci tapi aku agak-agak je. 
  7. Satukan brown sugar,1/2 butter yang dicairkan dan cinnamon. Baki lagi separuh butter cair tuh sapukan dulu atas doh yang dah dibentukkan segi empat tuh. Pastu baru sapu campuran butter, brown sugar,cinnamon dan esen vanila tuh.
  8. Bila dah siap sapu dekat seluruh permukaan doh tuh, bolehla gulung macam kau gulung tikar. Lepas gulung, boleh potongla gulungan tuh. Ketebalan ptongan nih aku agak asal dapat 12 potongan. 
  9. Pastu letak dalam tray yang bersesuaian dan biarkan dia naik kembang lagi sikit. Bila dah kembang bolehla bakar selama 20-25 min suhu 177 celcius, tapi sebab oven aku jenis cepat panas so aku pakai 150 je. Okay bila dah siap boleh dimakan. Aku suka makan panas-panas!


Okay itu jee...Korang jangan baca je tapi tak try okay. nanti share kat sini!
XOXO (hahaha)




Monday, 29 January 2018

Shopping Lebih Mudah dengan LAZADA!

Hi semua, apa khabar? Kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku shopping kat LAZADA. Mesti korang pernah dengar kan LAZADA nih, macam-macam hado jual kau cakap je daripada barang rumah, bilik, aksesori, kereta, gadget, pakaian termasuklah skincare dan barang-barang dapur. Aku adala beli jugak kat LAZADA nih and aku siap download lagi apps dia.  Boleh klik link nih kalau baru nak usha LAZADA: SHOPPING WITH LAZADA . Antara barang yang aku beli barang kat LAZADA adalah casing phone, spice rack with cylindrical jars, dan juga skincare product.  Ni antara barang yang aku beli kat LAZADA tuh:




Nih casing yang aku order tuhhh heheheh.

Casing phone kat LAZADA nih pon ada macam-macam dan cantik-cantik. Harga pun berpatutan puas dengan design dan  harga tuh hehehe. Untuk Toner Aiken aku nak share sikit dia sangat best!!!!! So yang lama dah habis aku beli baru, masa tu ada packaging baru cari kat kedai semua tade...dekat LAZADA je ada! Heeee. Sebab apa Toner nih best sebab kalau korang jenis yang kulit sensitif atau ada jerawat kecil-kecil tuh pakai berterusan memang akan hilang dan dia kawal pertumbuhan jerawat baru haaaa gituuuu. Aku beli kat official store dia tau...koramg search je nanti Toner Aiken kat LAZADA tuh.



Toner Aiken yang dah habis (Packaging Lama)
Toner Aiken baru dari LAZADA!!! Official Store.
Cream jerawat yang sangat best letak sikit kat tempat jerawat nanti kering.

Aku perasan mungkin kalau untuk skincare orang tak berani beli melalui LAZADA. Tapi korang silap sebab LAZADA nih ada Official Stores tau untuk produk-produk yang dijual contohnya Jean Perry, Huggies, Philips, Nestle, L'Oreal Paris, NYX, Guardian, Watsons, Himalaya, Unza, Tesco, Unilever, Logitech, Canon, Dutch Lady, Maybelline, Dynamo, Sharp...eh banyaklah kalau aku nak senaraikan semua.  Boleh klik link ini  SHOPPING WITH LAZADA .


Official Store LAZADA


Setakat nih aku beli alhamdulillah semua dalam keadaan yang amat berpuas hati, sama seperti yang aku expect dan juga postage tuh tak lama pon...dalam 3-4 hari dah sampai barang tuh. Plus, LAZADA sentiasa update dengan kita melalui email. Okay nih aku nak share sikit  tips sikit beli barang di LAZADA atau di online store yang lain.

  1. Baca review daripada pembeli sebelum ini kalau nak beli bukan dari offical stores, make sure kalau ada complain dari pembeli syarikat tuh beri fast respond. maksudnya bila syarikat tuh beli fast respond dorang ambil berat soal pembeli dan isu penghantaran atau kerosakan akan diatasi segera. 
  2. Beli melalui official stores untuk barang tertentu seperti produk kesihatan, kecantikan dan yang melibatkan kos agak tinggi.
  3. Pastikan sebaik  sahaja membuat bayaran anda dapat email menyatakan pembayaran dibuat dan akan diproses. Kalau contoh dia kata dalam certain date dia akan bagi tracking number tapi anda tak dapat boleh contact atau email.
  4. Pastikan anda dapat tracking number anda! Itu paling penting ye. Lepas tuh follow up guna tracking number tuh.
  5. Kalau dah dapat barang masa penghantaran make sure korang check betul-betul tuh barang yang korang nak, takut korang dah sign kat orang delivery tuh tapi sebenarnya barang korang ada yang tak dapat. 

Haaa apa tunggu lagi korang pergi bukak kat laptop atau download apps dia sekarang dan beli belah. Sempena Chinese New Year nih ada banyak diskaun & tawaran menarik tau apa tunggu lagi. Klik link nih: SHOPPING WITH LAZADA . Terima kasih sudi baca entri aku kali nih ye.